Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Panglima Jakarullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah II
Lokasi
W.D.T 70, 91308, Semporna,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoIlmu, Amal & Ihsan
Nombor sekolah6089786651
Kod sekolahXEA3335[1]
PengetuaMohd Isa Bin Hasan[2]
Faks6089784241
Laman sesawang

Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah II atau nama ringkasnya SMK Abdullah II, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di W.D.T 70.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah II memiliki 756 pelajar lelaki dan 642 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1398 orang. Ia mempunyai seramai 72 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah II mula dibina pada tahun 2002 atas inisiatif Pejabat Pelajaran Daerah (waktu itu dikenali sebagai Pejabat Pendidikan Daerah) Semporna. Lokasi SMK Abdullah II terletak di sebuah kawasan lembah di Kampung Bukit Lalang. Tapak asal sekolah ini dahulunya merupakan kebun kelapa yang dimiliki oleh tig atuan tanah. Keluasan sekolah ini ialah 35 ekar. Sebanyak RM 28 juta telah diperuntukkan untuk membina sekolah ini melalui Rancangan Malaysia ke-7.

Sekolah ini telah memulakan operasinya pada 4 Julai 2005 dengan menerima pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan 2 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Panglima Abdullah iaitu seramai 472 orang. Jumlah guru yang bertugas pada peringkat awal ialah seramai 21 orang. Sementara itu seramai lapan orang Kakitangan Bukan Mengajar (KTBM) juga telah memulakan tugas mereka di sekolah ini pada peringkat awal.

Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah luar bandar memandangkan lokasinya kira-kira 17.5 kilometer dari pekan Semporna. Walau bagaimanapun sekolah ini mempunyai pelbagai kemudahan bertaraf sekolah bestari memandangkan ia dibina secara terancang.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah II
W.D.T 70
91308, Semporna
Sabah, Malaysia
Telefon = 6089786651
Fax = 6089784241

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]