Sekolah Menengah Kebangsaan Buntong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Buntong
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolah AEA2060
Lokasi  Malaysia Persiaran Rishah (S) 1/1B, Desa Rishah30100, Ipoh,, Perak Darul Ridzuan, Malaysia
Telefon 6052823242
Faks 6052828242


Sekolah Menengah Kebangsaan Buntong atau nama ringkasnya SMK Buntong, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Persiaran Rishah (S) 1/1B, Desa Rishah.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Buntong memiliki 661 pelajar lelaki dan 537 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1198 orang. Ia mempunyai seramai 69 orang guru.2009

Pihak Jabatan Pelajaran (JPN) Perak melalui Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta telah menghantar En. John Devasagayam a/l Seeni sebagai care taker bagi membuka sekolah ini. Pihak PPD Kinta kemudiannya telah menghantar En. Wafasha Zili b. Mokhtar sebagai pembantu care taker.

Sekolah ini telah dibuka pada Jun 2002. Sebelum dibuka pihak PPD telah melantik En. John Devasagayam a/l Seeni sebagai Penolong Kanan Pentadbiran, En. Wafasha Zili b. Mokhtar sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) sementara jawatan Penolong Kanan Kokurikulum diamanahkan kepada En. Balaraman a/l Thirumalai. Jumlah guru pula adalah seramai 16 orang manakala murid seramai 261 orang.

Pada tahun 2003, En. Lau Swee Mun telah dilantik sebagai Pengetua SMK Buntong. Beliau bertugas dengan penuh dedikasi dan berjaya melakukan pelbagai pembaharuan di sekolah ini. Pada tahun 2007 En. Lau Swee Mun dinaikkan pangkat dan bertukar ke SMK Jalan Pasir Putih. Tempat beliau diambil alih oleh Pn. Nalini a/p Achuthan Nair. Di bawah kepimpinan Pn. Nalini, SMK Buntong telah berjaya menunjukkan kemajuan ketara dalam bidang akademik sehingga mencapai rekod 23 orang pelajar mendapat semua A dalam PMR 2010 dan 4 orang semua A dalam SPM tahun yang sama.

Semasa kepimpinan Pn. Nalini, semua Penolong Kanan yang dianggap sebagai pengasas sekolah ini telah dinaikkan pangkat oleh JPN Perak. Penolong Kanan pertama yang bertukar dan dinaikkan pangkat adalah En. Wafasha Zili b. Mokhtar. Beliau dilantik sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Ulu Kinta pada Mac 2010 dan seterusnya sebagai Nazir Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia pada Jun 2010. En. John Devasagayam a/l Seeni telah bertukar ke SMK Tanjung Rambutan pada Jun 2010 juga sebagai Penolong Kanan Pentadbiran sementara En. Balaraman a/l Thirumalai telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan HEM di SMK Sungai Pari pada 1 Januari 2011.

Pn. Nalini a/p Achuthan Nair turut dinaikkan pangkat sebagai Pengetua Kanan DG52 mulai 1 April 2011 dan ditukarkan ke SMK Perempuan Methodist. Tempat beliau diambil alih oleh En. manoharan iaitu Penolong Kanan Pentadbiran SMK Buntong.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Buntong
Persiaran Rishah (S) 1/1B, Desa Rishah
30100, Ipoh
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6052823242
Fax = 6052828242

Pautan luar[sunting | sunting sumber]