Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 291, 89808, Beaufort,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah087-211125
Kod sekolahXEA6065
Faks6087212127
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google


Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort atau nama ringkasnya SMK Beaufort, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 291.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort memiliki 472 pelajar lelaki dan 510 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 982 orang. Ia mempunyai seramai 100 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort dibuka pada tahun 1976. Pada masa itu, ia dikenali sebagai SMK Mempagar kerana menumpang di bangunan Sekolah Rendah Kebangsaan Mempagar. Keadaan ini berterusan sehingga pertengahan tahun 1984 apabila sekolah ini berpindah ke bangunan yang ada sekarang dan namanya diubah kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort. Bangunan SMK Beaufort digunakan sepenuhnya pada 7 Mei 1984.

Pada awalnya hanya 8 buah kelas dibuka dengan bilangan pelajar seramai 325 orang, 13 orang guru dan 5 orang KTBM. Pada tahun 1985, perkembangan ketara dapat dilihat apabila kelas Tingkatan 4 dan 6 Rendah ditubuhkan. Penubuhan kelas tingkatan 6 di sekolah ini menjadikan SMK Beaufort sekolah menengah yang pertama mempunyai pelajar tingkatan enam di pedalaman bawah Sabah. Keadaan ini menjadikan SMK Beaufort lebih dikenali dan menerima pelajar dari bahagian-bahagian lain di negeri ini. Bilangan pelajar meningkat kepada 710 orang, 16 buah kelas, 29 orang guru dan 13 orang KTBM.

Menjelang tahun 1986, kelas sudah bertambah kepada 30 buah, 986 orang pelajar, 52 orang guru dan 16 orang KTBM. Pada tahun tersebut juga merupakan tahun pertama pelajar SMK Beaufort menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Berdasarkan data tahun 2008, jumlah kelas telah meningkat sebanyak 44 buah kelas dengan jumlah pelajar seramai 1024 orang pelajar termasuk pelajar Pendidikan Khas. Jumlah guru seramai 87 orang dan KTBM seramai 15 orang.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort
Peti Surat 291
89808, Beaufort
Sabah, Malaysia
Telefon = 087-211125
Fax = 6087212127

Pautan luar[sunting | sunting sumber]