Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah
Moto Bersih Dan Setia
Jenis Sekolah kluster (bukan berasrama penuh)
Pengetua Puan Hajah Ommi Kalsom Binti Hj. Ibrahim
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Encik Puzer bin Muhammad
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Encik Mohamad Zakuan bin Abu Bakar
Penolong Kanan Kokurikulum Encik Zainol Abidin bin Lebai Hassan
Lokasi Kulim/Bandar Baharu09000, Kulim,, Kedah Darul Aman, Malaysia
Nama singkatan SMKSB


Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah(SMKSB) ialah sebuah sekolah menengah dan satu-satunya sekolah kluster yang terdapat dalam daerah Kulim/Bandar Baharu, Kedah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Sultan Badlishah diasaskan pada 8 Januari 1948 di bangunan Kedah Volunteer Force Drill, Kulim dan dikenali pada mulanya sebagai Government English School untuk menampung pelajar-pelajar kelas "Special Malay" dari daerah-daerah Sik, Kulim dan Bandar Baharu. Tidak lama selepas ditubuhkan sekolah ini telah dikategorikan sebagai Sekolah Perdana (Premier School).

Kemasukan pertama 80 orang pelajar terdiri daripada 2 kelas primary satu (20 x 2 orang) dan 1 kelas "Special Malay" (40 orang). Pengetua pertamanya ialah Tuan Haji Samsudin b. Mohd. Yusof.

Dalam tahun 1953 sekolah ini sekali lagi menempa sejarahnya apabila namanya bertukar kepada Badlishah School sempena lawatan pertama Sultan Kedah Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid pada Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah dan ditambah menjadi Sultan Badlishah School pada tahun 1959. Mulai tahun 1959 juga pelajar perempuan mula diterima masuk sebagai pelajar.

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah merupakan sebuah sekolah menengah asrama harian yang mula menampakkan prestasi akademik yang membanggakan di antara tahun 1970 hingga 1980. Apabila sekolah ini semakin berkembang dan semakin dikenali, Jabatan Pendidikan Kedah telah membuat keputusan menjadikannya sebagai Sekolah Kawalan (Control School) di Negeri Kedah. Dengan perkembangan ini prestasi akademik sekolah semakin meningkat dan bermutu. Pencapaian SRP/PMR mencecah 100% selama tiga belas tahun berturut-turut (1987-1999).

Seterusnya antara tahun 1991 hingga kini prestasi akademik pelajar-pelajar SMKSB dalam peperiksaan SPM/STPM berada di tahap "top 3" dan "top 5" di dalam negeri Kedah dari segi kuantiti dan kualiti. Pencapaian SMKSB terus cemerlang apabila dua kali dalam sejarah SMKSB keputusan peperiksaan SPMnya mencecah 100 % iaitu pada tahun 1996 dan 1999, menjadikannya setanding dengan mana-mana sekolah berasrama penuh di Malaysia. Dalam keputusan PMR 1998, SMKSB telah mencipta sejarah sebagai sekolah harian terbaik di Malaysia. Ini adalah merupakan satu kejayaan yang melengkapkan sambutan Jubli Emas pada tahun berkenaan. Mulai tahun 1998 juga, SMKSB menjadi sekolah sains harian dengan pengambilan pertama semua tingkatan empat aliran sains.

SMKSB adalah sekolah bestari dalam kategori B. Justeru itu pelbagai usaha gigih pengurusan sekolah disertai komitmen semua pihak termasuk stake holders dapat dilihat ke arah menjayakan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia tersebut.

Anugerah sekolah[sunting | sunting sumber]

Kebangsaan[sunting | sunting sumber]

  • 2011 Anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan
  • 2008 Anugerah Sekolah Cemerlang 2008
  • 2006 Naib Johan Kebangsaan Toyota Eco Youth 2006: Energy Saving Project
  • 2006 Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran(Johan Kebangsaan)
  • 2004 Pertandingan Fizik Kebangsaan (Pra-U)
  • 2004 Anugerah Citra Majalah Sekolah Menengah Wilayah Utara
  • 2004 Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran Malaysia(Kategori Sekolah Menengah Harian Bandar)

Negeri[sunting | sunting sumber]

  • 2008 Anugerah Kafeteria Terbaik Negeri Kedah Anjuran Kementerian Kesihatan
  • 2007 Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran 2006(Perayaan Hari Guru Negeri 2007)
  • 2006 Anugerah Sekolah Lima Bintang Versi 2(Sekolah Elit)
  • 2006 Anugerah Pencapaian Terbaik Kokurikulum Akademik 2005,Pertandingan Buku Skrap Kerjaya Sains(Naib Johan Negeri),Penulisan Esei Anjuran BPR(Naib Johan Negeri),Bahas Bahasa Cina(Ketiga Negeri) dan Koir(Ketiga Negeri)
  • 2006 Anugerah Khas Pra-Universiti(Terbaik Mata Pelajaran Pengajian Am) STPM 2005
  • 2006 Anugerah Khas Pra-Universiti(Terbaik Prestasi Akademik STPM 2005)
  • 2006 Anugerah Khas Kokurikulum Akademik 2005,Pertandingan Robotik Karnival Sains Teknologi Kebangsaan(Wakil Negeri),Pertandingan Inovasi Permainan Matematik”Nombor Ajaib” Anjuran Universiti Malaya(Johan Keseluruhan)
  • 2006 Anugerah Pencapaian Terbaik Kokurikulum Akademik 2005,Pertandingan Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu(Johan Negeri),Bahas Bahasa Tamil(Johan Negeri),Public Speaking(Naib Johan Negeri) dan Choral Speaking(Naib Johan Negeri)
  • Anugerah Khas Pra-Universiti(Peningkatan Prestasi Akademik 3 Tahun STPM 2003 – 2005)
  • 2006 Johan Kuiz Pelancongan (Negeri)
  • 2005 Anugerah Khas Kecemerlangan Prestasi Akademik
  • 2004 Anugerah Guru Inovatif(Berkumpulan) Kategori Sekolah Menengah
  • 2004 Anugerah Pencapaian Mata Pelajaran Terbaik STPM(Biologi dan Matematik)
  • 2004 Naib Johan Pertandingan Koir Peringkat Sekolah Menengah Negeri Kedah
  • 2004 Anugerah Program Sekolah Lima Bintang(Kategori Sekolah Menengah)

Daerah[sunting | sunting sumber]

  • 2008 Pencapaian Terbaik Kokurikulum Kategori Sekolah Menengah
  • 2005 Pencapaian Terbaik Kokurikulum Kategori Sekolah Menengah
  • 2005 Anugerah Khas PPD Tempat Kedua Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran 2004
  • 2005 Anugerah Kantin Terbaik Sekolah Menengah
  • 2005 Anugerah Kokurikulum Terbaik Sekolah Menengah
  • 2005 Anugerah Khas Kecemerlangan Akademik(PMR,SPM dan STPM)
  • 2004 Anugerah STPM(Kategori Lulus Penuh ???%)
  • 2004 Anugerah Prestasi Sukan Terbaik Sekolah

Pautan luar[sunting | sunting sumber]