Sekolah Menengah Kebangsaan Salor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Salor
Lokasi
Jalan Salor, 15100, Kota Bharu,, Kelantan Darul Naim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBersama Menjana Kecemerlangan
Nombor sekolah6097011360
Kod sekolahDEA1136
Faks6097141011

Sejarah Sekolah[sunting | sunting sumber]

SMK.Salor telah dibina di atas tapak yang dimiliki oleh Tok Jerulong(Tuan Haji Said) pada tahun 1965. Awalnya hanya sebuah sekolah pondok dan mempunyai 3 buah kelas dengan 79 orang pelajar dan 7 orang guru. Pada tahun 1967 bangunan sekolah yang baru telah dibina sebanyak 2 blok dan sebuah kantin dan bangunan terus ditambah. Tahun 1973 telah bermula pengambilan pelajar tingkatan 2,3,4 dan 5. Tahun 1982 sekolah ini telah mempunyai 4 blok, kantin dan bengkel.

Asrama puteri telah dibina pada tahun 1988 dan seterusnya pada tahun 1990 dibina pula sebuah musalla. Pada tahun 1980 tingkatan 4 aliran sains telah bermula. Kini sekolah ini mempunyai 22 kelas dari tingkatan 1 hingga 5 dengan tenaga pengajar seramai 40 orang dan 15 orang staf sokongan. Berperinsipkan cogankata sekolah " Bersama Menjana kecemerlangan" dengan logo berbentuk empat segi yang berteraskan elemen ilmu,akal,iman dan takwa. Setiap logo yang tertera mempunyai makna. Atom melambangkan sains dan teknologi, obor ilmu yang menerangi kehidupan, mata pena proses pencarian ilmu,dua jahitan seimbang ialah keseimbangan dunia dan akhirat, empat buah buku tersusun pelbagai ilmu yang dipelajari, biru kesederhanaan sikap, merah cita-cita, kuning kemulian hidup, putih kemurnian cita-cita dan hitam kemantapan usaha.

SMK Salor terus cemerlang dalam kurikulum dan kokuriokulum. Setiap tahun peratusan pencapaian SPM dan PMR semakin menungkat dan telah melahirkan ramai ilmuan seperti En.Ab.Rahman Abdullah professor UKM. Bidang kokurikulum semakin menyinar, dalam bidang sukan bukan saja peringkat daerah malah telah mampu melangkah ke peringkat negeri dan negara. Kini SMK Salor telah digelar Juara Ping Pong. Ramai pemain yang bersinar cemerlang diperingkat negeri dengan pimpinan jurulatih Tn.Hj.zakaria Awang. Kerjasama dan pemufakatan antara pihak sekolah dengan PIBG bermula dari tahun 1965 hingga kini dengan peneraju yang silih berganti tidak melumpuhkan perlembagaan sekolah. PIBG merupakan pertubuhan yang telah ditubuh pada tahun 1965 telah banyak memberikan sumbangan kepada sekolah. Sumbangan yang dihulurkan samada berbentuk kewangan dan moral.

Berkat kerjasama usaha dan kematangan pihak pentadbir, guru-guru ,staf dan pelajar dengan berteraskan prinsip dan slogan sekolah telah berjaya melahirkan warga SMK Salor yang gemilang dan cemerlang di mata dunia pendidikan negara. Seterusnya mampu menghasilkan ahli ilmuan yang memberikan sumbangan kepada wawasan negara.

Motto Sekolah[sunting | sunting sumber]

"BERSAMA MENJANA KECEMERLANGAN"

Visi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Salor akan menjadi sekolah cemerlang tahun 2013.

Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Pengurusan kurikulum yang berkualiti.
  • Guru-guru mesti memahami dan melaksana proses dan melaksana proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dibilik darjah.
  • Peningkatan dari segi peratus am dan kecemerlangan dalam peperiksaan PMR dan SPM.
  • Mengurangkan masalah pelajar yang tidak dapat membaca, menulis dan mengira.
  • Penggunaan secara berkesan program Head Count / Folio A dan Folio B.


Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Salor
15100, Kota Bharu
Kelantan,  Malaysia
Telefon = 6097011360
Fax = 6097141011

Pautan luar[sunting | sunting sumber]