Sekolah Menengah Kebangsaan Matang Jaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Matang Jaya
Moto Berilmu, Beriman, Berbakti
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Pengetua Puan Hajah Zakiah binti Abdul Hamid
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Puan Liza binti Abdullah
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Ustaz Ahmad Hazmorllah bin Mohd Hazemi
Penolong Kanan Kokurikulum Encik Roslan bin Juis
Pengerusi PIBG Dr. Hazami bin Jahari
Kod sekolah YEA1208
Lokasi  Malaysia Taman Matang Jaya, Jalan Matang93050, Kuching,, Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia
Nama singkatan SMK Matang Jaya , SMKMJ
Telefon 6082647560
Faks 6082648259


Sekolah Menengah Kebangsaan Matang Jaya atau nama ringkasnya SMK Matang Jaya, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Taman Matang Jaya, Jalan Matang.

Sehingga 2014, Sekolah Menengah Kebangsaan Matang Jaya memiliki 1200 orang pelajar. Ia mempunyai seramai 109 orang guru dan seramai 18 orang staf sokongan2014

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Matang Jaya merupakan sekolah menengah yang pertama dibina dalam kawasan perumahan di Sarawak. SMK Matang Jaya terletak di Taman Matang Jaya, Jalan Matang yang ditadbir oleh Majlis Daerah Padawan. Sekolah ini dibina pada 25 Mei 2000 dan siap pembinaannya pada 18 Disember 2003 dengan kos binaan sebanyak RM38 juta.

Sesi persekolahan 2004 bermula pada 5 Januari 2004 secara menumpang di SK Matang Jaya sehingga 24 Januari 2004. Sesi persekolahan secara rasmi bermula di bangunan sekolah ini adalah pada 26 Januari 2004. Turut dimulakan pada tahun yang sama adalah kelas Tingkatan 6 Rendah pada 21 Jun 2004.

Pada 16 Januari 2005, SMK Matang Jaya secara rasminya telah menerima kehadiran pengetua pertamanya, iaitu Puan Saftuyah Bt Haji Adenan. Menjelang penghujung tahun 2005, bilangan tenaga pengajar bertambah kepada 58 orang dan staf sokongan kekal 10 orang.

Pada tahun 2011, skor Standard Kualiti Pendidikan Malaysia(SKPM) SMK Matang Jaya ialah 82.7% manakala Skot Komposit pula ialah 59.62% sekaligus meletakkan SMK Matang Jaya berada pada kedudukan 863 daripada 2204 buah sekolah di Malaysia.

Kini, SMK Matang Jaya mempunyai lebih daripada 38 buah kelas dan jumlah ini dijangka akan meningkat pada masa hadapan dengan pertambahan bilangan pelajarnya. Sejajar dengan itu, bilangan tenaga pengajar juga ditambah dari masa ke semasa bagi memastikan pendidikan terbaik mampu disediakan oleh pihak sekolah.

Pada 4 Mei 2012, Pn Hjh Saftuyah Hj Adenan digantikan dengan Tn Hj Mohamad Syariff Affendy yang mana merupakan pengetua SMK Matang Jaya sehingga bulan Oktober 2013

Pada awal bulan Disember 2013, SMK Matang Jaya menerima pelantikan Puan Hajah Zakiah binti Abdul Hamid dari SMK Bau sebagai pengetua sekolah yang ketiga sehingga ke hari ini.[1]

Visi & Misi sekolah[sunting | sunting sumber]

Visi SMK Matang Jaya Cemerlang Sentiasa(Always Excellent)

Misi Beriltizam untuk memberikan penekanan terhadap pembangunan sahsiah warga sekolah, pendidikan berkualiti melalui pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan penglibatan aktif dalam kokurikulum.[2]

Senarai Pengetua[sunting | sunting sumber]

Dari Hingga Nama Pengetua Catatan
Februari 2005 April 2012 Puan Hajah Saftuyah binti Haji Adenan Bertukar dengan pengetua SMK Batu Lintang
Mei 2012 11 Oktober 2013 Tuan Haji Mohd. Syarif Affendy bin Matjeraie Bersara
Disember 2013 Sekarang Puan Hajah Zakiah binti Abdul Hamid Berpindah dari SMK Bau

Alumni Ketara[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Penilai Menengah Rendah(PMR) 2005-2013[sunting | sunting sumber]

Bagi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah(PMR), SMK Matang Jaya merupakan antara sekolah yang mencatatkan kecemerlangan yang konsisten. Dari tahun 2005-2013, SMK Matang Jaya telah mencatatkan purata 81.40% kelulusan sepanjang peperiksaan PMR. Bagi gred purata sekolah(GPS), SMK Matang Jaya pula telah mencatatkan purata 2.63 dan menjadikannya salah satu sekolah yang cemerlang dalam kawasan pentadbirannya. Pada tahun 2014, Peperiksaan PMR telah dimansuhkan dan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3(PT3) dan sekali gus telah menamatkan era kecemerlangan PMR SMK Matang Jaya

Pentaksiran Tingkatan 3(PT3) 2014[sunting | sunting sumber]

Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) 2005-Sekarang[sunting | sunting sumber]

Bagi Sijil Pelajaran Malaysia(SPM), SMK Matang Jaya telah mencatatkan purata peratusan kelulusan 96.96% sehingga tahun 2013. Gred Purata Sekolah(GPS) bagi peperiksaan SPM pula adalah 5.45 sehingga tahun 2013

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM) 2005-Sekarang[sunting | sunting sumber]

Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM) juga menyumbang kepada kecemerlangan SMK Matang Jaya. Sehingga tahun 2013, peperiksaan STPM telah mencatatkan purata kelulusan 96.26% manakala bagi gred purata sekolah(GPS) STPM sekolah telah mencatatkan 2.14 dan menjadikan SMK Matang Jaya di antara sekolah yang sentiasa mencatatkan kecemerlangan bagi peperiksaan STPM.

Kokurikulum[sunting | sunting sumber]

SMK Matang Jaya juga terkenal dengan pasukan gamelan yang seringkali diundang untuk membuat persembahan pada majlis keramaian. Selain itu, SMK Matang Jaya juga dikenali dengan pasukan F1 yang berjaya mengharumkan nama sekolah pada peringkat negeri dan kebangsaan.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

SMK Matang Jaya terletak bersebelahan dengan SK Petra Jaya dan Sekolah Sheikh Haji Othman Abdul Wahab(SHOAW), dan berjiran dengan SM Sains Kuching Utara.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Matang Jaya
Taman Matang Jaya, Jalan Matang
93050, Kuching
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6082647560
Fax = 6082648259

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]