Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mohamed Al-Bukhary

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mohamed Al-Bukhary
Lokasi
 Malaysia Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium, 05604, Alor Star,, Kedah Darul Aman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6047308841
Kod sekolahKEA2179
Faks6047308841


Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mohamed Al-Bukhary atau nama ringkasnya SMK Syed Mohamed Al-Bukhary, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mohamed Al-Bukhary (Integ) memiliki 696 pelajar lelaki dan 358 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1054 orang. Ia mempunyai seramai 76 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tanggal 1 januari 1977 merupakan tarikh penting bagi sekolah ini kerana tarikh inilah tertubuhnya sebuah sekolah menengah di kawasan kompleks pendidikan dengan nama Sekolah Menengah Syed Mohamed Al-Bukhary. Sekolah ini mempunyai 3 blok bangunan dengan 19 bilik darjah, 3 makmal sains, 2 buah bengkel kemahiran hidup, sebuah bengkel masakan, bilik jahitan dan sebuah pusat sumber, bagi menampung seramai 404 orang pelajar, tenaga pengajar seramai 15 orang.

Tujuan penubuhan sekolah ini di peringkat awal adalah untuk memberi pendidikan kepada pelajar-pelajar yang pencapaian akademik sederhana di dalam peperiksaan UPSR dan memberi peluang kepada calon-calon swasta yang mendapat A dalam peperiksaan SRP/PMR untuk meneruskan pelajaran mereka di tingkatan 4.

Pada tahun 1978, sekolah ini memulakan kelas integrasi dengan mengadakan kelas untuk pelajar-pelajar cacat pendengaran.program ini di kendalikan oleh 2 orang guru terlatih dalam bidang berkenaan.pelajar-pelajar cacat pendengaran ini datang dari Sekolah Rendah Kebangsaan Haji Mohammad Shariff, Alor Setar dan Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Abdul Malik, Kulim.

Pada 18 september 1982 tercatatlah satu lagi sejarah ini apabila Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Tan Sri Datuk Haji Murad Bin Mohd.Noor merasmikan pembukaan sekolah ini. Mulai tarikh itu sekolah ini di kenali dengan nama Sekolah Menengah Syed Mohamed Al-Bukhary mengambil sempena menghargai nama tuan empunya tapak tanah sekolah ini. Pada tahun 1982, Pasukan Hoki sekolah ini telah berjaya menjadi Juara Hoki Kedah bawah umur 15 tahun.

Mulai tahun 1994, dengan keizinan daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kedah , sekolah ini telah memulakan aliran bahasa arab dan rancangan khas. Pada tahun 1995, selah ini sekali lagi telah di pilih sebagai sekolah sukan sambilan . Justeru , sekolah ini agak unik bukan sahaja di negeri kedah dan mungkin juga di seluruh negera kerana mempunyai pelbagai aliran yang di tawarkan.

Bertitik tolak dari sinilah sekolah ini telah berkembang maju menuju ke arah kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum . Pelbagai kejuaraan telah di tempa .malah ada beberapa orang pelajar ini telah mewakili negara dalam kejohanan orahraga dan bola sepak.dengan pencapaian yang sebegitu rupa di harapkan sekolah ini akan muncul sebagai sekolah yang terbaik antara terbaik,insya-allah.

Pencapaiansukantahun1995

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mohamed Al-Bukhary (Integ)
Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium
05604, Alor Star
Kedah, Malaysia
Telefon = 6047308841
Fax = 6047308841

Di Kompleks Pendidikan juga terdapat lima buah sekolah yang lain iaitu Sekolah Menengah Teknik Jalan Stadium, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Barathy, Sekolah Kebangsaan Haji Mohd Shariff, Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Halim dan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mohamed Al-Bukhary sendiri. Kompleks ini juga turut menempatkan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kedah.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]