Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jengka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jengka
Dirasmikan 2 Disember 1991 (22 tahun)
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolah CEA9163
Lokasi  Malaysia Pekan Tajau26500, Maran,, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Telefon 6094771671
Faks 6094772007


Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jengka atau nama ringkasnya SMK Seri Jengka, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Pekan Tajau.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jengka memiliki 226 pelajar lelaki dan 393 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 619 orang. Ia mempunyai seramai 63 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jengka telah dibuka pada 2 Disember 1991 di atas sebidang tanah seluas 35 ekar.· Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jengka ialah sebuah Sekolah Rancangan Khas iaitu sekoiah berasrama penuh di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.· Semua pelajarnya tinggal di asrama. Pengetua pertama ialah En Wan Bustama Bin Wan Abdul Hayat dibantu oleh 13 orang guru dengan bilangan pelajar seramai 163 orang. Dengan perkembangan pembangunan fizikal yang pesat dan pertambahan bilangan pelajar serta disokongan dengan pencapaian prestasi yang cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jengka telah dinaikkan taraf· sebagai· sekolah gred A pada 16.02.1998.[1]

Pada tahun 2000 Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jengka diberi kepercayaan membuka kelas Tingkatan 6 bagi menampung bilangan pelajar Tingkatan 6 di daerah Maran. Perkembangan ini menyebabkan pertambahan bilangan tenaga guru kepada 44 orang dan bilangan pelajar seramai 598 orang. Semenjak pembukaannya, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jengka telah mencapai pelbagai kecemerlangan dalam pelbagai aspek kurikulum dan ko-kurikulum. Pada tahun 2001, sekoiah ini telah muncul sebagai sekolah terbaik dalam Peperiksaan SPM Kategori Luar Bandar Peringkat Kebangsaan dengan pencapaian GPK 2.98. Kejayaan ini telah mengharumkan nama sekolah di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jengka sekali lagi mengorak langkah dengan pembukaan kelas Tingkatan 6 Aliran Sains mulai 2005 dan seterusnya terpilih sebagai salah sebuah Sekoiah Rancangan Khas Negeri Pahang mulai tahun 2006.· Bilangan tenaga pengajar 2013 ialah seramai 51 orang dengan bilangan pelajar seramai 524 orang.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jengka
Pekan Tajau
26500, Maran
Pahang, Malaysia
Telefon = 6094771671
Fax = 6094772007

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Ralat petik: Tag <ref> ada tetapi tag <references/> tidak disertakan