Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Raub terletak dalam negeri Pahang dan merupakan salah satu daripada 6 daerah di Pahang. Raub mempunyai keluasan 2,271 kilometer persegi, dan terletak antara Banjaran Utama dan Banjaran Gunung Benom. Raub berada 110 km daripada Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia, dan 265 km daripada Kuantan, ibu negeri Pahang. Terdapat 37 buah kampung tradisional dan 9 buah kampung baru Cina dalam daerah Raub.
Daerah Raub mempunyai 9 buah mukim iaitu:
Raub mendapat namanya dari kegiatan mendulang emas, apabila setiap hari pelombong emas mendapat seraub (segenggam) emas daripada aktiviti mendulang emas di sungai.
Daerah Raub mempunyai satu kawasan parlimen dan tiga Dewan Undangan Negeri (Tras, Batu Talam dan Dong).