Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud
Lokasi
Jalan Tras, 27600, Raub, Pahang Darul Makmur
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoIlmu Menguasai Susila
Nombor sekolah6093551046
Kod sekolahCEB6026
PengetuaTuan Haji Mohd Rofidzan B Abd Manap
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Nurhayati Binti Jalar
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Mohd Ramdzi Bin Yasir
Penolong Kanan KokurikulumPuan Habibi Binti Ahmad
Faks6093559457
Laman sesawang

Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud atau nama ringkasnya SMK Mahmud, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Tras. Ia terletak kira-kira 800 meter dari pusat bandar pekan Raub.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud memiliki 568 pelajar lelaki dan 637 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1205 orang. Ia mempunyai seramai 113 orang guru.Sekolah ini juga terdapat 4 Kelas untuk Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 iaitu Amanah, Bestari, Cekal dan Dedikasi. Kelas Amanah merupakan Kelas Aliran Agama yang mengambil mata pelajaran Bahasa Arab.

Manakala di Tingkatan 4 dan 5 pula mempunyai 7 Kelas iaitu Ikhlas, Jujur, Gigih, Dedikasi, Cekal,Bestari dan Amanah. Kelas Ikhlas dan Jujur ialah Kelas Aliran Sains manakala Gigih Sehingga Amanah merupakan Kelas Aliran Kemanusiaan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Mahmud adalah antara sekolah tertua dan terbesar[perlu rujukan] di daerah Raub.SMK Mahmud telah ditubukan pada tahun 1908.Nama Mahmud School diberi pada tahun 1939 selepas wujudnya lebih kurang 31 tahun.Sebelumnya sekolah ini dikenali juga dengan nama Private English School,Anglo Chinese School,Goverment English School dan kemudiannya SMK Mahmud. Nama SMK Mahmud diasaskan sempena nama Almarhum Sultan DYMM Sultan Mahmud Ibni Almarhum Sultan Ahmad iaitu Sultan Pahang yang kedua (1914-1918).

Barisan Pentadbir Sekolah[sunting | sunting sumber]

Barisan Pentadbir dan Kaunselor SMK Mahmud:-

Nama Subjek Yang Diajar
Encik Amirawa Bin Merah (Pengetua)
Puan Nurhayati Binti Jalar (GPK Pentadbiran & Akademik) Matematik Tambahan & Matematik
Puan Noraini Bin Abdul Rahim (GPK Hal Ehwal Murid)
Encik Mohd Zukornain Bin Suman (GPK Kokurikulum) Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Encik Zaidi Bin Mohd Nor (GPK Tingkatan 6) Pengajian Am
Puan Rosmini Binti Mat Salleh (Ketua Bidang Sains & Matematik) Sains
Puan Norazah Binti Ahmad (Ketua Bidang Bahasa) Bahasa Melayu
Puan Hafiza Binti Ali (Ketua Bidang Teknik & Vokasional) Prinsip Perakaunan
Encik Mohd Redzeuan Bin Yunus (Ketua Bidang Kemanusiaan) Sejarah
Puan Norfuziah Binti Mahphoth Guru Kaunselor
Puan Azizah Binti Mamat Guru Kaunselor

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

SMK Mahmud telah menerima Anugerah Tawaran Baru (BTB) pada tahun 2014. SMK Mahmud adalah satu-satunya sekolah harian biasa di daerah Raub yang menerima anugerah tersebut, di antara lima buah sekolah yang turut menerima anugerah tersebut bagi negeri Pahang pada tahun 2014. SMK Mahmud juga telah berjaya mengadakan Majlis Malam Amal Tautan Kasih 2015, di mana majlis tersebut telah berjaya menemukan semula bekas guru-guru, pelajar/alumni dan ahli-ahli PIBG dalam majlis makan malam amal yang diadakan pada 12 September 2015 (Sabtu). Pada tahun 2017, kebanyakan pelajar SMK Mahmud mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM (2016). Seorang pelajar berjaya mendapat keseluruhan gred A+ dalam semua subjek iaitu Loo Kai Lin dengan keputusan 10A+. Lebih 15 orang pelajar yang mendapat keputusan 5A dan ke atas.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud
Jalan Tras, 27600 Raub
Pahang, Malaysia
Telefon = 6093551046
Fax = 6093559457
Website : smkmahmudraub.blogspot.com

Pautan luar[sunting | sunting sumber]