Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok
Lokasi
Merbok, Kuala Muda, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerilmu Untuk Berbakti
Ditubuhkan1966
Nombor sekolah6044572078
Kod sekolahKEE3055
PengetuaTN HJ OSMAN B AHMAD
Faks6044572341


Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok atau nama ringkasnya SMK Merbok, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Merbok, Kedah.

Pada tahun 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok memiliki 821 pelajar lelaki dan 728 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1,549 orang. Ia mempunyai seramai 83 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1966 dan beroperasi sementara di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Semeling. Hanya mempunyai 2 kelas sahaja aliran Melayu. Pada tahun 1967 aliran bahasa Inggeris telah diperkenalkan dan mempunyai sekitar 30 hingga 40 pelajar sahaja daripada keturunan Melayu, Cina dan India. Sewaktu itu sekolah ini diberi nama Sekolah Menengah Merbok. Setelah sekolah yang ada sekarang telah siap dibina, berpindahlah semua pelajar daripada sekolah tumpangan ke sekolah sebenar.

Sekolah ini telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran waktu itu Encik Mohammad Khir Johari. Perasmian ini berlangsung pada tahun 1969 dan bertambahlah pelajar di waktu itu antaranya ialah 3 kelas aliran inggeris dan daripada tingkatan peralihan hingga tingkatan 2. Bagi aliran melayu tinggkatan tertinggi waktu itu ialah tingkatan 4 sastera. Mana-mana pelajar yang cemerlang dan ingin melanjutkan pengajian ke bidang sains terpaksa bertukar ke sekolah lain seperti Sekolah Menengah Khir Johari di Sungai Petani. Aliran Inggeris hanya setakat tingkatan 3 sahaja. Untuk menyambung ke tingkatan seterusnya berhijrahlah para pelajar ke tempat baru seperti aliran teknik, vokasional dan sains di tempat-tempat lain.

Tenaga pengajar di waktu itu tidak ramai. Pengetua ialah En. Ng Fook Thiam dan Guru Penolong Kanan Cikgu Abdul Rahim Embi. Kerani sekolah En. Husin dibantu pembantu pejabat Fadzil Hashim. Pembantu Makmal Ismail. Antara guru yang mengajar pada masa itu ialah Cikgu Bakar, Cikgu Ilias Janggut, Cikgu Fatimahtun Zahrah, Cikgu Shuib, Cikgu Putih Lazim, Cikgu Halim, Mr. Tang, Cikgu Md Noh, Cikgu Hashim Man, Ustazah Zaharah Yahya, Mr. Goh, Cikgu Ahmad Tajuddin, Mr. Liang, Cikgu Ahmad Idris, Mr. Cheah Botak, Cikgu Omar.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok
Merbok
08400, Merbok
Kedah, Malaysia
Telefon = 604-4572078
Faks = 604-4572341

Pautan luar[sunting | sunting sumber]