Sekolah Menengah Kebangsaan Tagasan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tagasan
Lokasi
Peti Surat 409, 91308, Semporna,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoHIDUP BERILMU DAN BERBAKTI
BERTEKAD CEMERLANG BERSAMA(Baharu)
Nombor sekolah6089784164
Kod sekolahXEA3331
Guru besarUmar bin Katek
GPK Pentadbiran dan AkademikAbdul Ham bin Okasa
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridWadwia
Penolong Kanan KokurikulumIsmail bin Sapie
Faks6089784164


Sekolah Menengah Kebangsaan Tagasan atau nama ringkasnya SMK Tagasan, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di JLN BANTAYAN,KG TANI TAGASAN, 2KM JLN TWU-SEMPORNA,

SEMPORNA.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tagasan memiliki 633 pelajar lelaki dan 607 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1240 orang. Ia mempunyai seramai 78 orang guru.2009

Aliran Kelas[sunting | sunting sumber]

Sehingga tahun 2023, hanya dua darjah dalam pendidikan menengah rendah yang menawarkan mata pelajaran tambahan selain yang bersifat teras atau wajib.

Darjah Amanah (A) menitikberatkan Bahasa Arab dan Kelas Kemahiran Al-Quran sebagai tambahan kepada kurikulum biasa. Sementara itu, Darjah Bijaksana (B) memasukkan Asas Sains Komputer sebagai pengganti subjek Reka Bentuk dan Teknologi.

Pada peringkat Menengah Atas, terdapat beberapa aliran khusus dengan penekanan pada mata pelajaran tambahan selain yang bersifat teras. Antara aliran tersebut ialah STEM (Matematik Tambahan serta Biologi, Kimia, dan Fizik menggantikan Sains), Keusahawanan 1 (Ekonomi dan Perniagaan/Sains Komputer), Keusahawanan 2 (Perniagaan dan Geografi), Sains Sosial 1 (Kesusasteraan Melayu Komunikatif dan Seni Visual), Sains Sosial 2 (Tassawur Islam dan Seni Visual), Pemprosesan Makanan (Pemprosesan Makanan dan Teras), Sains Kemanusiaan 1 (Seni Visual dan Teras), serta Sains Kemanusiaan 2 (sepenuhnya Teras).

Tambahan[sunting | sunting sumber]

Bermula tahun 2024, kelas aliran agama telah ditambah ke menengah atas(Bahasa Arab, Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah), di mana hanya pelajar yang pernah belajar subjek Kemahiran Al-Quran dan Bahasa Arab di peringkat menengah rendah sahaja layak dimasukkan ke dalam kelas ini. Sains Komputer dan Geografi kini diasingkan Keusahawanan dan digabungkan sebagai kelas baharu. Kelas terbawah kini mengambil subjek Pendidikan Seni Visual sebagai elektif dan tidak sepenuhnya Teras.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Antara pencapaian SMK Tagasan termasuklah tetapi tidak terhad kepada:- Juara Debat Antara Sekolah 2009 dan 2010

Juara Pesta Pantun antara Sekolah 2009(Peringkat Negeri), 2010, 2011(Peringkat Zon Tenggara) dan 2012(Negeri)

Juara Pertandingan Robotik Local Zone Tawau 2010, 2011, 2012

Juara Bola Baling Peringkat Daerah


Pengalaman

Pasukan debat ke negeri 2009 pasukan pantun ke tenggara 2012 pasukan Pantun ke negeri 2009(ke-4) 2012(ke-3) Robotik ke tenggara, negeri dan kebangsaan

Pencapaian Akademik

PMR 8A
SPM 8A
STPM 4A
Beberapa kali mendapat Anugerah MEKAR tahunan kerana beberapa kali mendapat kelulusan 100% dalam STPM.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tagasan
Peti Surat 409
91308, Semporna
Sabah,  Malaysia
Telefon = 6089784164
Fax = 6089784164

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]