Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Salleh
Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Salleh | |
---|---|
Lokasi | |
Ranau Peti Surat 43, 89307, Ranau,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | USAHA UNTUK KEJAYAAN |
Nombor sekolah | 6088875445 |
Kod sekolah | XEE5435 |
Faks | 6088877422 |
Laman sesawang | Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Salleh |
Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Salleh atau nama ringkasnya SMK Mat Salleh, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Ranau, Sabah.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Salleh memiliki 752 pelajar lelaki dan 921 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1673 orang. Ia mempunyai seramai 132 orang guru.2009
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Salleh Ranau merupakan sekolah terbesar di daerah Ranau dan salah satu sekolah yang terbesar di negeri Sabah. Ia dibina pada tahun 1962 menggunakan nama Goverment Junior Secondary School dan mula menerima kemasukan pelajar pada awal tahun tersebut. Idea penubuhan sekolah ini disuarakan oleh Allahyarham Haji Ruman Limbogot dalam mesyuarat Agung Tahunan USNO. Dalam masa yang singkat, nama sekolah ini telah ditukar kepada Goverment Secondary School selaras dengan fungsinya yang menyediakan peluang pendidikan sehingga tingkatan Lima. Antara tahun 1972 hingga 1978, terdapat dua aliran di sekolah ini iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Sekolah ini mula menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar sepenuhnya pada tahun 1979. Nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Ranau pada tahun 1974 dan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Salleh Ranau pada tahun 1977 yang digunakan sehinggalah ke hari ini.
Pencapaian[sunting | sunting sumber]
Pengetua[sunting | sunting sumber]
- En Poh Soo Jin 1963-1967
- En Watts 1968-1969
- En Nazar Singh 1969-1970
- En. Richard Tunggolou 1971-1972
- En Wong Khen Thau 1973-1978
- En Othman Minuddin 1978-1979
- Pn Salmah Abdullah 1980
- En Frederick Subal 1980-1985
- En Ng Soi Nguwng 1985-1986
- En Abd Rahman Mat Ali 1986-1987
- En Abd Rahman Hj Halim 1987-1993
- Pn Misterine Radin 1993
- En Awangku Ali Pg Jumaat 1993-1994
- En Mohd Farid Linggi 1994-1995
- En Bali Hj Yusuf 1995-1996
- En Ku Ting Yong 1996-2000
- Pn Rujinah Miki 2000-2005
- Tuan Haji Jusoh Mohamad 2006-2007
- Tuan Haji Moin Bin Ahmad 2007-2013
- En. Majus Munsing - 2013 - 2019
- Boy @ Sharif Bin Francis - 2020 - kini
Alamat[sunting | sunting sumber]
- Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Salleh
- Ranau Peti Surat 43
- 89307, Ranau
- Sabah, Malaysia
- Telefon = 6088875445
- Fax = 6088877422