Seks dalam Islam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebahagian daripada siri
Fiqh Islam

(suatu disiplin kajian Islam)

Bidang-bidang


Seks diajarkan di dalam Islam. Islam adalah agama yang juga mengajarkan tentang seks, pernikahan, dan keluarga. Islam mengajarkan tuntunan yang benar semua tingkah laku manusia. Insan perlukan seks kerana ia adalah keperluan atau fitrah manusia. Justeru, dalam Islam konsep hidup ala rahib tidak pernah ada kerana agama Islam melayani fitrah manusia. Namun, keperluan seks perlu diimbangi dengan nilai akhlak agar menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan.

Dalil[sunting | sunting sumber]

" Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. " - (Surah An-Nisaa’: 222)[1]
" Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman. " - (Surah An-Nisaa’: 223)[2]
" Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. " - (Surah Al-Mu’minun: 5-7)[3]

Seks dalam Islam[sunting | sunting sumber]

  • Hubungan seks hanya dilakukan oleh sepasang suami-isteri yang telah menikah secara sah.
  • Hubungan seks tidak dilakukan ketika seorang isteri sedang keluar darah haid atau nifas
  • Hubungan seks hanya dibenarkan melalui faraj dan tidak melalui dubur.
  • Hubungan seks hanya dilakukan dengan lawan jenis. Homoseksual mahupun Lesbian diharamkan dalam Islam.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Kerajaan Arab Saudi Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Nasihat

Nota kaki[sunting | sunting sumber]