Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Nangka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Nangka
Moto Berdisiplin, Berilmu , Berwawasan
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Pengetua Puan Rohani Bte Abdullah(2012-)
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik En Mohd Shahrail Bin Yusuf(2012-)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En Rusli B. Semail(2012-)
Kod sekolah XEA4302
Lokasi  Malaysia Peti Surat 80389208, Tuaran,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu, Malaysia
Telefon 6088793779
Faks 6088793770


Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Nangka atau nama ringkasnya SMK Sri Nangka, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak lebih kurang 5km dari pekan Tuaran, Sabah.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Nangka memiliki 429 pelajar lelaki dan 365 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 794 orang. Ia mempunyai seramai 67 orang guru.2009

Sejarah Kewujudan Sekolah[sunting | sunting sumber]

SMKSNT.gif

SMK Sri Nangka Tuaran, mula beroperasi dengan nama asalnya SMK Tajau.Dibina pada tahun 1995 dan beropeasi sepenuhnya pada bulan Januari 2001 dan ditukar namanya kepada SMK Sri Nangka. Sebelum siap sepenuhnya, SMK Sri Nangka menumpang di SK.Selupoh dan beroperasi pada sidang petang. Pada 7hb.Julai 2001 seramai 133 orang pelajar tingkatan 1 serta 11 orang guru berpindah ke bangunan baru. En.Mohd.Jannes G. Linggau merupakan pengetua pertamanya yang mula bertugas pada Ogos 2002 - Mac 2004.


Pengetua-Pengetua Sebelum Ini[sunting | sunting sumber]

Allahyarham En Mohd Jannes B. Lingau ( 2001-2003)
En Justin Rumpod (Memangku 2003-Jun 2004)
Puan Hajjah Noorayati Bte Muhammad ( 2004-2008)
Puan Zubaidah Binti Ahmat ( 2008-2011)
Tn. Hj. Mahamad Sukri (Mac2011-Jun2011)
Puan Rohani Bte Abdullah (Jun2011- )

Misi[sunting | sunting sumber]

Memberi perkhidmatan pendidikan terbaik kepada pelajar melalui pengurusan akademik, pengurusan hal ehwal murid, pengurusan persekitaran & perlaksanaan kokurikulum yang berkualiti serta berkesan bagi membentuk modal insan cemerlang.

Visi[sunting | sunting sumber]

Sekolah menengah kebangsaan sri nangka tuaran akan menjadi sekolah cemerlang.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

SMK Sri Nangka sekolahku
Megah berdiri sepanjang waktu
Namamu harum dijunjung selalu
Kau lahirkan bangsa berilmu
Bersatu padu warga semua
Menjulang mulia Rukunegara
Memupuk ilmu membentuk jiwa
Bersama capai cita negara
Cho:....
Berdisiplin, berilmu, berwawasan
sains dan teknologi
teras kemajuan
Agama jadi pegangan
Tuju puncak kejayaan
Pendidikan yang diperolehi
Nilainya tidaklah terkira
Jasa sekolah tetep abadi
Dikenang selama-lamanya.


Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Nangka
Peti Surat 803
89208, Tuaran
Sabah, Malaysia
Telefon = 6088793779
Fax = 6088793770



Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Smk Sri Nangka
Koperasi Smk Sri Nangka Sdn Bhd
Smk Sri Nangka Briged Bestari
Pusat Sumber Sekolah Smk Sri Nangka
Laman Panitia Pendidikan Islam