Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Nangka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Nangka
Lokasi
 Malaysia Jalan Tun Abang Haji Openg, 96000, Sibu,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerbakti Berdisiplin
Nombor sekolah6084334988
Kod sekolahYEE3102
Faks6084318086


Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Nangka atau nama ringkasnya SMK Kampung Nangka, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Tun Abang Haji Openg.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Nangka memiliki 613 pelajar lelaki dan 596 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1209 orang. Ia mempunyai seramai 91 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1981,SMK Kampung Nangka bermula dengan seramai 18 orang guru,4 orang kakitangan sokongan,11 buah kelas dan 436 orang pelajar.Pada awalnya,SMK Kampung Nangka mula beroperasi dengan menumpang tempat di bangunan SK Bandaran No.3 dan menawarkan dua aliran iaitu aliran Bahasa Malaysia dan aliran Bahasa Inggeris.

Pada tahun 1982,Persatuan IbuBapa dan Guru SMK Kampung Nangka ditubuhkan.Pada tahun 1983,SMK Kampung Nangka dengan seramai 815 orang pelajar pada masa itu dipindahkan ke tapak baharu yang terletak bersebelahan dengan Lapangan Terbang Lama Sibu dan berkongsi dengan SMK Agama Sibu.Pada tahun yang sama,kumpulan murid pertama sekolah ini telah menduduki peperiksaan Lower Certificate of Educational manakala empat buah kelas lagi telah menduduki Sijil Rendah Pelajaran.

Pada tahun 1986,tiga buah kelas disediakan untuk pelajar Tingkatan 4,iaitu sebuah kelas aliran sains dan 2 buah kelas aliran kemasyarakatan.SMK Kampung Nangka berpindah lagi ke tapak baru pada tahun 1987 dan mempunyai bangunan sendiri yang terletak di Jalan Tun Abang Haji Openg.Pada tahun yang sama,kumpulan murid yang pertama SMK Kampung Nangka telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat julung-julung kalinya.Pada tahun 1993,sebuah bangunan tiga tingkat yang mengandungi lima buah bilik kelas telah siap dibina untuk menampung pertambahan bilangan pelajar.

Pada tahun 1994,SMK Kampung Nangka mula beroperasi secara dua sesi,iaitu sesi pagi dan sesi petang.Pada tahun 1997,SMK Kampung Nangka dinaik taraf menjadi sekolah Gred A.Bermula dari Januari 2002,kelas Tingkatan 6 mula diperkenalkan sehingga kini.

Pada tahun 2012,atas inspirasi Pengetua,Yang Oi Lin,mercu tanda atau ikon sekolah berupa sebentuk permata telah dibina di tengah bulatan utama jalan masuk menuju ke bangunan pentadbiran.Mulai Januari 2016,SMK Kampung Nangka terpilih untuk terlibat dalam Fasa 1 Program Transformasi Sekolah KPM yang melibatkan 100 buah sekolah seluruh negara.Program Transformasi Sekolah akan berlansung selama 3 tahun dari 2016 hingga 2018.

Kepimpinan SMK Kampung Nangka telah diambil alih oleh Puan Azlinda binti Mohd Nor.Sehingga kini,SMK Kampung Nangka telah menonjolkan banyak perubahan dari segi infrastruktur dan keceriaan sekolah.Ini selaras dengan visi sekolah SMK Kampung Nangka iaitu " Pendidikan Berkualiti,Insan Terdidik,Negara Sejahtera "

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Nangka
Jalan Tun Abang Haji Openg
96000, Sibu
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6084334988
Fax = 6084318086

Pautan luar[sunting | sunting sumber]