Sekolah Menengah Kebangsaan St. Peter, Kuala Penyu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan St. Peter
Lokasi
Bundu Peti Surat 17, 89747 Kuala Penyu, Sabah
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah087-884215
Kod sekolahXFE6313
Faks087-884215


Sekolah Menengah Kebangsaan St. Peter atau nama ringkasnya SMK St Peter terletak di Bundu, Kuala Penyu. Sekolah ini merupakan sekolah menengah pertama di daerah Kuala Penyu.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan St. Peter memiliki 251 pelajar lelaki dan 200 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 451 orang. Ia mempunyai seramai 39 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pembinaannya bermula pada tahun 1965 atas daya usaha Rev. Geest. Bangunan yang dibina mempunyai 5 kelas, sebuah bilik guru, pejabat am dan pejabat pengetua. Pada 07 Januari 1966, SMK St Peter Bundu dibuka secara rasmi. Ia bermula dengan hanya satu kelas bagi setiap tingkatan dengan purata seramai 17 orang murid bagi setiap kelas. Pada tahun 1968, kelas peralihan telah dibuka kerana berlakunya pertambahan bilangan pelajar yang lulus darjah enam daripada sekolah-sekolah kerajaan yang menggunakan aliran Bahasa Melayu.

Pada tahun 1968, sekolah ini mencipta sejarah kerana buat julung kali mengadakan Junior Certificate of Education(JCE)yang juga dikenali sebagai Penilaian Menengah Rendah(PMR)pada hari ini. Dalam peperiksaan pertama ini hanya seorang sahaja murid gagal daripada 17 orang murid yang mendudukinya. JCE kemudiannya digantikan dengan Lower Certificate of Education(LCE) pada tahun 1976.

Pada tahun 1977, Sijil Rendah Pelajaran(SRP) diperkenalkan sebelum digantikan pula dengan Penilaian Menengah Rendah(PMR) pada tahun 1993. Oleh kerana sekolah ini hanya menawarkan pembelajaran sehingga tingkatan tiga, lepasan tingkatan tiga terpaksa menyambung pendidikan mereka di sekolah yang berhampiran seperti SMK Kuala Penyu.

Selaras dengan program pertambahan bilik darjah dan juga kesukaran pelajar meneruskan persekolahan di tempat yang lebih jauh, maka pada tahun 1995, tingkatan empat berjaya diwujudkan dengan seramai 33 orang pelajar menduduki SIjil Pelajaran Malaysia(SPM) pada tahun berikutnya. Sekolah ini terus berkembang apabila berjaya membuka kelas aliran sains pada tahun 2002 dengan seramai 25 orang pelajar menjadi pelajar perintis menduduki SPM aliran sains pada tahun 2003.

Pengetua[sunting | sunting sumber]

Pengetua pertamanya ialah mendiang Rev. Fr F. Frerichs dan dibantu oleh Sr. M. Aquinas. Pada permulaan operasinya, terdapat tenaga pengajar dari India, Burma, dan Ceylon.

Infrastruktur[sunting | sunting sumber]

Sejak dibuka, sekolah ini sering menambah bangunan dan bilik darjah sekari dengan pertambahan bilangan murid. Pada tahun 1991, pengetua Puan Marie Yong Pik Hua telah mengubahsuai bilik guru lama menjadi dua bilik darjah pelbagai guna, pusat sumber sekolah, dan stor Kemahiran Hidup.

Pada tahun 1992 pula, Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) yang dipimpin oleh En. Simon Tindik Kinton telah membina beberapa bilik darjah tambahan bagi menempatkan pelajar tingkatan tiga. Projek pembinaan ini dibina secara gotong-royong oleh ibu bapa pelajar manakala bahan binaan disumbangkan oleh guru dan ibu bapa. Puan Marie juga telah membina kantin kecil bagi memenuhi keperluan kakitangan guru dan pelajar.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]