Sekolah Menengah Kebangsaan Kalabakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Kalabakan
Lokasi
Peti Surat 62494, 91034, Tawau,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBERILMU DAN BERAKHLAK
Nombor sekolah6089925739
Kod sekolahXEA3069
Faks6089925740


Sekolah Menengah Kebangsaan Kalabakan atau nama ringkasnya SMK Kalabakan, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 62494.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Kalabakan memiliki 219 pelajar lelaki dan 182 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 401 orang. Ia mempunyai seramai 25 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK kalabakan bermula sebagai sebahagian dari SMK Umas-Umas yang memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran pada 13 Januari 1997. Ia bermula dengan seorang guru lelaki bernama Cikgu Abdul Moluk Abdullah Sani dan 86 pelajar dalam 3 kelas. Sehari selepas itu, sekolah ini mendapat seorang lagi guru bernama Cikgu Bulang Sulo untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan 3 kelas yang dipinjamkan dari pentadbiran SK Kalabakan dibawah pengurusan Cikgu Ismail Alim. Hakikatnya, permulaan sekolah ini direalisasikan oleh gabungan kesungguhan pentadbiran PPD Tawau dibawah Cikgu Kassim Ibong dan Allahyarham KK Durahim Basaran pada ketika itu.

Antara barisan guru terawal yang bertugas ialah Cik Bulang Sulo, En.Baharun Simat, En.Juil Muari, Cik Fauziah Imran, Pn.Rahayu dan diketuai oleh Cikgu Abd.Moluk Abdullah Sani dalam serba kekurangan.Sehinggalah sekolah ini akhirnya dimuktamadkan sebagai entiti berasingan dari SMK Umas-Umas.

Menarik dan agak mengelirukan, pada tarikh 1 Ogos 1998, ketika sekolah ini dirasmikan menjadi SMK Kalabakan, Pengetua yang diamanahkan menerajui sekolah ini bernama Abdul Muluk Ejum ( Allahyarham).

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Kalabakan
Peti Surat 62494
91034, Tawau
Sabah,  Malaysia
Telefon = 6089925739
Fax = 6089925740

Pautan luar[sunting | sunting sumber]