Kajang
- Kajang juga merujuk kepada hamparan, atau kertas kajang.
| Bandar Kajang | |
|---|---|
| Geografi | |
| Status | Mukim |
| Asal nama | N/A |
| Negara | |
| Negeri | |
| Daerah | Daerah Ulu Langat |
| Mukim | Bandar Kajang |
| Keluasan | N/A |
Kajang ialah sebuah bandar di daerah Hulu Langat, Selangor, Malaysia. Ia bersebelahan dengan mukim Semenyih, mukim Hulu Langat dan mukim Ampang.
Kajang mempunyai jumlah penduduk seramai 189,400 orang (sehingga 2001).
Isi kandungan |
Kedudukan [sunting]
Bandar Kajang membangun kerana terletak berhampiran dengan Sungai Langat dan cawangannya iaitu Sungai Jelok atau Sungai Jerloh. Sungai Langat merupakan laluan utama pedagang dan pelombong mengangkut bijih timah dan getah ke luar negara, khususnya ke negara Britain. Jadi Kajang boleh membangun kerana adanya faktor bijih timah dan getah.
Kajang terletak hanya 22 km dari Kuala Lumpur, 8 km dari Semenyih dan 12 km dari Bandar Baru Bangi.
Pada masa dahulu 'pusat' Kajang ialah di pejabat pos. Tetapi kini 'pusat' Kajang beralih kepada bangunan Plaza Metro.
Kajang merupakan bandar utama dan bekas pusat pentadbiran daerah Hulu Langat sebelum dipindahkan ke Bandar Baru Bangi. Di sini terletak semua pejabat kerajaan yang utama. Antaranya:
- Hospital Kajang
- Radio Televisyen Malaysia (cawangan dan tapak pemancar gelombang pendek)
- Jabatan Imigresen Malaysia
- Balai Polis Kajang
- Ibu pejabat UMNO daerah Hulu Langat
- Pejabat pos
- Pepustakaan Awam Kajang
- Masjid Kajang
- Arked MARA
- Balai Bomba Kajang
- Jabatan Penjara Malaysia
- Stesen kereta api KTM dan KTM Komuter
- Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat (PKDHL).
Pusat beli-belah [sunting]
- Metro Point
- Metro Kajang
- Giant Saujana Impian
- Econsave
- Tesco
- Billion
Tarikan [sunting]
- Satay Kajang terkenal di seluruh Malaysia.
- Lt. Adnan Saidi, wira Bukit Candu dilahirkan di Sungai Ramal.
- Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
- Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (KLIUC), dahulunya Kolej Ikram.
- Kolej Komuniti Hulu Langat
Sekolah di Kajang [sunting]
- Sekolah Kebangsaan Convent Kajang
- Sekolah Kebangsaan Saujana Impian
- Sekolah Kebangsaan Saujana Impian 2
- Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yu Hua
- Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Kajang
- Sekolah Kebangsaan Kajang Utama
- Sekolah Kebangsaan Taman Rakan
- Sekolah Kebangsaan Sri Jelok
- Sekolah Kebangsaan Taman Jasmin
- Sekolah Kebangsaan Kantan Permai
- Sekolah Kebangsaan Jalan Bukit Satu
- Sekolah Kebangsaan (2) Jalan Bukit
- Sekolah Kebangsaan Jalan Semenyih '1'(Integrasi)
- Sekolah Kebangsaan Jalan Semenyih '2'(Integrasi)
- Sekolah Kebangsaan Kajang
- Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Kajang
- Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang
- Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yu Hua
- Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah (Integrasi)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang
- Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Bukit
- Sekolah Menengah Teknik Kajang
- Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Impian
- Sekolah Menengah Kebangsaan Kajang Utama
- Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jasmin 2
- Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat
- Sekolah Kebangsaan Sungai Kantan
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah
Pautan luar [sunting]
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Kajang |