Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah
Moto Ilmu, Kasih, Amal
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah harian kerajaan
Pengetua Pn. Hjh. Fadzillah Bt. Maarif
Kod sekolah BEA8627
Lokasi Taman Seri SerdangSeri Kembangan, Selangor,  Malaysia
Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 - 5
Laman web http://smkserindah.webs.com/
Telefon 03-89434263
Faks 03-89456695

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah merupakan sekolah yang terletak di Seri Kembangan, Selangor.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah atau nama ringkasnya SMK Seri Indah telah ditubuhkan pada 1 November 1995 dan diberi nama Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang (2). Mulai 3 Oktober 1996, namanya ditukar menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah sebagaimana yang disyorkan oleh Pengetuanya, Cik Genevieve Kong Lan Hoh dan menjadi sebagai nama rasmi sekolah.

Cik Genevieve Kong Lan Hoh telah dilantik sebagai pengetua sekolah pertama pada tarikh 1 November 1995. Pada awal penubuhan sekolah, guru-guru sekolah hanya terdiri daripada 27 orang, termasuk Pengetua Cik Genevieve Kong Lan Hoh, empat orang Penolong Kanan, guru-guru lain dan juga dua orang staf sokongan.

Pada awalnya, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah menumpang seketika di Sekolah Kebangsaan Taman Universiti Indah, Seri Kembangan buat sementara waktu kerana bangunan sekolah masih dalam proses pembinaan dan akhirnya telah siap dibina pada awal bulan Mac 1998. Majlis penyerahan kunci dirasmikan oleh Ketua Sektor Pembangunan, Tuan Haji Sallehuddin berlangsung pada 18 Mac 1998. Akhirnya sesi persekolahan pertama di sekolah sendiri bermula pada tanggal 1 April 1998.

Bangunan sekolah ini ditempatkan di satu kawasan seluas 5 ekar dan mempunyai empat blok yang mengandungi empat tingkat setiap satunya. Sekolah ini juga turutkan mempunyai dua buah makmal komputer yang turut digunakan untuk penggunaan para pelajar. Pada tahun 2011, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah mempunyai seramai 892 pelajar lelaki dan 825 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1717 orang murid yang ditempatkan di 60 buah kelas yang mempunyai dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Murid-murid terdiri daripada pelbagai lapisan bangsa iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum yang terdapat di Malaysia. Guru-guru bagi sesi pagi seramai 99 orang dan bagi sesi petang pula seramai 41 orang menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 140 orang guru yang mengajar di sekolah ini. Staf sokongan pula dibantu seramai 14 orang.

Visi dan misi[sunting | sunting sumber]

Visi

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah Sekolah Cemerlang Zon Serdang - Serdang Puchong Tahun 2013

Misi
  • Berusaha meningkatkan kecemerlangan akademik dan menguasai kemahiran sains dan teknologi melalui pengajaran dan pembelajaran berkesan.
  • Menggunakan strategi dan kaedah P & P yang berkesan mengikut keupayaan, kebolehan dan kesesuaian pelajar.
  • Memantapkan peranan pentadbiran, guru, ibu bapa dan pelajar agar seiring ke arah mengoptimumkan kejayaan akademik.
  • Menyediakan persekitaran yang kondusif, ceria dan bermaklumat ke arah memupuk minat pelajar menjiwai kepentingan ilmu.
  • Mempertingkatkan aplikasi dan tahap pengkonsepan ilmu untuk mentaakul dan menganalisis serta memperluas cara pemikiran yang lebih saintifik.
  • Mempelbagaikan program motivasi, teknik belajar, teknik menjawas soalan, latih tubi dan kelas tambahahan untuk kecemerlangan pelajar.
  • Menanam rasa tanggungjawab dan komitmen yang tinggi untuk berjaya dengan cemerlang dalam kalangan semua pihak khususnya para pelajar.

Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah kami seri dan indah
Bertemakan sekolah penyayang
Pengajaran pelbagai kaedah
Demi pencapaian yang cemerlang

Marilah kita menyahut cabaran
Kerana kita barisan hadapan
Berikhtiar kita hingga berjaya
Demi negara yang tercinta

Kami berjanji rajin belajar
Jangan mudah berputus asa
Berganding bahu ilmu dikejar
Yakinlah kami akan berjaya

Marilah kita menyahut cabaran
Kerana kita barisan hadapan
Berikhtiar kita hingga berjaya
Demi negara yang tercinta

Barisan pentadbir[sunting | sunting sumber]

Terkini

Jawatan Nama
Pengetua  :Pn. Hjh Fadzillah Bt Maarif
Pen. Kanan  :Pn. Hjh Omme Kalthom Bt Md. Sharif
Pen. Kanan HEM  :Pn. Haslina bt Sahrom
Pen. Kanan Kokurikulum  :Pn. Norhayati Bt. Asin
Pen. Kanan Petang  :Pn. Hjh Faudziah bt Yusoff

Persatuan Ibu Bapa dan Guru[sunting | sunting sumber]

Bagi tahun 2011/2012-

Jawatan Nama
Penasihat  :Pn. Hjh. Fadzillah Bt. Maarif
YDP PIBG  :Ybhg. Dato' Ibrahim bin Ismail
NYDP PIBG  :En. Khalid B. Lambak
Setiausaha  :En. Abdul Aziz B. Dollah
Bendahari  :Pn. Norlidza Bt. Abdul
AJK Ibu Bapa En. Noor Azman B. Abdul Jalil

Tn. Hj. Daud B. Otheman
Dr. Paramasivam a/l Muthusamay
Pn. Nor Azlina Bt. Abd Aziz
Pn. Wendy Wong Wai Kin

AJK Guru Pn. Hjh. Norizah Bt. Abdullah

Pn. Hazlenee Bt. Idris
En. Jamaluddin B. Toib
Tn. Hj. Nasir B. Abas
Pn. Moong Sow Kuan

Juruaudit En. N. Perumal a/l Govindarajoo

Pn. Wan Haslinar Bt. Wan Ismail

Pautan luar[sunting | sunting sumber]