Senarai episod Hayate no Gotoku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Berikut merupakan senarai episod anime Hayate no Gotoku.

Hayate no Gotoku!![sunting | sunting sumber]

# Tajuk Waktu siaran asal
01 "Maraton gaya bebas terlarang!"
"Kindan no Marason Jiyūgata!"(禁断のマラソン自由形!)
3 April 2009
Satu maraton akan diadakan di sekolah Nagi.Maria dan Hayate mahu Nagi menyertai pertandingan maraton itu. Nagi membuat pertaruhan dengan Klaus, di mana jika dia menang tempat pertama di dalam pertanding itu, maka itu akan membuktikan Hayate bernilai sebagai pembantu peribadinya, tetapi jika dia kalah, maka Hayate akan dipecat. Hayate melatih Nagi dua hari yang seterusnya, dan sehinggalah hari pertandingan tiba . Sewaktu pertandingan, Hayate dikehendaki membawa Nagi hampir keseluruh perlumbaan. Di dalam perjalanan, mereka bertemu beberapa musuh yang cuba menghalang perjalanan mereka. Sewaktu Hayate berlawan dengan Hinagiku, Nagi berseorangan meneruskan perjalanannya ke garisan penamat. Tetapi sebaik sahaja dia baru hendak memenangi, Yukiji iaitu Kakak Hinagiku telah mengalahkannya, dan memenangi hadiah 150 milion yen
02 "Duit Harimau"
"Manē no Tora"(マネーのとら)
10 April 2009
Sepertimana yang dijanjikan, Hayate akan dipecat sebagai pembantu peribadi Nagi, tetapi Klaus takut dia juga akan dipecat kerana tindakannya itu, Klaus menghantar Hayate berlatih di "Sarang Harimau" untuk menunjukkan Hayate masih berhak untuk menjadi pembantu peribadi Nagi. Hayate bertemu dengan rahib wanita katolik di stesen kereta api iaitu rahib Fortesia, dan hayate berjumpanya kali kedua di gereja dan juga lokasi "Sarang Harimau". Hari yang seterusnya, Hayate dikehendaki mencari 3 orang lagi bagi meneruskan misi pembantu peribadi di dalam sebuah bilik kurungan bawah tanah sebagai sebahagian daripada latihannya. Nagi adalah orang pertama yang menyertainya.Dua orang lain yang menyetai adalah Yukiji dan Wataru. 
03 "Dan ia tidak menjadi satu Lagenda"
"Soshite Densetsu ni Naranai"(そして伝説にならない)
17 April 2009
Hayate dan ahli kumpulannya pergi meneruskan "misi pembantu peribadi". Hayate diracuni oleh tombak beracun ketika menyelamatkan Nagi.Dalam masa yang sama, Hinagiku dan Isumi dalam misi untuk menyelamatkan Hayate dan mengusir roh-roh jahat.Kumpulan Hayate bertemu dengan hantu paderi,pemilik gereja itu,Rin Regioster.Dia memberitahu bahawa rahib Fortesia yang dijumpai itu adalah palsu.Rahib Fortesia menghidupkan robot yang sangat besar dan mengawalnya.Tujuannya adalah untuk membalas dendam kepada keluarga Sanzen. Ketika Fortesia dan Hinagiku berlawan, Yukiji telah dimasuki oleh roh jahat lalu menyerang orang lain termasuk robot besar itu. Hayate mengeluarkan tenaga yang besar lalu memusnakan robot itu, manakala Isumi pula menghalau roh yang memasuki Yukiji. Setibanya di rumah, Hayate pengsan selepas menyelesaikan "misi pembatu peribadi". 
04 "Awak dan saya adalah sama"
"Kimi wa Boku ni Niteiru"(君は僕に似ている)
24 April 2009
Sehari sebelum Hari Valentine, Nagi cuba membuat coklat untuk Hayate dan ponteng kelas pada hari itu. Di sekolah, Ayumi Nishizawa cuba memberi coklat kepada Hayate untuk menunjukkan perasaannya. Hinagiku menyedari bahawa Ayumi terlalu gementar dan memberitahu Hayate untuk bertukar coklat dengan Ayumi. Akan tetapi setelah menerima "coklat cinta", Hayate keliru tentang konsep cinta dan bertanya kepada Maria untuk mendapatkan jawapan. Maria teringat bahawa dia tidak mempunyai pengalaman bercinta dan berasa kecewa apabila terdengar kata-kata Hayate. Namun begitu, Maria bercadang untuk membuat coklat untuk Hayate. Nagi gagal untuk membuat coklatnya sendiri. Dia menyuruh Hayate membuat coklat untuknya. Maria membuat coklat yang luar biasa, tetapi apabila Hayate dan Nagi bertanya coklat itu untuk siapa, dia menjadi malu lalu berlari keluar. Hayate pergi mendapatkan Maria dan memberi Maria coklat yang dibuat olehnya, dan berkata Hari Valentine adalah hari di mana seseorang itu berusaha kuat cuma untuk melihat orang yang mereka suka tersenyum. 
05 "Hati ke Hati" 1 Mei 2009
Maria menerangkan kepada Hayate bahawa, bagaimana Nagi menjalani kehidupan yang kompleks.Nagi sentiasa merasa rendah diri kerana dirinya kurang tinggi dan masalah itu menyebabkan dia sering kelihatan mengerutkan dahinya. Kazuki, iaitu adik Ayumu Nishizawa, meluahkan perasaan cintanya kepada Nagi dan mengajak Nagi menaiki kereta api. Kazuki cuba mengambil hati Nagi dengan mengajaknya berjalan-jalan dan ingin mengajak Nagi untuk melakukan perkara yang sama di masa yang lain pula. Namun Nagi berkata itu adalah mustahil kerana dia telah meyukai seseorang yang lain. Ketika Nagi hendak pulang ke rumah, dia berkata kepada Kazuki bahawa dia akan memulangkan sapu tangan yang diberi oleh Kazuki. kazuki berasa gembira apabila Nagi masih mengingatinya dan dia tidak berputus asa untuk memenangi hati Nagi. Setibanya di rumah, Nagi berasa kecewa kerana Hayate tidak cemburu tentangnya keluar besama Kazuki. Kemudian, Nagi pergi mandi dan Maria membantu membasuh rambutnya. Maria keluar untuk mengambil tuala untuk Nagi, Dalam masa yang sama ada pelawat yang datang ke rumahnya.Maria menyuruh Hayate menghantarkan tuala kepada Nagi. Hayate pergi ke bilik mandi dan tanpa disengajakan dia terlihat Nagi tidak berpakaian. Hayate betanya Nagi bahawa adakah dia marah kepadanya, dan dia mengatakan ya, tetapi dia tidak tahu apa yang dimarahinya dan mencium pipi Hayate. 
06 "Keluarga Kamu"
"Omaenchi"(おまえンち)
8 Mei 2009
Nagi berasa malu setelah mencium pipi Hayate dan menyuruhnya keluar dari rumah. Maria memberi Hayate sebanyak satu juta yen untuk tinggal di luar selama tiga hari. Namun yang demikian, Hayate telah memnghabiskan duitnya untuk membantu orang yang memerlukan. Hayate tidak tahu hendak pergi ke mana dan akhirnya dia duduk ditaman dimana tempat kali pertama bertemu dengan Nagi. Pada masa yang sama, Hinagiku telah terserempak dengan Hayate dan mengajak Hayate tinggal di rumahnya. Hayate tinggal di rumah hinagiku pada malam itu dan Hinagiku datang ke biliknya. Apabila Hayate melihat Hinagiku, dia mulai menyedari bahawa Hinagiku adalah seorang yang cantik. Hinagiku berasa malu apabila hendak bertanya Hayate tentang hubungannya dengan Ayumi. Orang yang telah Hayate bantu telah memulangkan duit ke rumah Nagi. Maria menyedari duit yang diberikan kepada hayate telah pun dipulangkan dan dia cuba untuk mengetahui di mana Hayate tinggal. Maria menyamar sebagai seorang pelajar untuk memasuki sekolah dan telah bertemu dengan Hayate di lif menara jam sekolah. 
07 "Cemburu Yakaretate Jepun"
"Yakimochi to ka Yakaretate Japan"(やきもちとか焼かれたてジャぱん)
15 Mei 2009
Hayate dan Maria tersekat di dalam lif menara jam sekolah. Hayate juga telah menyedari Maria yang menyamar dirinya. Nagi telah menelefon Maria supaya pulang ke rumah. Hinagiku dan Hayate pergi ke pasar raya dan berborak anatara satu sama lain. Mereka berdua juga membuat makan malam untuk satu sama lain. Hinagiku bertanya Hayate adakah dia mempunyai teman wanita, tetapi hayate berkata dia tidak mempunyai teman wanita. Hinagiku pergi ke pasaraya dan bertemu dengan Ayumu yang sedang makan keladi bakar. Hinagiku bertanya kepada Ayumu tentang perkara yang berlaku ketika Hari Valentine, dan adakah dia mempunyai hubungan dengan Hayate. Hinagiku terjumpa dengan anak kucing dan membuat keputusan untuk membawanya pulang ke rumah. Hinagiku memberi anak kucing itu susu. Hayate berkata mereka tidak boleh tidur kerana mereka kena menjaga anak kucing itu, Maria bertanya kepada Nagi, adakah dia ingin Hayate balik ke rumah, dan Nagi berkata ya. 
08 "Shiranui Telah Tiba"
"Shiranui ga Yattekita"(シラヌイがやってきた)
22 Mei 2009
 
09 "Apakah Hati Wanita Rindukan..."
"Otomegokoro ga Motomeru Mono wa..."(乙女心が求めるものは......)
29 Mei 2009
 
10 "Kemana Hadiah Pergi"
"Purezento no Yukue"(プレゼントの行方)
5 Jun 2009
 
11 "Apabila Hinamatsuri Berlaku"
"Hinamatsuri no Koro ni"(ヒナ祭りの頃に)
12 Jun 2009
 
12 "Lelaki Kejam Yang Bodoh"
"Zankoku na Ōbaka Yarō no Tēze"(残酷な大馬鹿野郎のテーゼ)
19 Jun 2009
 
13 "Perasaan kebebasan" 26 Jun 2009
 
14 "Suku Saginomiya"
"Saginomiya-ke no Ichizoku"(鷺ノ宮家の一族)
3 Julai 2009
 
15 "Apa Berlaku Di Shimoda Onsen"
"Shinoda Onsen Yukemuri Ryojō"(下田温泉湯けむり旅情)
10 Julai 2009