Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 11, 89107, Kota Marudu,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6088661346
Kod sekolahXEE5118
Faks6088663907
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu atau nama ringkasnya SMK Kota Marudu, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 11.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu memiliki 642 pelajar lelaki dan 826 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1468 orang. Ia mempunyai seramai 109 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu (SMKKM) telah ditubuhkan pada 31hb Januari 1968 dikenali dengan nama “Government Junior Secondary School”. Pada awal penubuhannya, sekolah ini menumpang selama 12 tahun di Sekolah Rendah Kebangsaan Bandau yang kini dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Pekan Kota Marudu.Pada tahun 1974 apabila Bandau telah diiktiraf sebagai sebuah daerah kecil, namanya telah ditukar kepada Daerah Kota Marudu. Sejajar dengan itu, nama sekolah Government Junior Secondary School telah diubah kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu. Pada tahun 1980, dengan kewujudan bangunan baru Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu atau dikenali juga sebagai SMK Kota Marudu, tercetus cadangan untuk menggantikan sama Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu kepada SEMESO iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Sharif Osman bagi memperingati seorang pahlawan di daerah ini. Walau bagaimanapun, cadangan itu tidak diterima kerana terdapat bantahan daripada pelbagai pihak dan nama sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu terus kekal sehingga ke hari ini. Pada Januari 1981, SMK Kota Marudu telah berpindah ke bangunannya sendiri yang terletak di simpang empat di atas sebidang tanah kira-kira 3-kilometer dari Sekolah Rendah Kebangsaan Pekan dan setengah kilometer dari Pekan Baru Kota Marudu. Kedudukannya yang agak strategik menyebabkannya mudah dikenali oleh sesiapapun yang baru tiba ke daerah ini. Pada mulanya bangunan SMK Kota Marudu hanya dilengkapi dengan tiga blok asrama yang pada asalnya dua buah blok bangunan Aspura dan 1 buah blok banginan Aspuri. Namun pada tahun 2000 blok-blok Aspura ditukar menjadi Aspuri dan sebaliknya. Selain itu, SMK Kota Marudu juga pada asalnya dilengkapi dengan satu bangunan dewan makan, tiga buah blok bilik darjah konkrit, enam buah makmal sains, sebuah makmal sains rumah tangga yang dikenali sebagai Bilik Ekonomi Rumah Tangga (ERT), makmal seni perusahaan yang dikenali sebagai Bengkel Kemahiran Hidup (KH), satu blok rumah KTBM, sebuah rumah Pengetua dan dua buah bangunan flat guru. Tanggal 23hb April 1982, bangunan SMK Kota Marudu telah dirasmikan pembukaannya oleh bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah pada ketika itu iaitu Datuk James P. Ongkili.

Perkembangan SMK Kota Marudu[sunting | sunting sumber]

Perkembangan pelajar sekolah ini adalah begitu pesat sekali dan ianya mendorong kepada penawaran jurusan yang pelbagai kepada pelajar. Sehubungan dengan itu, pada tahun 1988 sekolah ini telah diarahkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sabah untuk membuka kelas Aliran Sains bertepatan dengan Dasar 60:40 dan serentak dengan penubuhan tingkatan enam rendah. Pada era tahun 1990’an, terdapat penambahan dari segi bilangan blok bangunan bagi menampung keperluan semasa. Salah satunya adalah bangunan Projek Kilat yang dibina bagi menampung lapan buah bilik darjah dan Pejabat Penyelia Asrama. Pada awal era tahun 2000’an, bangunan yang dibina adalah Bangunan Ko-kurikulum, Bangunan KBSM dan Bangunan MPV. Pada sekitar 2005-2006, bumbung atau atap SMK Kota Marudu telah dinaiktarap dari atap asbestos kepada atap Spandek. Selain daripada itu, Sekolah ini juga telah diberi peruntukkan untuk membina bilik gimnasium dan dilengkapi dengan peralatannya dan pada ketika itu terletak bersebelahan dengan blok Aspuri. Namun pada tahun 2009 ianya telah dipindahkan ke bangunan tempat letak bas sekolah yang telah diubah suai. Pada tahun 2010, bangunan kecil PUM (Pesatuan Usahawan Muda) telah dibina pada hujung Bangunan Blok A dibiayai oleh SEDCO. Pada tahun 2011, sebuah bangunan Makmal Komputer yang memuatkan dua buah bilik makmal komputer telah siap dibina yang terletak di antara rumah Pengetua dan Flat Guru. Ianya beroperasi pada tahun 2012 selepas diselenggara.

Sementara itu, pada tahun 2012 juga SMK Kota Marudu mendapat sebuah bangunan tambahan iaitu bangunan Pejabat Guru yang dibina di belakang bangunan Aspuri dan berdekatan dengan Bengkel MPV. Bangunan ini direka bentuk bagi menempatkan seramai 40 orang guru bagi menampung pertambahan bilangan guru yang meningkat ekoran daripada penambahan mata pelajaran, aliran dan jumlah pelajar yang semakin meningkat saban tahun. Pada tahun 2007, kemuncak kegemilangan sekolah ini ialah apabila diiktiraf sebagai Sekolah Impian oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

Hari ini Program Kecemerlangan Akademik merupakan aktiviti utama bagi sekolah ini di samping program kecemerlangan dalam bidang kokurikulum, kesahsiahan dan keceriaan. Hasilnya, SMK Kota Marudu telah melakar sejarah gemilang dalam bidang akademik apabila seorang pelajar, Syivero Patrick diumumkan sebagai pelajar terbaik STPM peringkat Kebangsaan Kategori Luar Bandar tahun 2010. Sebelum itu, seorang pelajar, Dynawaty Sadikah juga telah dinobatkan sebagai pelajar STPM terbaik negeri Sabah pada tahun 2004. Terkini, mengikut format STPM sistem penggal pelajar yang dinobatkan sebagai pelajar terbaik negeri Sabah yang mendapat GPMP 4.00 ialah Siti Norshidah Binti Affendy pada tahun 2012 dan Affenye Inggiu pada tahun 2016.

Sekolah ini sekali lagi menempa sejarah di peringkat kebangsaan apabila pada tahun 2012 telah dipilih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bersama Agensi Invosi Malaysia menjadi sekolah rintis (pilot school) bagi program i-THINK. Sebagai persediaan pelaksanaan sekolah rintis i-THINK pada bulan November 2011 seramai 135 orang guru sekolah ini telah menjalani latihan yang dikendalikan oleh KPM, AIM dan Kestrel Consultant di mana 8 Peta Pemikiran atau Thinking Maps yang telah dicipta oleh Dr. David Hyrle telah diperkenalkan sebagai inovasi pemikiran yang digunakan sebagai alat pemikiran bagi membantu pembelajaran dan pengajaran. Pada tahun 2013, sekolah ini secara rasminya telah diiktiraf sebagai Sekolah Showcase i-THINK Negara.

Semenjak itu, pelbagai inovasi pemikiran dalam pendidikan telah diperkenalkan seperti 16 Habits of Mind (HOM) atau 16 Tabiat Pemikiran, 6 Thinking Hats atau 6 Topi Pemikiran dan Higher Order Thinking and Questioning Skills atau Kemahiran Berfikir dan Menyoal Aras Tinggi. Bertitik tolak dari pemilihan Sekolah Showcase i-THINK, pada tahun 2017 sekolah ini dipilih sebagai Sekolah Pembelajaran Abad-21 peringkat daerah dan seterusnya dinobatkan sebagai Sekolah Amalan Terbaik KBAT pada tahun 2018. Pada tahun ini juga sekolah telah merayakan sambutan Jubli Emas 50 tahun usia penubuhan sekolah dan telah menjalankan program amal kutipan wang untuk membiayai pembinaan dewan sekolah seperti Run and Ride dan Makan Malam Amal Jubli Emas. Setahun selepas itu sekolah sekali lagi dipilih sebagai Sekolah Flipped Classroom pada tahun 2019.

Setahun selepas itu sekolah sekali lagi dipilih sebagai Sekolah Flipped Classroom pada tahun 2019. Di tahun 2019, banyak kejayaan sekolah di peringkat negeri termasuk mengikut pameran KBAT yang melakar kejayaan manis mendapat Johan Pameran Kategori Sekolah Menengah dan berberapa pertandingan seperti menulis dalam Bahasa Cina dan pertandingan lukisan yang mendapat johan di peringkat negeri. Selain itu, beberapa seorang pelajar telah mewakili negara ke pertandingan chess di peringkat antarabangsa yang berlangsung di Sri Lanka. Akhirnya pada tahun 2020 bagi memperkasakan perjalanan hebat KBAT sekolah ini dipilih sebagai Sekolah Transformasi TS25 bagi Kohort 5 di daerah Kota Marudu.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kota Marudu
Peti Surat 11
89107, Kota Marudu
Sabah, Malaysia
Telefon = 6088661346
Fax = 6088663907

Pautan luar[sunting | sunting sumber]