Sekolah Menengah Kebangsaan Pitas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Pitas
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 284, Pos Mini Pitas, 89100, Pitas,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Motoilmu kekal abadi
Nombor sekolah088-613244
Kod sekolahXEA5216
Faks088-613244


Sekolah Menengah Kebangsaan Pitas atau nama ringkasnya SMK Pitas, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Pekan Baru Daerah Pitas, iaitu bersebelahan dengan Pejabat Urus Setia Daerah Pitas.

Pelajar-pelajar dari sekitar Pekan Pitas yang menuntut di SMK Pitas ialah bermula dari tingkatan satu sehingga ke tingkatan enam. Walau bagaimanapun terdapat juga pelajar dari sekolah menengah lain yang datang ke SMK Pitas untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Pitas memiliki 397 pelajar lelaki dan 564 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 961 orang. Ia mempunyai seramai 57 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Pitas telah ditubuhkan pada 3 Januari 1981. Pada mulanya, sekolah ini dijalankan secara menumpang di Sekolah Kebangsaan Pitas selama tempoh 5 tahun sebelum berpindah ke bangunan baru pada tahun 1986 dengan keluasan 26.6 hektar kilometer persegi. Sekolah ini merupakan sekolah yang paling tua berbanding dengan sekolah yang ada di Daerah Pitas ini.

Sekolah yang baru dibina ini dilengkapi dengan 2 bangunan sekolah, 2 tingkat, sebuah bengkel seni perusahaan, kantin, bangunan asrama lelaki dan perempuan, flat guru serta kediaman untuk kakitangan bukan mengajar dan sebuah rumah pengetua.

Sekolah Menengah Kebangsaan Pitas dirasmikan sepenuhnya oleh Yang Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, bekas timbalan Menteri Kewangan Malaysia pada 16 Februari 1994. Jabatan pendidikan iaitu Jabatan Pendidikan Sabah telah meluluskan pembinaan asrama desa bertujuan untuk memberi kemudahan, untuk tinggal diasrama tersebut bagi pelajar yang jaraknya sungguh jauh daripada sekolah tersebut. Asrama tersebut juga ada dilengkapi kemudahan-kemudahan asas seperti surau, tandas, dewan makan dan sebagainya.

Sekolah Menengah Kebangsaan Pitas atau nama ringkasannya, SMK Pitas terletak di Pekan Baru Daerah Pitas iaitu bersebelahan dengan Pejabat Urusetia Daerah Pitas. Pelajar-pelajar sekolah tersebut terdiri daripada penduduk di sekitar Pitas dan ada juga dari Daerah yang lain, bermula daripada tingkatan 1 sehingga tingkatan 6. Sekolah ini juga mempunyai Misi dan Visi yang ingin dicapai.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Pitas
Peti Surat 284, Pos Mini Pitas
89100, Pitas
Sabah, Malaysia
Telefon = 088-613244
Fax = 088-613343

Pautan luar[sunting | sunting sumber]