Sekolah Rendah Taman Ilmu dan Budi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Rendah Taman Ilmu dan Budi
Lokasi
 Malaysia Batu 8, Jalan Sungai Pusu,, Gombak, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah persendirian
Kod sekolahBIB7062
Penolong Kanan KokurikulumPn Noor Akmilah
Laman sesawang


Sekolah Rendah Taman Ilmu dan Budi atau nama ringkasnya Setiabudi, merupakan sebuah sekolah rendah swasta yang terletak di Batu 8, Jalan Sungai Pusu, Gombak.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Rendah Taman Ilmu dan Budi atau lebih dikenali Sekolah Rendah Setiabudi telah ditubuhkan pada bulan Januari 2000 dan mula beroperasi di Batu 8, Jalan Sungai Pusu, Gombak.

Sekolah Rendah Taman Ilmu dan Budi mengetengahkan konsep "Pusat Satu Hentian" dengan memberikan penekanan kepada penyepaduan kokurikulum akademik dan pengajaran Islam.

Bangunan lama sebelum ini digunakan oleh Fakulti Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Sekolah Rendah Taman Ilmu dan Budi bermula dengan hanya satu kelas yang terdiri daripada 12 orang murid dan 3 orang guru. Pada awalnya ia di bawah pentadbiran Sekolah Islam Antarabangsa ("International Islamic School-IIS"). Sekolah ini didaftar di bawah Sekolah Al-Jamiah tetapi kemudian diganti sebagai Sekolah Taman Ilmu Dan Budi atau lebih dikenali sebagai Setiabudi.

Pada Julai 2003, Setiabudi secara rasmi didaftarkan di bawah Kementerian Pelajaran dengan nombor pendaftaran BIB 7062 dan Jabatan Pelajaran Selangor (JPS). Bermula pada Jun 2005, Sekolah Setiabudi dipindahkan ke tapak baharu di Batu 8, Jalan Sungai Pusu, Gombak.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Penyanyi terkenal, Ismail Izzani pernah bersekolah di sekolah ini. Dia pernah menyertai kumpulan nasyid di sekolah ini.

Sekolah ini juga telah berjaya mencipta nama dengan pencapaian yang mengagumkan baik dalam akademik, sukan dan kokurikulum.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Rendah Taman Ilmu dan Budi atau lebih dikenali Setiabudi telah ditubuhkan pada Januari 2000 dan mula beroperasi di Batu 8, Jalan Sungai Pusu, Gombak.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]