Sekolah Menengah Kebangsaan Langkawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Langkawi
Lokasi
Pulau Tuba, 07000, Langkawi,, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah04-9669673
Kod sekolahKEA6017
Faks6049669673


Sekolah Menengah Kebangsaan Langkawi atau nama ringkasnya SMK Langkawi, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Pulau Tuba.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Langkawi memiliki 186 pelajar lelaki dan 177 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 363 orang. Ia mempunyai seramai 28 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Langkawi, Pulau Tuba telah dibuka pada 2hb. Januari 2001. Letaknya di Kampung Lubuk Chempedak, Pulau Tuba. Kos pembinaannya berharga RM9,298,731.21 dan siap sepenuhnya pada 11 Oktober tahun 2000. Penyerahan rasmi kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dilakukan pada 21 hb. Januari 2001. Pada asalnya sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Tuba. Di atas persetujuan masyarakat setempat dengan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah maka nama sekolah ini ditukarkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Langkawi, Pulau Tuba pada 6 hb. Mei 2001. Maka dengan itu terpahatlah sejarah nama Sekolah Menengah Kebangsaan Langkawi, Pulau Tuba sebagai warga pendidikan dalam peta pendidikan negeri Kedah.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

ROKET AIR ASIA PASIFIK 🚀 Pernah menjadi Johan Asia Pasifik dalam Kejohanan Roket Air Asia Pasifik Tahun 2016 di Filipina. Kontinjen diketuai oleh Cikgu Mohd Jazrinizad Bin Jamaluddin. Menjadi Johan Roket Asia Pasifik APRSAF di Jepun pada tahun 2023 dengan catatan rekod dunia 0.02cm dibuat oleh adik Muhd Shamer izzuan dan diketuai oleh Cikgu Zubair Samat dalam mewakil Malaysia.

PENCAPAIAN MEMANAH 🏹 PERINGKAT KEBANGSAAN

PENCAPAIAN BOLA TAMPAR🏐 PERINGKAT NEGERI

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Langkawi
Pulau Tuba
07000, Langkawi
Kedah,  Malaysia
Telefon = 04-9669673
Fax = 6049669673