Sekolah Menengah Kebangsaan Sanzac

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Sanzac
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 264,, 89458, Tanjung Aru,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan1970
Nombor sekolah6088210360
Kod sekolahXEA4040
Faks6088211360


Sekolah Menengah Kebangsaan Sanzac atau nama ringkasnya SMK Sanzac, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 264,.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sanzac memiliki 879 pelajar lelaki dan 625 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1504 orang. Ia mempunyai seramai 93 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Sanzac, Kota Kinabalu yang dikenali sebagai SANZAC adalah sebuah sekolah jenis kerajaan yang terletak di Jalan Sembulan Lama. Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1970.

Sekolah Menengah Kebangsaan Sanzac telah diasaskan melalui gabungan bekas perajurit Australia dan New Zealand (Australia, New Zealand Army Corps) atau lebih dikenali dengan singkatan ANZAC telah telah memohon sebidang tanah seluas 5 ekar daripada Kerajaan Negeri Sabah pada tahun 1969 untuk membina bangunan sebagai tanda kenangan abadi hubungan erat antara rakyat Sabah dan anggota–anggota tentera ANZAC yang menjadi rakan seperjuangan setia pada masa peperangan.

Permohonan ini diluluskan sebagai penghargaan atas khidmat dan sumbangan mereka kepada Sabah semasa Perang Dunia Kedua sekitar tahun 1942-1945. Pada tahun 1969, sebuah bangunan yang mempunyai tujuh buah bilik darjah didirikan di tanah tersebut atas biayaan persatuan ANZAC dan seorang warga tempatan En. Francis Xavier Loh, seorang usahawan tempatan yang berjaya. Ketika kecil beliau merupakan antara anak tempatan yang rapat dengan askar-askar Australia dan New Zealand yang ketika itu mempunyai markas di tapak sekolah yang ada sekarang. En. Francis Xavier Loh bersama-sama askar-askar Australia mengumpul dana untuk membina bangunan sekolah ini. Askar-askar Australia tersebut mengumpul separuh dari kos dan En. Francis Xavier Loh mengumpul separuh lagi dengan mengadakan antaranya menganjurkan persembahan tarian singa. Sekolah ini pada asalnya dinamakan Anzac College (bangunan ini ialah sebahagian daripada bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Sanzac sekarang) dan dengan tujuan memberi peluang kepada anak-anak tempatan yang ingin memasuki aliran Inggeris Rendah.

Bagaimanapun, memandangkan perkembangan sekolah Menengah Aliran Kebangsaan kian pesat dan mengalami beban penempatan, Kerajaan Negeri telah memohon kepada ANZAC supaya sekolah tersebut digunakan untuk menempatkan pelajar-pelajar aliran kebangsaan yang pada masa itu berjumlah 32 orang dan sedang menggunakan bangunan lama sekolah perdagangan (“Trade School”) dengan memakai nama “Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kinabalu”. Dengan adanya bangunan ini, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pelajaran cuba merealisasikan hasrat untuk mendirikan sebuah Sekolah Menengah Aliran Kebangsaan, sejajar dengan hasrat Kerajaan Malaysia masa itu yang ingin menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar di sekolah-sekolah. Ekoran daripada penyerahan bangunan ini kepada kerajaan negeri Sabah, maka huruf “S” kemudiannya telah ditambah pada nama bangunan itu menjadikannya sebagai “SANZAC” (akronim kepada Sabah, Australia, New Zealand Army Corps).

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Sanzac
Peti Surat 264,
89458, Tanjung Aru
Sabah, Malaysia
Telefon = 6088210360
Fax = 6088211360

Pautan luar[sunting | sunting sumber]