Sekolah Menengah Kebangsaan Mahang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Mahang
Lokasi
Mahang, 09700, Karangan,, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoSetia, Maju, Mesra
DitubuhkanDitubuhkan Pada Tahun 1965 dan berpindah kepada Bangunan sendiri Pada 20 April 1968
Nombor sekolah6044041081
Kod sekolahKEE5030
Faks6044041081


Sekolah Menengah Kebangsaan Mahang atau nama ringkasnya SMK Mahang, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Mahang.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Mahang memiliki 327 pelajar lelaki dan 358 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 685 orang. Ia mempunyai seramai 48 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Mahang ditubuhkan pada tahun 1965. Sejarahnya bermula dengan menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Mahang yang terletak hampir 1 kilometer dari sekolah sekarang. Sesi persekolahan pertamanya mula dibuka pada Januari 1965 menggunakan dua bahasa pengantar iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. YB Tuan Haji Mohd. Yassin B. Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri Sedim ketika itu, adalah tokoh penting memperjuangkan agar Sekolah Menengah Kebangsaan Mahang dibina di lokasi sekarang iaitu di Pekan Mahang. Pada 20hb April 1968, sejarah tercatat apabila secara rasmi sekolah ini berpindah ke bangunan sendiri setelah menumpang lebih dari 3 tahun.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Mahang mempunyai keunikan tersendiri apabila dua buah kolam ternakan ikan berkeluasan 100 kaki lebar dan 100 kaki panjang mula dibina pada tahun 1968 menggunakan tenaga manusia sepenuhnya. Pengarah Pelajaran Kedah ketika itu, En Ong Pong Kee nyata amat kagum dengan inisiatif para pelajar dan guru-guru sekolah ini.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Mahang
Mahang
09700, Karangan, Kulim
Kedah, Malaysia
Telefon = 6044041081
Fax = 6044041081

Pautan luar[sunting | sunting sumber]