Sekolah Menengah Kebangsaan Tiong Hua
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tiong Hua | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Peti Surat 407, 90704, Sandakan,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | 忠孝仁愛, 信義和平 |
Ditubuhkan | 1938 |
Nombor sekolah | 089-216166 |
Kod sekolah | XFE2032 |
Pengerusi PIBG | Tn.Liew Heng Chong |
Pengetua | Cik Huang Lee Yung |
Faks | 6089229759 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Tiong Hua atau nama ringkasnya SMK Tiong Hua, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 407.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tiong Hua memiliki 776 pelajar lelaki dan 743 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1519 orang. Ia mempunyai seramai 67 orang guru.Sekolah Menengah Tiong Hua juga mempunyai satu kumpulan yang dikenali sebagai Suzuran.2009
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tiong
Hua, Sandakan berasal dari Oversea Chinese
Secondary School Sandakan dan mula
ditubuhkan pada tahun 1938 oleh 2 orang adik-
beradik iaitu Encik Lo Hai Ming dan Encik Lo
Hai Keo dengan bantuan sekumpulan
masyarakat Cina yang bergiat dalam lapangan
pendidikan Cina. Guru besar ketika itu ialah
Encik Lo Hai Ming dengan kakitangan sekolah
yang berjumlah 5 orang dan pelajar seramai 30
orang sahaja. Tapak asal sekolah terletak di
dalam bangunan Sam Sen Kong Persatuan
Kwong Tong. Semua perbelanjaan adalah
daripada bantuan masyarakat Cina ketika itu.
Pada tahun 1940, jumlah murid yang semakin
bertambah menyebabkan perbelanjaan yang
agak besar diperlukan. Semenjak itu, Persatuan
Peniaga-peniaga Tiong Hua di bawah pimpinan
Encik Kwan Lok Ming bersama ahli-ahli
jawatankuasanya telah mengambil ahli
pentadbiran dan menukarkan namanya kepada
Sandakan Chinese Secondary School.
Menjelang tahun 1941, bilangan pelajar
mencapai 100 orang dan tiga buah kelas telah
dibuka dengan tenaga pengajar seramai 8
orang. Di akhir tahun 1941, Perang Dunia
Kedua telah meletus dan askar-askar Jepun
telah menyerang Sandakan mengakibatkan
sekolah yang ada terpaksa ditutup.
Pada tahun 1955, Datuk Khoo Siak Chiew yang
dipilih sebagai Pengerusi Persatuan Peniaga-
peniaga Tiong Hua Sandakan telah
mencadangkan supaya Sandakan Chinese
Secondary School dibuka semula
memandangkan ramai pelajar dari Sandakan
yang terpaksa melanjutkan pelajaran ke sekolah
menengah di Sekolah Menengah Tinggi Kota
Kinabalu dan Chinese Secondary School di
Tenom. Beliau telah membentuk sebuah
jawatankuasa pada 14 Oktober 1955 untuk
merancang penubuhan sekolah ini lagi.
Pada tahun 1956, Encik Chong Chee Sun
telah terpilih menjadi Pengerusi Persatuan
Peniaga-peniaga Tiong Hua Sandakan dan
sekolah ini telah berjaya didaftarkan semula
pada 22 Februari 1956. Pada mulanya sekolah
ini meminjam sebuah bilik darjah daripada
Sekolah Menengah St. Michael dan Encik Ho Yu
Lin telah dilantik menjadi guru besar pada masa itu.
Encik Ho telah meletakkan jawatan atas sebab
peribadi pada 1957 dan tempat beliau telah
digantikan oleh Encik Lee Kui Thau. Pada masa
yang sama pihak Persatuan Peniaga-peniaga
Tiong Hua telah berjaya mendapatkan bekas
tapak rumah orang-orang tua seluas 7 ekar
sebagai tapak sekolah dan di tapak inilah
terletaknya bangunan Sekolah Menengah Tiong
Hua yang ada sekarang.
Datuk Khoo Siak Chiew telah terpilih sebagai
Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah pada
tahun 1958. Hasil usaha beliau bilik darjah,
makmal, dewan dan rumah guru telah dibina.
Menjelang 1959, sekolah ini telah mempunyai 7
buah bilik darjah dan bilangan pelajar mencapai
280 orang. Mulai 1961, sekolah Menengah
Tiong Hua menjadi sekolah bantuan kerajaan.
Semua gaji guru dan pekerja sekolah serta
pentadbiran dibayar oleh pihak kerajaan.
Pada tahun 1961, Encik Lee Kui Thau telah
meletak jawatan dan pihak Lembaga
Pengurusan Sekolah telah melantik Encik
Chong Kui Yuen dari Taiwan menjadi Pengetua
sekolah ini. Dari tahun 1965 hingga 1968,
keputusan Junior 3 dan Senior 3 telah
menempatkan sekolah ini di tempat pertama di
seluruh Sabah. Pada tahun 1970, dasar
pendidikan sekolah menengah berubah yang
mana bahasa pengantar telah ditukar dari
Bahasa Cina ke Bahasa Inggeris.
Pihak Jabatan Pendidikan telah menghantar
Encik Chia Su Fui menjadi Pengetua Sekolah ini
pada tahun 1973. Tempat beliau telah
digantikan oleh Encik Chin Yun Chung pada
tahun 1976. Antara usaha beliau ialah
menghantar guru-guru kurang fasih berbahasa
Malaysia ke Kolej Perguruan Kent untuk
mengikut kursus Bahasa Malaysia
memandangkan dasar Pelajaran Kebangsaan
telah mengubah bahasa Pengantara kepada
Bahasa Malaysia.
Sekolah ini telah diterajui oleh 7 orang pengetua
lagi pada tahun-tahun berikutnya ialah Encik
Andrew Vu (1982-1987), Puan Girlie Tan Suan
Sim (1987-1989), Encik Lee Tain Siong (1989-
1997), Puan Chee Chai Jin (1998-2006), Puan
Teo Poo Siang (2006-2008), Encik Leong Kwok
Cheong (2008-2009) dan Cik Huang Lee Yung
(2009-kini). Pentadbiran yang bersilih ganti
membuahkan pelbagai perubahan baik dari segi
pengurusan, pentadbiran mahupun fizikal.
Kini telah separuh abad berlalu, sekolah ini
mempunyai seramai 1295 orang pelajar dari
pelbagai latar belakang keluarga yang
ditempatkan dalam 35 bilik darjah dalam satu
sesi sahaja. Penggemblengan tenaga guru
seramai 72 orang dan 11 orang anggota
kumpulan pelaksana serta 3 orang guru tajaan
CCC yang komited dan berdedikasi pula
sentiasa gigih berusaha bagi mempertingkatkan
lagi prestasi sekolah ini.
Semoga sekolah ini akan terus meningkatkan
kecemerlangannya dalam kedua-dua bidang
akademik dan ko-kurikulum sesuai dengan
kematangan usianya yang mencapai lebih
separuh abad. Hasil kerjasama yang erat
semua pihak, hasrat ini pastinya boleh dijadikan
suatu kenyataan.
Pencapai[sunting | sunting sumber]
Alamat[sunting | sunting sumber]
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tiong Hua
- Peti Surat 407
- 90704, Sandakan
- Sabah, Malaysia
- Telefon = 089-216166
- Fax = 6089229759