Serug

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Serug atau Saru dalam kitab Kejadian dari Kitab Suci Ibrani dan Alkitab, adalah salah seorang anak dari Rehu atau Rau dan isterinya yang tidak disebutkan namanya. Nama Serug disebut enam kali dalam Alkitab, empat kalinya di kitab Kejadian, sekali di I Tawarikh dan sekali di dalam kitab Lukas.

Ia mempunyai seorang anak yang bernama Nahor atau Nahur pada usia 30 tahun [1] dan hidup hingga mencapai usia 230 tahun[2].

Melalui keturunan Serug dilahirkanlah Abraham, Daud, hingga akhirnya menurunkan Jesus[3]. Menurut ahli sejarawan Islam juga [perlu rujukan], dari keturunan Serug ini jugalah akhirnya telah turunnya Nabi Muhammad SAW. Hal ini kerana Nabi Muhammad SAW juga datangnya dari sub keturunan Nabi Ibrahim a.s.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Templat:Adam hingga Daud

Templat:Kotak keturunanTemplat:Kotak akhir