Istana Alam Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Istana Alam Shah - Istana Sultan Selangor di Klang

Istana Alam Shah merupakan istana rasmi Sultan Selangor. Ia merupakan tempat baginda menjalankan tugas-tugas rasmi sebagai Sultan dan adat istiadat yang melibatkan di Raja Selangor dilangsungkan. Istana ini terletak di bandar diraja Klang, Selangor.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Istana ini telah dibina pada tahun 1905, sewaktu pemerintahan Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor ke-5. Baginda telah bersemayam di istana berkenaan selama 35 tahun sehinggalah kemangkatan baginda pada tahun 1938. Di sini juga Sultan Selangor ke-7, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dilahirkan.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Istana ini mempunyai 15 buah bilik dan ia direka dengan menggunakan kayu dan batu marmar.

Pada awal tahun 2000, istana ini dinaik taraf sewaktu pemerintahan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Istana Alam Shah, m.s. S15, 12 Mei 2008, Akhbar Sinar Harian (Selangor)