Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati
Logo SMK Wangsa Melawati
Logo SMK Wangsa Melawati
Lokasi
Jalan Genting Kelang,, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Kerajaan
Moto"Iltizam Demi Kecemerlangan"
Tema Sekolah =
"SMKWM_1team1spirit"
Nombor sekolah03-41436171
Kod sekolahWEA0229
Pengerusi PIBGEn. Mohd Haizal Bin Yusoff
PengetuaTs.Dr. Ahmad bin Zainal
GPK Pentadbiran dan AkademikCik Hjh.Nor Ashikin binti Yusof
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Nor Salyza binti Shaari
Penolong Kanan KokurikulumDatin Wan Nor'Aishah binti Wan Hamzah
Faks03-41481797
Tema Warna = Merah, Biru and Kuning
              


Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati (juga dikenali sebagai SMK Wangsa Melawati, SMKWM, SMKWMKL) merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Genting Kelang atau Kuala Lumpur Middle Ring Road 2 (MRR2) - KM 18.5, Kuala Lumpur.

Misi sekolah[sunting | sunting sumber]

Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.

Visi sekolah[sunting | sunting sumber]

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati merupakan sekolah harian biasa yang dibuka pada 4 Disember 1995. Sebelum sekolah ini dibina, kawasan tapak sekolah ini merupakan kawasan kebun getah. Sekolah ini terletak berdekatan dengan kawasan perumahan Wangsa Melawati sebagai pelengkap keperluan pendidikan dan kehendak masyarakat di sesebuah kawasan perumahan.

Seawal penubuhan sekolah ini, ia dipelopori oleh 14 orang guru dan 3 orang staf sokongan serta 220 orang pelajar tingkatan satu. Sekolah ini diterajui oleh Tuan Pengetua, Encik Ashraf Manzoor bin Hussain, Penolong Kanan 1, Puan Noor Sinaran Cahaya binti Dolkeffle dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid(PKHEM), Encik Abdul Rahman bin Abdul Rahim.

Pada tahun 2001, sekolah ini telah dilengkapi dengan sebuah dewan besar yang tertutup dan diberi nama Dewan Wangsa Bestari. Dewan ini telah dirasmikan oleh Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan Malaysia, Yang Berhormat Dato' Mahadzir bin Mohamad Khir pada 14 Julai 2001. Kemudahan prasarana seperti ini telah memberi suasana yang lebih kondusif kepada para pelajar bagi menjalankan majlis-majlis formal dan juga aktiviti-aktiviti kokurikulum yang lain.

Kemudahan prasarana di sekolah ini dipertingkatkan satu demi satu, yang mana pada mulanya beberapa bilik telah diubah suai dan bangunan tambahan dibina untuk memenuhi keperluan sekolah. Antaranya ialah Bengkel Landskap, Bengkel Perabot, Dewan Kuliah dan Bilik Pendidikan Moral, Bilik Sastera Ikhtisas, Bilik Muzik, English Centre dan Pusat Asas Kendiri.

Pada tahun 2003, Bilik Ketua Bidang telah diwujudkan apabila sekolah ini dinaiktarafkan daripada sekolah gred B kepada sekolah gred A.

Pada tahun 2004, sekolah ini telah menerima sebuah bangunan baru iaitu Bilik Komputer, bersesuaian dengan perubahan era globalisasi dunia, yang lebih memfokuskan eksploitasi teknologi maklumat.

Mulai 1 Januari 2016, SMK Wangsa Melawati telah beroperasi sebagai sekolah satu sesi.

Pengasas Sekolah

Pengasas sekolah SMK Wangsa Melawati ialah Encik Mohd. Ashraf bin Manzoor Hussain. Beliau merupakan pengetua SMK Wangsa Melawati yang pertama. Beliau dilahirkan pada 25 September 1947 di Lahore, Pakistan. Bapanya pernah berkhidmat dengan tentera British di Tanah Melayu. Encik Mohd. Ashraf dan bapanya menetap di Tanah Melayu dan menjadi rakyat negara Malaysia.

Beliau menuntut di sekolah Inggeris pada peringkat rendah dan menengah sebelum melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya. Beliau pernah berkhidmat di Maktab Tentera diRaja Sungai Besi, SMK Datok Lokman, dan SMK Maxwell di mana kesemua sekolah ini terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebelum beliau dilantik menjadi pengetua di SMK Wangsa Melawati, beliau merupakan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SMK Maxwell dan Penolong Kanan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Lokman.

Encik Mohd. Ashraf dilantik menjadi pengetua SMK Wangsa Melawati pada 1 Oktober 1995. Sebagai pengetua sekolah yang pertama, beliau telah bertungkus-lumus agar proses pembukaan sekolah baru dapat berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah diarahkan oleh Kementerian Pelajaran pada awal Disember 1995.

Kakitangan[sunting | sunting sumber]

Senarai Pengetua

1. Encik Ashraf Manzoor Hussain (1 Okt 1995 - 1 Feb 1997)
2. Puan Kalsom Abdul Rahman (20 Feb 1997 - 1 Jun 1998)
3. Puan Hjh. Haminah Hassan (2 Jun 1998 - 30 Sept 1999)
4. Encik Tajuddin Mohamad Mor (1 Okt 1999 - 17 Feb 2005)
5. Puan Robiah Abdul Ghani (18 Feb 2005 - 31 Jan 2006)
6. Puan Mahani Mohamad (1 Feb 2006 - 15 Okt 2007)
7. Puan Che Aini Che Ismail (16 Okt 2007 - 2012)
8. Puan Hasniah Binti Ali (2012 - 2014)
9. Puan Lailane Binti Mohamad (2014 - 2017)
10. Puan Nazipah Binti Nor (2018 - 2019)
11. Puan Nor Haryati Binti Imam Khatabi (2019 - 19 Mac 2023)
12. Ts.Dr. Ahmad bin Zainal (23 Oktober 2023 - Kini)

Senarai Guru Penolong Kanan

1. Puan Noor Cahya Dolkeflee (4 Dis 1995 - 1 Jan 1997)
2. Puan Hjh. Ainon Awang (1 April 1997 - 16 Nov 1998)
3. Tuan Haji Zainal Mulof (2 Jan 1999 - 5 Mei 2000)
4. Puan Julia Elias (16 Mei 2000 - 2014)
5. Puan Mastuti Binti Isa (2014 - 2017)
6. Puan Ruslina bt Darwish (2017 - 2020)
7. Cik Nor Ashikin bt Yusof (2020 - kini)

Senarai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid(PKHEM)

1. Encik Abdul Rahman Abdul Rahim (4 Dis 1995 - 30 Jun 1997)
2. Tuan Haji Zainal Mulof (1 Julai 1997 - 31 Dis 1998)
3. Puan Majidah Hashim (2 Jan 1999 - 16 Mei 2000)
4. Puan Hjh. Mahani Mohd Hassan (1 Jan 2000 - 10 Jan 2004)
5. Puan Nor Hanim Khalili (1 Mac 2004 - 2014)
6. Puan Yasinah Binti Kutik (2014 - 2017)
7. Puan Azidah Binti Imran (2018 - 2023)
8. Nor Salyza Binti Shaari ( 1 November 2023 - Kini)

Senarai Guru Penolong Kanan Kokurikulum

1. Puan Mastura Ahmad (2002 - 2004)
2. Encik Jamil Tukiman (2004 - 2007)
3. Puan Hjh. Zalina Mohd Tahir (2007)
4. Puan Nor Haryati Imam Khatabi (2008 - 2014)
5. Puan Hanitta Binti Ab. Hamid (2014 - 2015)
6. Puan Ruslina Binti Darwish (2015 - 2017)
7. Cik Narimah binti Hambali (2017 - 2019)
8. Datin Wan Nor'aishah bt Wan Hamzah (2019 - kini)

Senarai Penyelia Petang

1. Puan Rozemi Khalib (1 Jan 2000 - 2012)
2. Encik Mohamed Suraimi Bin Mohamed Salleh (2012 - 2015)

Senarai Ketua Pengawas Sekolah

1996 - Mohd Muhaimin Zamri
1997 - Mohd Ashraf Haji Rahim
1998 - Mohd Ashraf Haji Rahim
1999 - Abdul Hadi Zamri
2000 - Mohd Hidayat Mohd Sauffi
2001 - Mohd Nazir Ahmad Badri
2002 - Mohd Hisham Johari
2003 - Mohd Faizal Johar
2004 - Muhammad Faizol Mohammad
2005 - Mohd Hazmi Abu Hasan
2006 - Mohd Hafiszan Ibrahim
2007 - Nazmi Azman
2008 - Nazmi Kamal Bahrin
2009 -
2010 - Farhan
2011 - Megat Ahmad Izzudin Putera
2012 -
2013 - Nor Anis Suria Binti Ishak
2014 - Muhd Azhari
2015 - Nabil Hadif
2016 - Azrul Haniff
2017 - Mohd Nor Danish
2018 - Mohd Haziq Ariff
2019 - Luqman Hakim Mansor
2020 - Muhammad Hezreel Firdanny
2021 - Muhammad Firdaus Hakimi
2022 - Bong Hooi Min
2023 - Muhammad Razin Mohd Rashid

Falsafah sekolah[sunting | sunting sumber]

"Semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati boleh didik, yakin boleh dan memiliki potensi mencipta kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum. Para pendidik Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati bermotivasi, berpengetahuan, berketerampilan dan bekerjasama bagi mengembangkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan memberi input yang optimum dan peluang pembelajaran yang adil dan efisien."

Piagam pelanggan[sunting | sunting sumber]

Kami guru-guru SMKWM berjanji dan berikrar akan

- Mematuhi etika Profesion Perguruan Malaysia
- Beriltizam dalam mendidik dam membentuk generasi cemerlang
- Mengamalkan Falsafah Pendidikan Negara
- Jujur dan amanah dalam menjalankan tugas
- Sentiasa cemerlang dalam melahirkan generasi yang berwawasan, berdisiplin, proaktif dan bersyukur berasaskan ilmu pengetahuan rohani dan jasmani

Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

Menyemai semangat cinta ilmu
Mencipta kecemerlangan diri
Kami berikrar penuh setia
Mencapai wawasan negara
Berdisiplin berhemah jati diri
Menjadi budaya hidup kami
Megah berdiri jasa disanjung
SMK Wangsa Melawati
Beriltizam mencapai
Kecemerlangan hidup
Bersatu membina negara
Menimba ilmu capai cita-cita
Jaya pasti berjaya
Berdisiplin berhemah jati diri
Menjadi budaya hidup kami
Megah berdiri jasa disanjung
SMK Wangsa Melawati
SMK Wangsa Melawati

Doa harian sekolah[sunting | sunting sumber]

Versi bahasa Melayu[sunting | sunting sumber]

Ya Allah, Ya Rahman,
Segala puji bagi-Mu, Ya Allah
Tuhan yang memiliki alam ini
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW
Ya Allah, Ya Aziz,
Kami Bersyukur kepada-Mu
Atas segala nikmat yang Engkau telah anugerahkan kepada kami
Ampunilah dosa kami
Dosa kedua-dua ibu bapa kami
Guru-guru kami
Muslimin dan muslimat seluruhnya
Tanpa keampunan dari-Mu, kami termasuk ke dalam golongan yang rugi, Ya Allah...
Ya Allah, Ya Rahim,
Kurniakanlah kepada kami iman yang jitu
Kesihatan yang baik
Akal yang cerdas
Hati yang Ikhlas
Agar kami memperoleh ilmu yang bermanfaat dan diberkati
Hindarilah diri kami dari sifat-sifat yang keji, yang boleh merosakkan iman dan maruah kami
Bimbingilah kami, Ya Allah ke jalan yang benar–jalan orang yang Engkau redhai dan bukan jalan orang-orang yang sesat

Versi bahasa Inggeris (Dibaca setiap hari Selasa - English Day)[sunting | sunting sumber]

In The Name of Allah,
We are grateful for what we have,
For the faith and religion,
We seek forgiveness for our parents, teacher and ourselves
For we have sinned, without Your forgiveness we are those who are lost Ya Allah
Ya Allah Ya Aziz,
Bestow upon us true faith, good health, a sound and alert mind,
Protect us from sins and immorality that could jeopardise our faith and self respect
Help us to understand better in school, ease our mind to acquire knowledge, let us be among those who are successful in this world and the Day Hereafter
Guide us into that which is good,
Give us strength to obey You, Ya Allah

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati
Jalan Genting Kelang, 53300 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
Telefon = 03-41436171
Faks = 03-41481797

Pautan luar[sunting | sunting sumber]