Sekolah Menengah Kebangsaan Taun Gusi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Taun Gusi
Lokasi
Peti Surat 81, 89158, Kota Belud,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6088976116
Kod sekolahXEA5351
Faks6088976112


Sekolah Menengah Kebangsaan Taun Gusi atau nama ringkasnya SMK Taun Gusi, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 81.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Taun Gusi memiliki 820 pelajar lelaki dan 886 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1706 orang. Ia mempunyai seramai 125 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1968, sekolah Menengah Taun Gusi telah memulakan persekolahannya dengan meminjam bangunan sekolah Kebangsaan Taun Gusi. Pada waktu itu, sekolah ini lebih dikenali sebagai Government Junior Secondary School. Bilangan penuntut seramai 44 orang dan 2 orang guru. Bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa pengantar.

Pada tahun 1969, bilangan penuntut telah bertambah kepada 160 orang dan tenaga pelajarnya telah bertambah seramai.6 orang. Pada tahun 1973, Bahasa Malaysia telah menggantikan Bahasa Inggeris. Tahun 1975, merupakan tahun yang pertama bagi pelajar-pelajar sekolah ini menduduki peperiksaan SRP.

Pelajar yang belajar di sekolah ini datangnya dari kampung-kampung yang berhampiran. Bangunan sekolah yang tersergam indah sekarang siap pembinaannya pada tahun 1983. Bangunan baru ini dibina di kawasan seluas 5 hektar di kawasan Kg. Taun Gusi dan berhampiran jalan raya utama ke Kudat. Sekolah ini mendapat namanya bersempena dengan nama Kg. Taun Gusi. Bangunan ini mula digunakan pada tahun 1983 dan telah dirasmikan pada 15 April 1985 oleh YAB. Datuk Anwar Ibrahim, Menteri Pertanian pada ketika itu.

Saman terhadap Jainal Jamran[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2020, empat pelajar sekolah ini, Siti Nafirah Siman, Rusiah Sabdarin, Nur Natasha Allisya Hamali dan Calvina Angayung menyaman bekas guru Bahasa Inggeris mereka, Jainal Jamran atau Cikgu JJ kerana ponteng kerja selama berbulan-bulan, selain kerap mengugut mereka dan pemalsuan rekod dan cover-up sistematik di Mahkamah Kota Kinabalu pada tahun 2018 dan 2020. Selain itu, laman web kempen Tiada.Guru telah dilancarkan bagi menyuarakan isu-isu guru yang sering ponteng kerja, bermula dari SMK Taun Gusi. Pada tahun 2020, Jainal telah dipindahkan ke sekolah lain oleh pihak pengurusan sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah selepas pendedahan mengenainya disuarakan sebelum ini dan beliau telah diheret ke mahkamah untuk disaman.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Taun Gusi
Peti Surat 81
89158, Kota Belud
Sabah, Malaysia
Telefon = 6088976116
Fax = 6088976112

Pautan luar[sunting | sunting sumber]