Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Kudin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Kudin
Moto Ilmu Cahaya Hidup
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Pengetua Lukman Yatimi Bin Ahmad
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Hajah Khuzaimah Binti Abdul Talib
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Mohd Aris Bin Abd Karim
Penolong Kanan Kokurikulum Adnan Bin Ahamad
Kod sekolah CEA6022
Lokasi Jalan Cheroh27600, Raub,, Pahang Darul Makmur,  Malaysia
Telefon 6093551185
Faks 6093561289


Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Kudin atau nama ringkasnya SMK Tengku Kudin, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Cheroh.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Kudin memiliki 581 pelajar lelaki dan 524 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1105 orang. Ia mempunyai seramai 90 orang guru.2009


Sekolah ini ditubuhkan pada awal tahun 1964 dan diberi nama Sekolah Menengah Kebangsaan Raub. Pada peringkat awal sekolah ini menumpang di Sekolah Kebangsaan, Jalan Lipis, Raub kerana belum mempunyai bangunan sendiri. Sekolah ini juga ditubuhksn di bawah Sistem Pelajaran Aneka Jurusan. Pada awal penubuhannya, sekolah ini hanya mempunyai 65 orang murid Tingkatan satu dan lima orang guru serta dilaksnakan pada sesi petang. Pada tahun 1966, sekolah ini mempunyai bangunan sendiri yang dibina di Jalan Cheroh, Raub dan telah dirasmikan olah YB Encik Mohd Khir bin Johari, Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu pada 4 September 1967.

Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran(SRP) mula diduki oleh pelajar sekolah ini pada tahun 1967 dan Peperiksaan Sijil Malaysia(SPM) pada tahun 1969. Temasya sukan tahunan sekolah mula diadakan buat kali pertama pada tahun 1970 sekolah bertempat di padang Sekolah Rendah Mahmud Raub. Pada tahun1973, sebuah kelas Sains Tambahan bagi pelajar Tingkatan Empat telah diwujudkan. Pada tahun yang sama iaitu pada 25 Ogos 1973, sekolah ini telah mengadakan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah kali pertama. Upacara perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh pengarah Pelajaran Pahang iaitu Encik Tan Booh Lin, PJK.

Sekolah ini pada mulanya hanya mempunyai lapan buah bangunan yang terdiri daripada empat bangunan asrama dan empat bangunan sekolah. Pada April 1974 sebuah bangunan baru telah baru dibina yang mempunyai empat buah bilik darjah, sebuah bilik perpustakaan dan tiga buah makmal. Sebuah dewan juga telah dibina pada tahun yang sama.

4 PELAJAR PADA TAHUN 2012 TELAH MENCAPAI 8A DALAM PMR DAN INI MEMBANGGAKAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGKU KUDIN. .

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Kudin
Jalan Cheroh
27600, Raub
Pahang, Malaysia
Telefon = 6093551185
Fax = 6093561289

Pautan luar[sunting | sunting sumber]