Senarai penerima darjah kebesaran negeri Selangor 2021

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Selangor sempena Hari Keputeraan Ke-76 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 11 Disember 2021 telah diadakan di Istana Alam Shah di Klang pada 22 Januari 2022[1]. Berikut ialah senarai penerima darjah kebesaran negeri Selangor 2021:

Komposisi penerima[sunting | sunting sumber]

  • Darjah Kerabat Selangor Kedua (D.K. II): 1
  • Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.): 1
  • Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.): 7
  • Darjah Kebesaran Dato' - Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S): 9
  • Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (S.M.S.): 18
  • Darjah Kebesaran Setia - Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S.): 14
  • Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S.): 15
  • Darjah Kebesaran Ahli - Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S.): 14
  • Bintang Perkhidmatan Cemerlang (B.P.C.): 7

Senarai penerima[sunting | sunting sumber]

Darjah Kerabat Selangor Kedua[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah penerima darjah kerabat ini:

  1. Tengku Seri Wangsa Diraja, Tengku Dato' Setia Ramli Alhaj bin Tengku Shahruddin Shah Alhaj, Ahli Dewan di-Raja Selangor dan Orang Besar Bergelar.

Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor[sunting | sunting sumber]

Penerima darjah ini membawa gelaran Dato' Seri. Berikut ialah penerima darjah kebesaran ini:

  1. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara

Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor[sunting | sunting sumber]

Penerima darjah ini membawa gelaran Dato' bagi penerima lelaki dan Datin Paduka bagi penerima wanita. Berikut ialah penerima darjah kebesaran ini:

  1. TYT Dato' Ahmad Rozian bin Abd Ghani, Duta Besar Malaysia Ke Belgium
  2. TYT Dato' Mohd Tarid bin Sufian, Duta Besar Malaysia Ke Emiriah Arab Bersatu
  3. TYT Datin Paduka Anizan @ Siti Hajjar binti Adnin, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Ke Kanada
  4. Dato' Mohd Nazlan bin Mohd Ghazali, Hakim, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
  5. Dato' Mohd Shafiq bin Abdullah, Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia
  6. Mejar Jeneral Dato' Mohd Anuar bin Mohamad Ali, Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Markas Tentera Darat
  7. Laksamana Muda Dato' Zulhelmy bin Ithnain, TLDM, Panglima Wilayah Laut 1 (Kuantan), Tentera Laut Diraja Malaysia

Darjah Kebesaran Dato' - Sultan Sharafuddin Idris Shah[sunting | sunting sumber]

Penerima darjah ini membawa gelaran Dato' bagi penerima lelaki dan Datin Paduka bagi penerima wanita. Berikut ialah penerima darjah kebesaran ini:

  1. Brig. Jen. Dato' Dr. Mohd Rosli bin Majid, Ketua Pengarah Pergigian, Markas Medan Barat Tentera Darat
  2. Brig. Jen. Dato' Dr. Haji Mohamed Hatta bin Manis, Pegawai Memerintah 94 HAT, Kem Terendak
  3. Laksamana Pertama Dato' Haji Mohd Redzuan bin Haji Talib, TLDM, Panglima Pasukan Khas Laut (PASKAL) Markas PASKAL, Lumut
  4. Kepten (Kehormat) Dato' Ahmad Ramli bin Kardi, PSSTLDM, Juruiring Tentera, Kepada DYMM Sultan Selangor (1999-Kini),
  5. Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah, Rektor, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
  6. Datin Paduka Dr. Rohana binti Johan, Pengarah Hospital Kuala Lumpur
  7. Dato' Dr. Abdul Rahman bin Abdullah, PhD., Lembaga Pemegang Amanah, Lembaga Zakat Selangor (2010-Kini)
  8. Dato' Lau Beng Long, Pengarah Urusan, Sunway Healthcare Group
  9. Dato' Chui Ah Hock, Pengarah Urusan, Segi Value Holdings Sdn. Bhd.

Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (S.M.S.): 18[sunting | sunting sumber]

Penerima darjah ini tidak membawa sebarang gelaran. Berikut ialah antara penerima darjah kebesaran ini[2][3]:

  1. Azmi Atan, Pengarah Jabatan Meteorologi Selangor
  2. Anismah M Noh, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
  3. Dr Kartini Md Ariff, Pakar Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
  4. Rahilah Rahmat, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor
  5. Hazman Che Mohamed, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Selangor.

Darjah Kebesaran Setia - Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S.): 14[sunting | sunting sumber]

Penerima darjah ini tidak membawa sebarang gelaran. Berikut ialah antara penerima darjah kebesaran ini[3]

  1. Hafisham Mohd Noor, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor
  2. Adi Supian Shafie, Penolong Pesuruhjaya (Ketua Siasatan Negeri-KSN) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Selangor
  3. Dr Khairul Anuar Zainun, Pakar Perubatan Forensik dan Ketua Jabatan Hospital Serdang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ BERNAMA (22 Januari 2022). "Sultan Selangor kurnia darjah, pingat kepada 87 individu". Astro Awani. Dicapai pada 16 Februari 2022.
  2. ^ Ruwaida Md Zain (Januari 22, 2022). "Sultan Selangor kurnia darjah, bintang kebesaran kepada 87 individu". BHarian. Dicapai pada 16 Februari 2022.
  3. ^ a b Bernama (Disember 11, 2021). "87 penerima Darjah, Bintang Kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor". Astro Awani. Dicapai pada 16 Februari 2022.