Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 'C'

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 'C'
Fail:Logo skol.JPG
LENCANA SEKOLAH
Lokasi
 Malaysia Km 8, Jalan Sepang, Pos Bukit Pelanduk., 71960, Seremban,, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6066581570
Kod sekolahNEE2065
Faks6066581570
Map


'Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 'C' atau nama ringkasnya SMK Tanah Merah 'C, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 8, Jalan Sepang, Pos Bukit Pelanduk..

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 'C' memiliki 485 pelajar lelaki dan 517 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1002 orang. Ia mempunyai seramai 70 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah Site “C’ telah ditubuhkan pada tahun 1965 sebagai sekolah menengah rendah dan dikenali dengan nama Sekolah Menengah Rendah Tanah Merah Site ‘C”. Dari tahun 1965 hingga 1969, sekolah ini terpaksa beroperasi di Bangunan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina )Tanah Merah Site ‘C’. Persekolahan dijalankan pada waktu petang. Bilangan pelajar pada ketika itu hanya berjumlah 80 orang dengan 7 orang guru. En. Lee Chee Peng adalah pengetua pertama di sekolah ini.

Setelah lima tahun beroperasi di bangunan SRJK( C ) TANAH MERAH Site ‘C’, akhirnya pada tahun 1970, sekolah ini telah berpindah ke lokasi sekarang yang terdiri dengan 9 bilik darjah, satu blok bengkel dan sebuah kantin.


Sekolah ini telah dipimpin oleh pengetua ke-5 iaitu Pn. Tay Guet Pooi mulai bulan November 1995. (Ambil alih daripada En. Khoo Yee Liew). Dengan bilangan pelajar yang semakin ramai, sekolah dua sesi telah dimulakan pada tahun 1997.

Satu bangunan yang mengandungi pusat sumber, bilik perpustakaan, makmal Sains Tulen (Fizik, Kima,dan Biologi) dan bengkel Kemahiran Hidup telah dibina pada tahun 1998. Makmal komputer didirikan pada tahun 2008. Dengan pembinaan sebuah lagi bangunan baru yang menempatkan pejabat dan 10 buah kelas pada tahun 2000, persekolahan satu sesi telah dimulakan pada bulan Februari 2001. Pada bulan Mac 2002, Makmal Bahasa telah mula beroperasi untuk membantu dalam Pengajaran dan Pembelajaran BM dan BI. Bilik- bilik Khas yang lain seperti Bilik SALC, Bilik Kuliah , Bilik Gerakan, Pavilion, Galeri Sejarah telah mula didirikan sejak 2002.

Mulai tahun 1997, pihak sekolah telah memperkenalkan program komputer bernama Program Komputer Peringkat Rendah dan Program kendali Komputer Peringkat Atas untuk tujuan menganalisis markah peperiksaan. Program ini telah dicipta oleh En Hoo Wee Chuan Pengetua Sek Men Keb Air Putih. Pelajar mula menerima slip keputusan peperiksaan dan bukan buku kad kemajuan (Report Card). Mulai tahun 2002, program SIMPLE (Sistem Integrasi Maklumat Pelajar) yang dicipta oleh En. Charlie Chan dari SMK Samsudin Nain digunapakai. Sejak 2007, sistem Analisis Peperiksaan yang diperkenalkan oleh Jabatan Pelajaran NS mula digunakan.

Sejak November 2004, Pn Hajjah Normah bte MD Tahir telah menjadi Pengetua SMK TM SITE “C”. Kebanyakan bilik-bilik dan bengkel telah dinaiktaraf, termasuk tandas pelajar dan juga bangunan sekolah telah dicat semula. Bengkel- bengkel di bawah Bidang Vokasional dan Teknologi telah Anugerah Akademik Terbilang peringkat NS, 2007. SMKTM Site C juga menjadi juara Pertandingan Sekolah Selamat peringkat NS, 2008. Dalam bidang kokurikulum SMKTM Site C sentiasa mencatat keputusan menbanggakan dalam permainan bola keranjang dan ping pong. Dari segi keputusan PMR 2007, 3 orang calon mendapat semua A, manakala PMR 2008 mencatat 4 orang calon semua A. Keputusan ini begitu membanggakan bagi sekolah-sekolah bertaraf luar Bandar.


Untuk 2009, sekolah mempunyai lebih 1000 orang pelajar, 64 orang guru dan 3 orang kaunselor, 34 buah kelas telah dibuka. Jawatankuasa induk terdiri daripada Pengetua, Guru Penolong Kanan Akademik, Guru Penolong Kanan HEM dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

LAGU SEKOLAH[sunting | sunting sumber]

Kami Pelajar SMTM Site ‘C’ Bersemangat Sepenuh Hati Berusaha Gigih Hingga Berjaya Mencapai Cita-Cita

Kami Pelajar SMTM Site ‘C’ Berikrar Dan Berjanji Berpegang Kepada Rukunegara Agar Hidup Mulia

Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI

Visi Sekolah[sunting | sunting sumber]

SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

Cogan Kata Sekolah[sunting | sunting sumber]

“Pengetahuan Itu Kemajuan”

Cogan kata ini bermaksud Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah Site ‘C’ sebagai sebuah intitusi pendidikan akan berusaha melahirkan pelajar-pelajar yang berpengetahuan dengan ditunjangi oleh nilai-nilai moral dan etika yang utuh kemajuan diri sendiri, sekolah dan negara.

Falsafah SMKTM[sunting | sunting sumber]

Pelajar SMKTM Site ‘C’ mempunyai kebolehan dan potensi untuk berkembang maju dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Matlamat ini tercapai melalui penyuburan potensi pelajar daripada pengembelengan tenaga para guru secara bersepadu bahawa mendidik itu adalah satu ibadah.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Notable Alumni[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 'C'
Km 8, Jalan Sepang, Pos Bukit Pelanduk.
71960, Seremban
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6066581570
Fax = 6066581570

Pautan luar[sunting | sunting sumber]