Sentō

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pintu masuk sentō di Museum Terbuka Tokyo

Sentō (銭湯) ialah sebuah rumah mandi komunal berbayar Jepun. Secara tradisi, rumah-rumah mandi agak sederhana dan praktikal, dengan sebuah bilik besar mengasingkan kedua-dua jantina. Ia biasanya mempunyai bilangan kepala paip yang minimum dan sebuah takung mandi yang besar untuk orang-orang yang sudah mandi supaya dapat berduduk bersama dengan orang-orang lain.

Sejak separuh kedua abad ke-20, bilangan rumah mandi komunal telah merosot kerana lebih banyak rumah kediaman Jepun mempunyai bilik mandi sendiri. Sesetengah orang Jepun berpendapat bahawa mengunjungi rumah-rumah mandi awam mempunyai kepentingan sosial atas teori bahawa berdekat-dekatan/hubungan rapat yang fizikal akan menyebabkan hubungan rapat emosi yang diistilahkan sebagai kekulitan dalam bahasa Jepun. Yang lain pergi ke sento kerana mereka tinggal di dalam rumah yang kecil tanpa bilik mandi sendiri, atau kerana mereka suka mandi di bilik yang luas serta untuk menikmati mandi sauna atau mandi pancutan yang sering disediakan oleh sentō-sentō yang baru atau terubah suai.

Lagi sejenis rumah mandi awam ialah onsen yang ditempatkan di mata air panas yang semula jadi. Bagaimanapun istilah onsen tidak eksklusif dan sebuah sentō juga boleh dipanggil onsen jika ia mendapat airnya daripada mata air panas. Terdapat juga takrif yang sah di sisi undang-undang yang mengelaskan sebuah rumah mandi awam sebagai sentō.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.