Sekolah Menengah Kebangsaan Tarat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tarat
Lokasi
Km 53 Jalan Kuching/Serian, 94700, Serian,, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6082874128
Kod sekolahYEB8203
Faks6082874128


Sekolah Menengah Kebangsaan Tarat atau nama ringkasnya SMK Tarat, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 53 Jalan Kuching/Serian.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tarat memiliki 504 pelajar lelaki dan 465 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 969 orang. Ia mempunyai seramai 68 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 1975 dan dinamakan SMK Serian No.2 . Pada masa itu , sekolah menumpang di bangunan SRK TARAT yang mana sudah dipindahkan ke tapak baru di Kampung Tarat . Enrolment pada tahun itu ialah 290 orang pelajar terdiri daripada 4 kelas iaitu Tingkatan 1 , 3 dan kelas Peralihan . Seramai 120 orang pelajar tersebut adalah penghuni asrama . Pada masa itu , tiada kemudahan bekalan air paip dan elektrik . Pelajar dan staf terpaksa menggunakan 'pressure lamp' dan mendapatkan air dari telaga dan air hujan yang disimpan .

Pada tahun 1977 , pelajar menduduki peperiksaan LCE buat kali pertama . Bilangan kelas pula sudah meningkat ke 21 buah kelas dengan enrolment 820 orang pelajar dan sekolah beroperasi 2 sesi persekolahan . Sekolah balik kepada 1 sesi persekolahan pada tahun 1987 kerana sebilangan pelajar berpindah ke sekolah lain seperti SMK Padawan . Sejak itu , sekolah tidak menyediakan kemudahan asrama . Pada tahun 1983 , nama sekolah ini ditukar ke nama sekarang iaitu SMK TARAT , SERIAN . Perkhidmatan bekalan elektrik telah dibekalkan oleh pihak SESCO pada tahun 1984 dan kemudahan bekalan air paip bermula pada tahun 1987 . Kelas Tingkatan 4 bermula pada tahun 1993 dengan 1 kelas sastera dan peperiksaan SPM kali pertama bermula pada 1994 . Kelas Sains Tulen bermula pada tahun 2003 dengan 1 kelas sahaja .

Kerja pembinaan bangunan baru bermula pada tahun 2001 dan penggunaan bangunan baru oleh pihak sekolah bermula dari Oktober tahun 2003 dengan kos berjumlah RM35 juta . Pada masa yang sama , semua bangunan lama dirobohkan berperingkat - peringkat . Tapak tersebut digunakan untuk membina bangunan baru seperti sekarang .

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tarat
Km 53 Jalan Kuching/Serian
94700, Serian
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6082874128
Fax = 6082874129

Pautan luar[sunting | sunting sumber]