Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Sin Min, Junjong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Sin Min
Lokasi
Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah044871394
Kod sekolahKBC5040
Faks044871394
Laman sesawang


Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Sin Min, Junjong atau nama ringkasnya SRJKC Sin Min, merupakan sebuah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina yang terletak di Kedah, Malaysia.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Sin Min didirikan pada tahun 1920. Pada mulanya, Cuma rumah atap dijadikan sebagai bangunan sekolah, dengan bilangan murid yang sedikit. Tidak lama kemudian, sekolah ini terpaksa ditutup​ akibat berlakunya kebakaran.

Sehingga tahun 1923 beberapa orang dermawan telah menghulurkan bantuan kewangan dan pemberian tanah untuk mendirikan semula sekolah ini. Bilangan murid pada masa itu telah meningkat kepada 70 orang.Apabila tercetusnya peperangan dunia yang kedua, sekolah ini sekali lagi terpaksa ditutup kerana ramai penduduk telah melarikan diri.

Selepas peperangan dunia kedua, sekolah ini dibuka semula. Oleh kerana bilik darjah tidak mampu lagi menampung bilangan murid yang semakin bertambah, maka pihak Lembaga Pengurus Sekolah telah menyewa dua buah kedai untuk dijadikan bilik darjah.

Pada tahun 1958, Sekolah Sin Min mula menjadi sebuah sekolah Bantuan Modal. Nama sekolah telah ditukarkan kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Sin Min, Junjong. Pada tahun 1965, sebuah bangunan baru mempunyai 4 bilik darjah telah atas bantuan Kementerian Pelajaran. Bangunan tersebut dibuka dengan rasminya Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu iaitu Yang Berhormat Encik Mohd Khir Bin Johari.

Dalam tahun lapan puluhan, dengan adanya bantuan daripada Menteri-Menteri MCA, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen kawasan Kulim-Bandar Baharu, bangunan lama sekolah ini telah diperbaiki dan empat bilik darjah baru dibina untuk menampung murid-murid seramai 200 orang.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]