Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Badong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Badong
Lokasi
O8400 Merbok, Kedah., 08400, Merbok,, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6044572103
Kod sekolahKEA3110
PengetuaEN MALEK B ABU HASSAN
GPK Pentadbiran dan AkademikEN.AZMAN BIN ABDULLAH
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEN.ABDUL HALIM BIN SAFIE
Penolong Kanan KokurikulumEN.MOHD MOKHTAR BIN SHOIB
Faks6044572103
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Badong atau nama ringkasnya SMK Seri Badong, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di O8400 Merbok, Kedah..

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Badong memiliki 466 pelajar lelaki dan 475 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 941 orang. Ia mempunyai seramai 59 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

26 Oktober 2001 merupakan tarikh bersejarah bagi sekolah ini kerana pada tarikh keramat tersebut sekolah yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Singkir telah ditukar nama secara rasminya kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Badong. Nama ini diambil sempena kedudukan sekolah ini yang tersergam indah di atas sebuah bukit yang dinamakan Bukit Badong. Sebelum itu, nama asal bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Singkir ialah Sekolah Menengah Rendah Singkir.

Sekolah Menengah Rendah Singkir telah dibuka pada 1 Januari 1984. Pada awal pembukaannya, sekolah ini terdiri daripada 11 orang guru dan mempunyai seramai 197 orang pelajar tingkatan 1 yang telah mendaftar untuk sesi persekolahan 1984. Pelajar-pelajar Cina pula mendaftar diri untuk kelas peralihan pada minggu kedua persekolahan, iaitu seramai 21 orang.

Sekolah ini dibina di atas Lot 699, 766, 710, 711 dan 712 Mukim Singkir, Yan. Kerja-kerja awal menolak tanah telah dimulakan pada awal tahun 1983. Kira-kira 95 % daripada pembinaannya siap pada penghujung tahun 1984. Dengan keluasan tanah 40 ekar, sekolah ini mampu menjadi sekolah yang indah kerana lokasinya di atas bukit dengan tanah yang subur.

Sekolah ini pada asalnya terdiri daripada tiga buah blok bangunan akademik, sebuah bangunan kantin, dua buah blok bangunan asrama dan sebuah blok dewan makan.

Bangunan tambahan lain ialah sebuah bangunan rumah guru dengan dua unit rumah guru dan sebuah rumah pengetua (berasingan). Seterusnya, sekolah ini telah menerima bangunan tambahan lagi dengan pembinaan sebuah blok Bengkel Kemahiran Hidup dan juga sebuah surau.

Pada tahun 2002, sebuah blok bangunan empat tingkat telah siap pembinaannya dan telah mula digunakan pada pertengahan bulan Mac. Sekolah ini juga mempunyai Makmal IT yang telah mula beroperasi pada bulan Jun 2002.

Kebanyakan pelajar sekolah ini datang dari kampung-kampung berdekatan seperti Kampung Singkir, Kampung Singkir Laut, Kampung Singkir Genting, Kampung Singkir Kedai Keling, Kampung Singkir Badong, Kampung Singkir Darat, Kampung Huma, Kampung Nelayan, Pekan Tanjung Dawai, Kampung Masjid, Kampung Sungai Pial, Kampung Simpang Tiga Pasir, Kampung Pasir dan Kampung Belau.

Pada Keseluruhannya, pelajar sekolah ini berasal daripada keluarga sederhana dan kos sara hidup mereka adalah pada peringkat minimum sahaja. Oleh sebab petempatan pelajar-pelajar adalah di kawasan kampung dan berdekatan dengan Kuala Sungai Merbok, kebanyakan waris pelajar terdiri daripada nelayan dan pesawah.

Kebanyakan pelajar datang ke sekolah dengan menaiki bas dan menunggang motosikal. Hal ini adalah kerana lokasi sekolah yang berdekatan dengan jalan utama iaitu Tanjung Dawai ke Sungai Petani.


Pengetua[sunting | sunting sumber]

  1. EN. ARSHAD BIN IBRAHIM [1984 – 1986]
  2. EN. ABDUL RAZAK BIN HASHIM [FEB. 1986 – APR. 1986]
  3. EN. ISMAIL BIN NAYAN [APR. 1986 – DIS. 1987]
  4. EN. AHMAD BIN DIN [DIS. 1987 – APR. 1988]
  5. EN. ZAHID BIN ZAINAL ABIDIN [APR. 1988 – OKT. 1991]
  6. PN. FARIDAH BT. MAHAIDIN (PEMANGKU) [OKT. 1991 – MAC 1992]
  7. TN. HJ. ABDUL RAHIM BIN AHMAD [MAC 1992 – DIS. 1992]
  8. EN. HUSSEIN BIN YAHYA [JAN. 1993 – MAC 1995]
  9. TN. HJ. ARSHAD BIN SHAARI [MAC 1995 – MAC 1999]
  10. TN. HJ. ROSLAN BIN SAID [MAC 2000 – SEPT. 2001]
  11. EN. MOHD RAMLI BIN SALLEH [SEPT. 2001 – MAC 2005]
  12. TN. HJ. MOHD JAMIL MOHD NOOH [MAC 2005 – NOV. 2006]
  13. TN. HJ. OTHMAN BIN SAID [DIS. 2005 – JUN 2009]
  14. EN. OMAR BIN BAHAROM [JUN 2009 – OKT. 2010]
  15. PN. JAMALIAH BT OSMAN [OKT. 2010 - OGOS 2013]
  16. TN. HJ ABDULLAH BIN MOHD ALI [ SEPT.2013 - APRIL 2015]
  17. EN MALEK B ABU HASSAN [ JULAI 2015 sehingga sekarang]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Badong
O8400 Merbok, Kedah.
08400, Merbok
Kedah, Malaysia
Telefon = 6044572103
Fax = 6044572103

Pautan luar[sunting | sunting sumber]