Hari Valentine

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar
Hari Valentine
Hari Valentine
Santo Valentine dari Terni dan para pengikutnya. Perancis abad ke-14. Richard de Montbaston.
Juga dinamakan Hari Santo Valentine, Hari Memperingati Kekasih
Diraikan oleh Budaya Barat dan yang dipengaruhi Barat
Jenis Cultural, multinational
Keutamaan Kekasih saling meluahkan rasa cinta
Tarikh 14 Februari
Amalan Menghantar kad ucapan dan hadiah, temujanji
Berkaitan dengan Malam Tujuh, perayaan Cina yang bertemakan cinta. Hari Putih, perayaan serupa yang disambut di Jepun dan Korea sebulan selepas Hari Valentine.

Hari Santo Valentine, Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih ialah satu hari santo yang memperingati Santo Valentine pada 14 Februari sebagai hari tradisi yang mana para kekasih meluahkan rasa cinta sesama sendiri; menghantar kad Valentine, menderma atau menghadiahkan gula-gula. Adalah satu kebiasaan juga untuk menghadiahkan bunga pada Hari Valentine. Perayaan ini dinamakan sempena dua orang lelaki, kedua-duanya syahid Kristian Awal yang berkongsi nama Valentine. Perayaan ini kini dikaitkan dengan asmara dalam lingkungan pengaruh Geoffrey Chaucer pada Zaman Pertengahan Tinggi, apabila mekarnya tradisi cinta asmara.

Hari istimewa ini paling rapat dikaitkan dengan pertukaran surat cinta dalam bentuk "valentine." Lambang-lambang Valentine moden termasuk garis berbentuk hati dan potret Cupid bersayap. Sejak abad ke-19, surat-surat bertulus telah banyak memberi laluan kepada kad ucapan keluaran besar-besaran.[1] Perdagangan Hari Valentine pertengahan abad ke-19 merupakan petanda akan datangnya pengkomersialan perayaan di Amerika Syarikat.[2] Persatuan kad Ucapan A.S. menganggarkan bahawa kira-kira sebilion kad Valentine dikirim di merata dunia setiap tahun, menjadikan Hari Valentine perayaan yang kedua paling banyak pengiriman kad mengekori Krismas. Persautan ini menganggarkan bahawa kira-kira 85% semua kad Valentine dibeli oleh kaum wanita.[3]

Wikimedia Commons mempunyai media mengenai:

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi