Sekolah Menengah Kebangsaan Kanowit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Kanowit
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolah YEA3302
Lokasi  Malaysia Jalan Durin Kanowit Sibu96700, Kanowit,, Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia
Telefon 6084752152
Faks 6084753700


Sekolah Menengah Kebangsaan Kanowit atau nama ringkasnya SMK Kanowit, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Durin Kanowit Sibu.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Kanowit memiliki 757 pelajar lelaki dan 691 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1448 orang. Ia mempunyai seramai 99 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Kanowit atau SMK Kanowit merupakan sebuah sekolah luar bandar yang terletak di Daerah Kanowit, Bahagian Sibu, Sarawak. Sekolah ini banyak menyumbang jasa dan pengorbanan kepada masyarakat di sekitar Kanowit dan seluruh Sarawak.

Visi dan misi[sunting | sunting sumber]

Visi sekolah:

  • 2006-2007 - Mencapai Anugerah Sekolah Harapan Negara Peringkat Negeri Sarawak Kategori Luar Bandar menjelang tahun 2008-2010
  • 2008-2010 - Mencapai Anugerah Sekolah Cemerlang menjelang tahun 2010.

Misi sekolah:Berusaha mewujudkan pelajaran yang berkualiti sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, mempertingkatkan prasarana sekolah, menyediakan persekitaran yang kondusif, berdaya mengadaptasi perubahan semaa dan sentiasa memenuhi aspirasi semua pelanggan.

Slogan dan moto[sunting | sunting sumber]

Slogan:Together Striving For Excellence

Moto:Berilmu, Berdisiplin, Berbakti

Matlamat[sunting | sunting sumber]

SMK Kanowit berusaha dan komited:

  • Meningkatkan mutu dan kecemerlangan perkhidmatan pelajaran yang diberikan dan disediakan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, sahsiah dan kebajikan pelajar, dan 3K.
  • Meningkatkan tahap profesionalisme dan budaya kerja semua kakitangan sekolah.
  • Meningkatkan iklim dan persekitaran kerja yang kondusif serta harmonis.
  • Meningkatkan keberkesanan pengurusan sumber dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah.
  • Meningkatkan dan menambahbaikkan prasarana dan kemudahan sekolah.
  • Membudayakan ilmu – membaca, penyelidikan dan pelajaran seumur hidup.
  • Memantapkan kepemimpinan yang berkesan di semua peringkat (guru, kakitangan sokongan dan pelajar).
  • Meningkatkan hubungan yang akrab dan semangat permuafakatan yang tinggi dengan semua pelanggan atau “stakeholders”.
  • Melaksanakan semua arahan yang diturunkan oleh Jabatan Pelajaran Gabungan Sibu, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Kecemerlangan akademik:Pencapaian dalam semua peperiksaan awam (PMR dan SPM) meningkat dari segi kualiti dan kuantiti. Peratus kelulusan dan Gred Purata Sekolah (GPS) dalam semua peperiksaan awam lebih tinggi daripada peringkat Bahagian, Negeri dan Kebangsaan. Peratus pelajar berjaya masuk ke Tingkatan 6 dan IPTA /IPTS sentiasa pada tahap yang tinggi dan membanggakan.
  • Kecemerlangan kokurikulum / aktiviti sokongan akademik:Mencipta nama dan menjadi kuasa sukan (menjadi johan) di peringkat MSSG Sibu dalam kejohanan sukan olahraga dan bola sepak. Memperoleh sekurang-kurangnya tempat pertama, kedua atau ketiga dalam pertandingan sukan/permainan dan aktiviti sokongan akademik yang terpilih dalam Projek Gemilang dalam acara individu atau berpasukan di peringkat Bahagian, Negeri dan Kebangsaan setiap tahun.
  • Kecemerlangan 3K: Sekolah bebas daripada sebarang ancaman dalaman atau luaran selaras dengan prinsip Sekolah Selamat. Sekolah dalam keadaan bersih, ceria, dan kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran pada setiap masa. Menjadi sebuah sekolah yang harmoni, mesra alam, indah dan tercantik di Bahagian Sibu.
  • Kecemerlangan disiplin:Guru / staf menjadi teladan atau role-model, patuh kepada etika kerja serta mengamalkan budaya kerja cemerlang. Pelajar mempunyai sahsiah dan adab yang mulia (sopan/patuh kepada peraturan) dan sentiasa berpegang teguh pada amalan berbudi bahasa.
  • Menjadi institusi pelajaran yang dinamik dan progresif:Membudayakan kaizen – penambahbaikan dalam semua kerja dan sentiasa mengutamakan kualiti kerja serta berusaha meningkatkan kecekapan dan keterampilan melalui aktiviti-aktiviti perkembangan insan (latihan / kursus / perkongsian pintar / bengkel forum / penyelidikan / membaca / bench-marking) ke arah pendidikan seumur hidup.
  • Menjadi sekolah yang menarik dan menyeronokkan: Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan yang meningkatkan perpaduan dan keharmonian warga sekolah, rasa bangga diri dan semangat kekitaan melalui Program Orientasi Pelajar Baru, Hari Terbuka Sekolah, Hari Terbuka Asrama, Hari Terbuka PIBG, Kejohanan Sukan Sekolah, Malam Kebudayaan, Majlis Hari Raya / Tahun Baru Cina / Gawai / Krismas, Perayaan Hari Guru dan giat mengambil bahagian dalam pertandingan-ertandingan atau pesta-pesta yang sihat yang dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
  • Perhubungan luar uang mesra dan sihat:Meningkatkan hubungan luar yang mesra dan sihat dengan Wakil- wakil Rakyat, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Masyarakat, Ibu bapa-Ibu bapa melalui PIBG SMK Kanowit, Mengadakan Permuafakatan bersama sekolah-sekolah menengah dan rendah (feeder-schools), NGO melalui aktiviti-aktiviti seperti sukan dan kebudayaan, forum, lawatan sambil belajar, kerja amal, makalah-makalah sekolah dan majlis-majlis rasmi.
  • Penggunaan ICT:Meningkatkan kebolehan serta penggunaan ICT dan Schoolnet secara menyeluruh dan bersepadu dalam pengurusan sekolah termasuk pentadbiran, kewangan, pengurusan Pusat Sumber, Peperiksaan dan Penilaian, pengurusan data dan maklumat, proses pengajaran dan pembelajaran, net-working, dan lain-lain.

Sejarah sekolah[sunting | sunting sumber]

SMK Kanowit telah diasaskan pada awal tahun 1978 bertujuan untuk menampung pertambahan bilangan pelajar di Daerah Kanowit. Ini adalah kerana sebuah lagi sekolah menengah di daerah ini, iaitu SMK Sedaya sudah tidak dapat lagi menampung pelajar yang bertambah dari tahun ke setahun. Oleh itu, satu perubahan drastik telah dilakukan untuk mengatasi masalah ini.

Pada pertengahan tahun 70-an, satu rancangan untuk membina sebuah lagi sekolah menengah di daerah ini telah dibuat. Pada mulanya, sekolah ini “menumpang” atau berkongsi bangunan dengan sekolah rendah yang berhampiran dan menggunakan sebuah sekolah lama sebagai asramanya. SMK Kanowit bekerjasama dengan jirannya untuk beberapa tahun sehingga ia mempunyai bangunan sekolahnya sendiri pada tahun 1984.

Banyak kebaikan yang diperolehi oleh SMK Kanowit apabila ia bekerjasama dengan SRB Yee Ting. Antara kebaikannya adalah dari segi ekonomi, iaitu kurang perbelanjaan untuk menjaga kawasan sekolah (telah diambil alih oleh pihak pentadbiran SRB Yee Ting). Suasananya tenang dengan bilangan pelajar yang sedikit dan kumpulan guru yang kecil. Kakitangan sekolah hanya terdiri daripada 16 orang guru ( termasuk guru agama dari Semenanjung Malaysia), 3 orang tukang masak, seorang matron, seorang kerani dan seorang pengetua.

Keburukannya adalah kemudahan yang disediakan terhad untuk menampung keperluan pelajar-pelajar SMK Kanowit. Masalah lain ialah kemudahan di asrama yang belum mencukupi.

Bahasa pengantar di SMK Kanowit adalah Bahasa Inggeris (1978-1983) dan kumpulan pelajar terakhir adalah pelajar tingkatan 3 (1984). Bahasa Malaysia hanya digunakan sebagai bahasa pengantar pada tahun 1984. Dalam situasi pembelajaran yang semakin maju banyak perubahan telah dilakukan. Semua aktiviti ko-kurikulum dijalankan pada waktu pagi termasuk kelas praktikal. Penyatuan Kelas Sains dibuat pada waktu pagi di SMK Sedaya yang mana terletak di seberang Sungai Rejang.

Waktu persekolahan bermula pada pukul 12 tengah hari dan tamat pada pukul 6.30 petang. Perhimpunan sekolah adalah pada hari Rabu dan dijalankan di Dewan Masyarakat Pejabat Daerah Kanowit yang berhampiran.

Hasil bantuan agensi-sgensi kerajaan, badan-badan swasta, SRB Yee Ting dan Majlis Daerah Kanowit, sekolah ini bertambah maju dan ia cuba memperbaiki status sosial, keputusan peperiksaan dan pencapaian atlit-atlit setiap tahun.

Kenangan pahit manis SMK Kanowit berakhir pada tahun 1984 apabila bangunan sekolahnya sendiri telah dibina pada tahun 1983 dan siap pada akhir tahun 1984. Penggal persekolahan pertama pada tahun 1985 bermula dalam suasana persekolahan yang baru. Sekolah yang siap dibina itu diberi nama sebagai SMK Kanowit atau lebih kekenali sebagai SMKK bagi penduduk tempatan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Kanowit
Jalan Durin Kanowit Sibu
96700, Kanowit
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6084752152
Fax = 6084753700

Pautan luar[sunting | sunting sumber]