Sekolah Menengah Kebangsaan Sikuati II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Sikuati II
Lokasi
W.D.T 100, Smk Sikuati Il, 89058, Kudat, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoTekad Disiplin Cemerlang
Nombor sekolah6088623352
Kod sekolahXEA5025
PengetuaTUAN HAJI NARAWI BIN DIASIM (2020-KINI)
Faks6088623257


SMK Sikuati II

Sekolah Menengah Kebangsaan Sikuati II atau nama ringkasnya SMK Sikuati II, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di W.D.T 100, Smk Sikuati Il.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sikuati II memiliki 314 orang pelajar lelaki dan 327 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 641 orang. Ia mempunyai seramai 44 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Sikuati II mula menerima guru-guru baru pada bulan Disember 2004. Guru pertama yang dihantar ke sekolah ini ialah En. Johori Botohong yang ditugaskan sebagai Caretaker bagi SMK Sikuati II bermula pada 16 Disember 2004. Sekolah ini mula menerima kemasukan murid-murid baharu di tingkatan 1 dan 4 pada 2 Januari 2005. Sekolah mula dibuka untuk sesi pengajaran dan pembelajaran pada 3 Januari 2005 dengan membuka 3 buah kelas tingkatan 1 dan 2 buah kelas tingkatan 4 (1 kelas sains dan 1 kelas perdagangan). Seramai 4 orang guru sahaja yang mengendalikan sekolah pada ketika itu iaitu En. Johori Botohong (Caretaker/Penolong Kanan 1), En. Ramin Pagi (PK HEM), En. Nalmon Goyi (PK Kokurikulum) dan En. Jamot Yusevender Peter (Ketua Bidang Kemanusiaan).

Dalam masa dua bulan, bilangan pelajar semakin bertambah dan akhirnya sekolah ini mampu membuka 3 buah kelas tingkatan 1 dan 3 buah kelas tingkatan 4 (termasuk 1 kelas sains). Bilangan guru juga telah bertambah kepada 8 orang kesemuanya termasuk seorang pengetua. Pengetua pertama SMK Sikuati II, En. Edward Mathew Hunggim, telah melaporkan diri bertugas di sekolah ini pada 27 Januari 2005. Beliau bertugas sebagai pengetua SMK Sikuati II sehingga bulan Mac 2008. Beliau mendapat pertukaran setara ke SMK Pinggan-Pinggan dan tugasnya sebagai pengetua di SMK Sikuati II telah diteruskan oleh Tuan Haji Ismail Tukimin. Tuan Hj. Ismail Tukimin bertugas sebagai pengetua SMK Sikuati II sehingga 2014.Pada 21 Julai 2014,Tuan Haji Ismail Tukimin telah ditukarkan oleh Tuan Andau Senan sebagai pengetua SMK Sikuati II yang baharu.Tuan Haji Ismail Tukimin telah ditukarkan ke SMK Sikuati pada hari yang sama.

Asrama sekolah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2015, Ketua Warden asrama SMK Sikuati II, En. Hamid telah ditukarkan ke SMK Sikuati, Kudat dan telah digantikan oleh En. Joliwon Bilikon sebagai Ketua Wardan asrama SMK Sikuati ll yang baharu. Dianggarkan sebanyak 120 orang pelajar menetap di asrama SMK Sikuati II.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Sikuati II
W.D.T 100,
89058, Kudat
Sabah, Malaysia
Telefon = 6088623352
Faks = 6088623257

Pautan luar[sunting | sunting sumber]