Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura
Lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura
Lokasi
Peti Surat 1091, 90712, Sandakan, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoCEMERLANG BERSAMA
Nombor sekolah6089533960
Kod sekolahXEA2071
Faks6089532036
Laman sesawang
Map


Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura atau nama ringkasnya SMK Elopura, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 1091.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura memiliki 770 pelajar lelaki dan 809 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1579 orang. Ia mempunyai seramai 104 orang guru.2009

  • Pada tahun 2023, Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura mempunyai 1800 pelajar. Sekolah ini juga menempatkan program kesenian yang melibatkan pengambilan pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Setakat ini program kesenian SMK Elopura telah berjalan 8 tahun.
  • Sekolah ini adalah sekolah asrama harian yang menempatkan pelajar aliran perdana dan program kesenian.
Bangunan Asrama Puteri
Kelas yang digunakan oleh pelajar seni SMK Elopura

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura terletak di KM18 Jalan Labuk adalah antara sekolah menengah yang terdapat di daerah Sandakan, Sabah. Sejarah sekolah ini bermula seawal 2 hb Januari 1976 apabila ia diwujudkan dengan menumpangkan muridnya di SRJK (C) Syn Hwa,Km 14, Jalan Labuk, Sandakan. Pada mulanya, sekolah ini cuma mempunyai 257 orang murid sahaja yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan. Nama SMK Elopura sebenarnya berasal daripada Bahasa Sanskrit iaitu “Ero Pura” yang membawa maksud “Bandar Indah “.

Pada tahun 1982 bilangan pelajar telah mencapai 766 orang. Pertambahan pelajar ini menyebabkan kekurangan bilik darjah untuk menempatkan pelajar tersebut. Bagi mengatasi masalah ini, satu lagi cawangan SMK Elopura telah diwujudkan iaitu di SRJK (C) Pei Hwa, Km 20, Jalan Labuk, Sandakan di mana 4 kelas Tingkatan 1 bersama 5 orang guru telah ditempatkan di situ. Manakala pentadbiran masih lagi bertempat di SRJK (C) Syn Hwa, Km 14.

Pada Mac 1982, bermulalah lembaran baru bagi sekolah ini apabila bangunan SMK Elopura di Km 18, Jalan Labuk sebagaimana yang tersergam seperti sekarang mula digunakan walau dalam keadaan yang sedikit kekurangan terutamanya dari segi fizikal sekolah yang masih dalam proses untuk dilengkapi dan tenaga pengajar yang terbatas. Pada Mac 1982, sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia En. Abdul Rahman Hj. Arshad iaitu Timbalan Pengarah Pendidikan 2 Malaysia ketika itu.

Pada tahun 1985, sekolah ini telah dinaikkan gred kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Gred B dan selanjutnya pada tahun 1991 dinaikkan ke Gred A . Kini SMK Elopura menerima pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah rendah sekitar seperti SK Sungai Manila, SK Luboh, SK Gum-Gum Kechil, SK Padas, SK Ladang Sandak, SK Sibugal Besar, SRJK (C) Pei Hwa, SRJK (C)Ming Chung, SRJK Syn Hwa dan SK Gum-Gum bagi memasuki kelas-kelas Tingkatan 1 dan Peralihan. Sementara pelajar-pelajar aliran Sains dari sekolah-sekolah seperti SMK Gum-Gum, SMK Bukit Garam dan turut memasuki sekolah ini dalam kelas-kelas Tingkatan 4. Pelajar-pelajar dari SMK Beluran, SMK Bukit Garam, SMK Telupid, SMK Pinangah, SMK Pamol dan SMK Gum-Gum pula turut menjana ilmu di sini selaku pelajar Tingkatan 6 saban tahun.

Sejarah juga tercatat apabila sekolah ini terpilih sebagai salah sebuah Sekolah Rintis Bestari bersama 88 buah sekolah Bestari yang lain di seluruh Malaysia yang memulakan sesi pengajaran dan pembelajarannya pada Januari 1999.

kawasan santai SMK Elopura
Studio seni visual
E-lab SMK Elopura
Blok Perdana tingkatan atas

Visi & Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

VISI SMK ELOPURA - SMK ELOPURA , SEKOLAH GEMILANG

MISI SMK ELOPURA - SMK Elopura bertekad untuk  mencapai kegemilangan melalui :

  1. Pengurusan Pentadbiran yang Cekap dan Sistematik
  2. Keprofesionalan Staf yang Bermaklumat dan Berketrampilan
  3. Kemenjadian Murid yang Seimbang dan Harmonis
  4. Pembangunan Fizikal yang Selamat dan Kondusif
  5. Penglibatan Komuniti yang Bersepadu dan Berterusan


Pencapaian[sunting | sunting sumber]

LARIAN MERENTAS DESA 1ELOBEST TAHUN 2022

Baru-baru ini SMK Elopura dengan jayanya telah melaksanakan larian merentas desa 1Elobest bertempat di Universiti Malaysia Sabah Fakulti Pertanian Lestari, Sandakan. Acara ini melibatkan penyertaan dalam kalangan ibu bapa, murid sekolah setempat, staf , guru-guru dan murid-murid daripada SMK Elopura dan Sekolah Seni Malaysia Sabah.

Terdapat 18 kategori yang dipertandingkan iaitu Terbuka Veteran, Terbuka Dewasa, Terbuka Remaja, Terbuka Kanak-kanak, Murid kategori A, B dan C, serta Staf Veteran dan Staf Dewasa bagi lelaki dan perempuan. Larian sejauh 7km ini bermula dari Dewan Serbaguna UMS, menuju ke Kg Pangkalan Bt 10 sebelum patah balik menuju kegarisan permulaan.

Acara Larian 1Elobest dimulakan dengan ketibaan para peserta dan pendaftaran bagi acara terbuka, diikuti dengan sesi memanaskan badan kelolaan murid Sekolah Seni Malaysia Sabah yang diketuai oleh Ketua Bidang Tari Sekolah Seni Malaysia Sabah, Encik Hamree Murah. Peserta dilepaskan dari garisan permulaan oleh Yang Dipertua PIBG SMK Elopura, Encik Salamun Ali tepat jam 8 pagi.

Majlis penutupan berlangsung di dalam dewan serbaguna Universiti Malaysia Sabah cawangan Sandakan yang dirasmikan oleh dekan Fakulti Pertanian Lestari, Prof Madya Dr Azwan bin Awang. Turut hadir bersama Encik Nor Aslam Mano bin Abdullah, Pengetua Cemerlang SMK Elopura serta barisan pentadbir SMK Elopura dan Sekolah Seni Malaysia Sabah. Upacara penyampian hadiah, cenderahati dan cabutan bertuah telah berlangsung dan majlis tamat pada jam 12 tengah hari. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang.


KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN SMK ELOPURA TAHUN 2022

SMK Elopura berjaya merealisasikan pelaksanaan Kolokium Kajian Tindakan Peringkat Sekolah bagi Tahun 2022 yang bertempat di Bilik Teater SK Sung Siew.

Kolokium dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Encik Nor Aslam Mano bin Abdullah (Pengetua Cemerlang SMK Elopura) dan dirasmikan oleh Dr. Dalmansa bin Hj. Tahil (Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan). Beliau turut menyampaikan ucaptama yang bertajuk “HEBAT”. Sementara itu, ucaptama kedua disampaikan oleh Puan Teo Poo Siang (Pengetua SMK Muhibbah) bertajuk “Rezeki daripada Murid”.

Wee Fwen Yep, selaku penyelaras program tersebut memaklumkan bahawa seramai 13 orang guru terlibat sebagai peserta dalam pembentangan kajian tindakan masing-masing. Kesemua laporan tersebut telah dibentang dan dinilai oleh juri yang pakar dalam kajian tindakan. Pembentang-pembentang terdiri daripada Jurianah binti Jali, Ng Con Nie @ Connie Ng, Normaliza binti Abd Azis, Norain binti Ahmad, Ramla binti Ogoh, Rahima Lagago, Basarah Bakar, Melcom Anak Angkun, Mohd Ikhwan bin Mohd Kassim, Rafida binti Manan, Mahadir bin Amboala, Ricky Sahian, Mohd. Sahrul Nizam B. Sahidin, Safarina binti Mohd Fathoni dan Siti Marwana Binti Hj Putung.

Pihak juri pula terdiri daripada Dr. Nurlila binti Abdul Wahab (Pegawai SISC+) selaku ketua juri, Dr. Lo Kim Seng (PK Kokurikulum SMK Elopura), dan Zulfhikar Bin Rabe (Fakulti Psikologi Dan Pendidikan, UMS). Turut hadir memeriahkan program itu ialah seramai 115 orang audiens yang terdiri daripada guru-guru, jurulatih seni, dan anggota kumpulan pelaksana.

Menurut beliau lagi, Kajian Tindakan dihasilkan bertujuan untuk penambahbaikan secara profesional amalan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dan sebagai platform pembangunan profesionalisme guru melalui penyelidikan untuk dijadikan sebagai amalan terbaik guru pada setiap tahun. Dengan usaha tersebut, beliau berharap agar slogan “Sepakat Melonjak Budaya Penyelidikan” dapat dicapai melalui kolokium pada kali ini.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Tuan Pengetua Encik Nor Aslam Mano bin Abdullah kerana telah memberikan bimbingan dan sokongan padu terhadap kolokium ini. Tahniah dan terima kasih kepada penyampai ucaptama, juri dan semua pembentang kajian tindakan yang telah memberikan komitmen sepenuhnya dalam menyiapkan laporan dan pembentangan kajian tindakan.

PROGRAM WE CARE PUSAT TINGKATAN 6 SMK ELOPURA SANDAKAN[sunting | sunting sumber]

Baru-baru ini, Unit Kurikulum Tingkatan 6  SMK Elopura telah menganjurkan Program “We Care” bagi  pelajar Tingkatan 6 Atas. Program ini dijalankan dengan mengagihkan pelajar kepada 3 kumpulan mengikut prestasi iaitu kumpulan top 10, survival dan fighter.Kumpulan ini dipecahkan kepada 3-6 orang ahli yang terdiri daripada ketiga-tiga kumpulan berlaianan  yang akan diselia oleh mentor iaitu guru subjek  mengikut kelas.Program tersebut dilaksanakan  pada ketetapan berikut

Tarikh : 11 Oktober 2022

Tempat : Dewan Persona

Masa : 8:00 – 9:40 pagi

Antara objektif utama pelaksanaan program tersebut adalah untuk memberikan bimbingan berfokus kepada pelajar melalui aktiviti mentor dan mantee.Melalui program ini guru akan memberikan bimbingan dari aspek akademik dan sahsiah pelajar. Program ini memberi peluang kepada guru dan pelajar agar dapat mengeratkan hubungan dan lebih peka dengan isu-isu akademik dan masalah yang dihadapi oleh pelajar. Selain itu, Mentor dan mantee dapat berbincang mengenai masalah akademik dan masalah lain yang dihadapi pelajar serta serta Bersama-sama mencari jalan penyelesaian.

Program tersebut dimulakan dengan  ucapan dan pengenalan program we care yang disampaikan oleh Penolong Kanan Tingkatan 6 Encik Wee Fwen Yep, kemudian diikuti ucapan dan kata-kata motivasi daripada Encik Nor Aslan bin Mano, Pengetua Cemerlang SMK Elopura Sandakan.Seterusnya Aktiviti penyerahan Fail  kepada mentor dan mantee.Program di akhiri dengan sesi bergambar menguikut kumpulan top 10, survival dan fighter.Selain itu, mentor dan mantee juga berpeluang melaksanakan dialog M2M vol.1 selepas sesi bergambar

Semoga pelaksanaan program seumpama ini dapat menjadi pemangkin semangat para pelajar untuk menambah baik keputusan peperiksaan akhir masing-masing dan seterusnya dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA.

Kolokium Kajian
Penaja Larian 1Elobest tahun 2022

Juara Bola sepak sekolah-sekolah B18 Peringkat Sandakan (MSSD) 1997

Mengalahkan SMK Taman Fajar.


Alamat Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura[sunting | sunting sumber]

Peti Surat 1091
90712, Sandakan
Sabah,  Malaysia
Telefon = 6089533960
Fax = 6089532036

Pautan luar[sunting | sunting sumber]