Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle Brickfields (M)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle Brickfields (M)

Alamat  Malaysia Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur
Telefon 322741852
Faksimili 322734682
Pengelasan Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Moto Once a La Sallian, Forever a La Sallian
Slogan Kami Memimpin Yang Lain Mengikut
Kod Sekolah WEB0236
Pengetua Puan Chan Peck Fong
Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum Puan Poh Huck Seng
Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar Puan Latipah Binti Ibrahim
Penolong Kanan Kokurikulum Puan Norizan Binti Mohd Noh
Ketua Guru Disiplin Mr.Ganesan
Tahun dirasmikan 1954

Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle Brickfields (M) merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Tun Sambanthan,Brickfields Little India, Kuala Lumpur. Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle ini sedang menghala tuju ke arah wawasan 2020 dan dijangka akan mencapai status sekolah kluster. Tahap disiplin sekolah ini adalah amat memuaskan dengan kehadiran guru-guru yang berdisiplin dan sentiasa menjadi contoh kepada para pelajar. Kedudukan strategik sekolah ini bersebelahan dengan balai polis turut merupakan salah satu faktor sekolah ini menjadi sekolah yang istimewa kerana dianggap sebagai anak angkat balai polis brickfields. Namun begitu, balai polis tersebut telahpun dipindahkan ke kawasan lain. En.Ganesan merupakan ketua guru disiplin sekolah ini, satu tugas yang lebih berat daripada tugas Pengetua dan dihormati oleh para pelajar serta guru. Beliau memegang satu amanat untuk menjadikan SMK La Salle Brickfields sebagai institusi pendidikan yang melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Pada 2009, SMK La Salle Brickfields (M) memiliki 455 pelajar lelaki dan 0 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 455 orang. La mempunyai seramai 36 orang guru. Majoriti pelajar sekolah ini terdiri daripada Kaum India dan Melayu yang saling menghormati satu sama lain kerana menganggap bahawa perpaduan merupakan matlamat nombor satu negara disamping menjayakan konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Kerajaan Persekutuan 2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

KISAH DI SEBALIK LAGU SEKOLAH “Ilmu Sinar Hidup” merupakan lagu sekolah untuk tiga buah sekolah La Salle pada masa sekarang. Pencipta lagu ini ialah En. Leonard Wong dari Sek. Men. St. John, Kuala Lumpur. Beliau menulis lagu ini dalam Bahasa Inggeris pada tahun 1985. Cik Maimunah dari Sek. Men. La Salle telah menterjemahkan lagu ini ke dalam Bahasa Melayu dan lagu ini diterima sebagai lagu sekolah bagi Sekolah La Salle Sentul dan Sekolah La Salle Brickfields.

“Ilmu Sinar Hidup” adalah hasil titik peluh En. Wong dan Cik Maimunah telah dinyanyikan dengan bangganya oleh para pelajar SMK La Salle Brickfields pada setiap hari Isnin semasa perhimpunan sekolah.

Sekolah ini pernah dilawati oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil, menteri Kerajaan Malaysia pada mesyuarat tahunan PIBG tahun 2004.Sekolah ini berada di bawah kawasan parlimen Lembah Pantai yang diwakili Shahrizat ketika itu. Lawatan Shahrizat merupakan detik sejarah yang penting bagi sekolah tersebut.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Sepak Takraw, bola sepak dan sebagainya. Bekas pelajar sekolah ini termasuklah Datuk P.Kasi, iaitu orang ke 40 paling kaya di Malaysia(2007).

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle Brickfields (M)
Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur
Telefon = 0322741852
Fax = 0322734682

Pautan luar[sunting | sunting sumber]