Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Kajang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Kajang
Moto Tulus Dengan Fadilah, Azam Dengan Bakti
Ditubuhkan 1938
Jenis Sekolah menengah bantuan kerajaan
Pengetua Pn. Siti Norbaya Bt Mansor
Lokasi Kajang, Selangor
Nama singkatan SMKC Kajang
Laman web SMK Convent Kajang
Telefon 03-87331525

Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Kajang ialah sebuah sekolah menengah bantuan kerajaan di bandar Kajang, Selangor.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini telah dibina sebagai sekolah persendirian pada tahun 1938 dan dimulakan oleh Sisters apabila pihak gereja menghadiahkan sebuah banglo yang dapat dijadikan 3 buah bilik darjah. Sister Martha muncul sebagai pengetua sekolah yang pertama.

Pada tahun 1939 timbul keperluan untuk membesarkan sekolah kerana peningkatan jumlah pelajar. Sebuah dewan dan 8 buah bilik darjah dibina. Sister Micheal menggantikan tempat Sister Martha selepas beberapa tahun beliau berkhidmat.

Apabila Jabatan Pelajaran berpuas hati dengan perkembangan sekolah dan mengakui sekolah sebagai sebuah sekolah bantuan kerajaan. Pada bulan Disember 1941, banglo ini telah musnah akibat daripada Perang Dunia ke-2. Kerosakan itu dibaik pulih dan sekolah ini dapat digunakan semula pada tahun 1946.

Secara berperingkat-peringkat, blok-blok baru dibina antara tahun 1950 dan 1968. Begitupun, pada tahun 1969, sekolah 2 sesi telah dimulakan kerana kelasnya tidak mencukupi untuk pelajarnya yang ramai. Pada tahun 1974, bilangan guru juga meningkat. Oleh itu, sebuah kelas dijadikan bilik guru. Bilik guru yang lama dijadikan kelas agama. Pada awal tahun 1976, blok yang menempatkan 2 buah makmal, bilik jahitan, bilik masakan, bilik computer, stor SPBT dan bilik seni telah siap didirikan.

Terdapat 27 buah kelas pada tahun 1984 dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5. Bilangan kelas telah dikurangkan kepada 25 buah pada tahun 1993. Disebabkan oleh pengasas dan pengetuanya yang pertama adalah sister, maka terdapat satu blok yang berbentuk “t” iaitu tanda salib. Ini merupakan salah satu daripada keistimewaan sekolah ini. Di samping itu, jika blok tingkatan 1 dan 2 digabungkan, ia akan membentuk abjad “c” yang bermaksud Convent.

Aktiviti kokurikulum SMKCK[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Convent Kajang mempunyai pelbagai aktiviti untuk pelajar-pelajarnya daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Aktiviti-aktiviti ini mengisi masa lapang pelajar supaya tidak terjebak dalam perkara-perkara yang tidak berfaedah. Antara aktiviti-aktivitinya ialah:

Kelab[sunting | sunting sumber]

Antara kelab yang telah ditubuhkan ialah kelab sains, kelab koir, kelab agama, kelab bahasa dan kelab matematik. Kelab-kelab ini menambah ilmu pelajar dan merupakan cara belajar yang sihat dan efektif.

Persatuan[sunting | sunting sumber]

Antara persatuan di sekolah ini ialah St. John’s Ambulance, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Pandu Puteri, Kadet Polis, Kadet Remaja dan Puteri Islam. Persatuan-persatuan ini sering mengadakan kem dan aktiviti untuk ahli-ahli mereka. Persatuan-persatuan yang terpilih juga menyertai pertandingan kawad kaki. Sekolah juga mengadakan kem integrasi untuk semua ahli persatuan.

Permainan[sunting | sunting sumber]

Permainan-permainan yang disediakan dapat mencerdaskan minda pelajar. Dengan cara ini, pelajar dapat merehatkan minda dan bermain dengan cara yang sihat. Permainan seperti badminton, bola tampar, ping pong, bola jaring dan bola keranjang diadakan.

Selain itu, terdapat juga aktiviti seperti berpidato, berbahas, merentas desa, hari sukan dan sebagainya.

Rumah sukan di sekolah ini terdiri daripada Rumah Merah, Kuning, Biru dan Hijau.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Terdapat pelbagai jenis kemudahan di SMKC Kajang. Kemudahan-kemudahan ini diwujudkan semata-mata untuk kegunaan pelajar dan kakitangan sekolah.

Pavilion digunakan sebagai tempat berteduh para pelajar untuk berhimpun dan beratur. Dengan kerjasama pihak sekolah rendah, sekolah telah membaiki bumbung serta memasang kipas dan lampu di pavilion bagi keselesaan para pelajar. Terdapat juga beberapa telefon awam disediakan untuk kegunaan pelajar.

Astaka pula dibina pada tahun 1999. Ia menghadap ke padang dan terletak di belakang blok makmal dan bilik ERT. Bumbung astaka juga telah diganti selepas kejadian hujan lebat dan ribut yang telah melayangkan bumbung tersebut pada pertengahan tahun 2001.

Pada akhir tahun 2001, tandas bertaraf enam bintang telah dibina bagi menggantikan tandas yang sudah lama dan banyak kerosakan hasil daripada kutipan derma, jogathon serta sumbangan PIBG.

Pada awal tahun 2004, pihak sekolah telah menaikkan taraf kawasan di sebelah koperasi sekolah dengan menyimenkan kawasan tersebut dan diletakkan satu set meja dan bangku batu yang dijadikan tempat berehat para pelajar. Tempat ini dinamakan “Dataran Ilmu”.

Surau juga dibina sebagai tempat beribadah bagi umat Islam.

Padang sebagai tempat menjalankan aktiviti sukan.

Gelanggang bola keranjang disebelah kelas dan bengkel KH.

Perpustakaan yang berhawa dingin sebagai tempat pelajar membaca buku.

Dewan digunakan jika mempunyai acara-acara tertentu seperti ceramah.

Bilik guru untuk kegunaan para guru.

Kantin sebagai tempat makan pelajar.

Gelanggang badminton digunakan untuk bermain badminton.

Terdapat juga koperasi sekolah yang menjual t-shirt sukan, biskut, kerepek, coklat dan macam-macam lagi. Mesyuarat koperasi dibuat satu tahun sekali dimana para pelajar boleh memberi pendapat masing-masing untuk meluaskan lagi barang-barang yang dijual di koperasi sekolah. Bilik kaunseling juga dibina untuk guru kaunseling membimbing para pelajar.

UNIT BERUNIFORM

Sekolah Menengah Convent juga mempunyai sebuah pasukan pancaragam, Pandu Putri dulu dikenali dengan panggilan Girl Guides, St John Ambulance. Yang paling menonjol ialah pasukan pancaragamnya yang telah memasuki petandingan pancaragam antara sekolah-sekolah negeri Selangor pada tahun 2012.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Cogankata "Tulus Dengan Fadilah",
Bersama "Azam Dan Bakti",
Menambahkan kesucian hati,
Puteri Convent sejati,

Semua guru sentiasa berjasa,
Membimbing puteri negara,
Supaya puteri akan berjaya,
Untuk nusa dan bangsa.

Puteri-puteri tekun, cergas,
Ilmulah dicari,
Puteri-puteri tulus ikhlas,
Tuhankan berkati.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]