Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau II
Lokasi
Peti Surat 1980, , 91044, Tawau,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
MotoHarmoni Gemilang
Ditubuhkan1996
Nombor sekolah(089) 774017
Kod sekolahXEA3073[1]
Pengerusi PIBGEncik Wan Abdul Rahim
PengetuaDR. Samsu Bin Haji Ewang
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Pojojongi Bin Bacho
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Juipri bin Mahasim
Penolong Kanan KokurikulumEncik Norahim bin Alison
Faks(089) 756894
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau II atau nama ringkasnya SMK Tawau II, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 1980.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau II memiliki 15 juta pelajar lelaki dan 34.21⁹⁹ pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid melebihi 2 orang. Ia mempunyai seramai tiada guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini ditubuhkan pada Januari 1996 sebagai cawangan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau dan pada mulanya menumpang di Sekolah Menengah Teknik, Tawau. Pentadbiran sekolah diselia oleh En. Ahmad Abdul Salam selama lebih kurang enam bulan. Pada Jun 1996, sekolah ini berpindah ke Sekolah Kebangsaan Tawau II, yang kini dikenali sebagai SK Taman Tawau. Ketika itu sekolah ini di bawah pentadbiran En. Wong Chang Ming. Walau bagaimanapun, setelah berkhidmat selama tiga bulan, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Pengetua dan ditempatkan di sebuah sekolah di Kota Kinabalu.

Seterusnya pada Januari 1999, sekali lagi sekolah ini berpindah ke Sekolah Menengah Tawau. Pada 25 Januari 1999 Sekolah Menengah Tawau (Cawangan) telah dipisahkan daripada Sekolah Menengah Tawau dan diberi nama baharu Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau II. Namun begitu, sekolah ini masih menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau sehinggalah berpindah semula ke Sekolah Kebangsaan Tawau II pada 03 Ogos 1999. Kini, sekolah ini masih menumpang di Sekolah Kebangsaan Taman Tawau dan masih belum dirasmikan.

Pada Januari 1996, kelas rintis sebanyak lapan kelas dengan bilangan guru sebanyak lapan orang memulakan sesi persekolahan pada waktu petang. Sekolah ini agak unik kerana mempunyai murid tingkatan satu pada tahun 1996, murid tingkatan dua pada tahun 1997, dan murid tingkatan tiga pada tahun 1998. Pada tahun 1998, calon kumpulan pertama mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah(PMR). Selepas dipisahkan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau, sekolah ini memulakan sesi persekolahannya dengan bilangan murid tingkatan satu sebanyak 88 orang dan tenaga pengajar sebanyak 9 orang. Pada 03 Ogos 1999, bilangan murid sebanyak 87 orang , guru sebanyak 13 orang, dan KTBM sebanyak 3 orang. Bilangan calon PMR sebanyak 79 orang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah(PMR) pada tahun 2001. Pada tahun 2007, kelas tingkatan empat sebanyak dua kelas telah dibuka dengan menawarkan aliran sains sosial. Calon SPM pertama, tahun 2008 telah mencatat sejarah dengan pencapaian kelulusan 100 %. Kini, sekolah ini mempunyai bilangan murid sebanyak 723 orang, bilangan guru sebanyak 46 orang, dan KTBM sebanyak 4 orang.

Pengetua pertama sekolah ini ialah Encik Hayadi bin Guliling yang berkhidmat pada 25 Januari 1999 hingga Jun 1999. Encik Ahmad bin Abdul Salam memangku jawatan Pengetua setelah Encik Hayadi melanjutkan pelajaran di Institut Aminudin Baki. Seterusnya, Encik Ahmad bin Budin dilantik sebagai Pengetua SMK Tawau II yang berkhidmat pada September 1999 hingga Disember 2001. Puan Engku Juana binti Engku Alias dilantik sebagai Pemangku Pengetua pada Januari 2002 hingga Mei 2003 menggantikan Encik Ahmad bin Budin yang dilantik menjawar jawatan Pegawai Pendidikan Daerah Kunak. Setelah Puan Engku Juana bertukar ke Terengganu, Encik Abd. Majis bin Saprin memangku jawatan Pengetua bermula Mei 2003 hingga 11 Oktober 2003.

Seterusnya, buat pertama kalinya sekolah ini menerima Pengetua perempuan, Puan Natrah binti Samat yang berkhidmat pada 11 Oktober 2003 hingga 01 November 2004. Hari pertama beliau melapor diri disambut dengan paluan kompang dan sejambak bunga mawar oleh guru – guru, KTBM, dan para pelajar menandakan kehadirannya yang sangat dialu –alukan oleh warga sekolah.Encik Abd. Majis sekali lagi memangku jawatan Pengetua bermula 2 November 2004 hingga 14 Jun 2005.setelah Puan Natrah bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Arau, Perlis. Seterusnya, SMK Tawau II menerima Pengetua baharu, Encik Mohd. Isa bin Hasan yang mula berkhidmat pada 14 Jun 2005 hingga Julai 2010.Pada Ogos 2010, sekali lagi SMK Tawau II dipimpin oleh seorang pengetua perempuan, iaitu Puan Norliza binti Mustafa sehingga kini.

Dalam bidang pentadbiran, SMKTII mempunyai Pengetua yang dedikasi, bertanggungjawab dan berwawasan dibantu oleh kelompok guru yang berintegriti dan komitmen mampu meletakkan SMKTII dalam kelompok sepuluh sekolah terbaik di daerah Tawau. Sesungguhnya, kekurangan kemudahan infrastruktur dan status sekolah menumpang bukanlah penghalang untuk cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum.

Kandungan oleh : Puan Zakiah binti Mohd Yusuf

==Pencapaian ==Juara kriket peringkat daerah Tawau 2015

Alamat[sunting | sunting sumber]

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAWAU II
PETI SURAT 1980,
91044, TAWAU
SABAH, MALAYSIA.

Website[sunting | sunting sumber]



Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]