Semenanjung Chukchi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Selat Bering. Semenanjung Chukchi ini terletak di kiri

Semenanjung Chukchi, atau Semenanjung Chukotska ataupun Semenanjung Chukotsk, terletak kira-kira 66° Utara, 169° Timur, adalah kawasan di Asia yang paling jauh terletak di sebelah Timur laut. Penghujung timur ialah Tanjung Dezhnev, di kawasan Timur Jauh Rusia. Ia bersempadan dengan Laut Siberia Timur dan Laut Chukchi di utara, Laut Bering di selatan, dan Selat Bering di timur.

Kawasan semenanjung Chukchi ini adalah kawasan penempatan tradisi orang asli Chukchi, Siberia Yupik, Koryak, Chuvan, Even/Lamut, Yukagir, dan lain-lain penduduk Rusia. Semenanjung ini merupakan kawasan di bawah negeri autonomi Chukotka, Rusia.

Berkedudukan sepanjang Laluan Laut Utara, kawasan semenanjung ini menjalankan industri seperti galian (timah, zink, emas, arang batu); pemburuan dan perangkapan; pembesaran rusa, dan penangkapan ikan.

Coat of Arms of the Russian Federation.svg Rencana berkaitan Rusia ini merupakan tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya menjadi rujukan yang lengkap.

66°00′N 169°00′W / 66.000°U 169.000°B / 66.000; -169.000