Setem pos dan sejarah pos Zon Terusan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Setem pos Zon Terusan awal
keluaran 1911
Peta Zon Terusan Panama, 1911

Setem pos dan sejarah pos Zon Terusan meliputi sistem pos, setem pos yang digunakan dan surat dihantar ke atau dari Zon Terusan Panama dari tahun 1904 sehingga bulan Oktober 1978, setelah Amerika Syarikat melepaskan kuasanya di Zon berkenaan sebagai mematuhi perjanjian yang ia capai dengan Panama.

Zon Terusan merupakan sejalur wilayah 50 batu (80 km) panjang dan 10 batu (16 km) lebar merentasi Segenting Panama, dan telah diserahkan kepada Amerika Syarikat untuk tujuan pembinaan dan pengendalian terusan berkenaan yang menghubungkan Lautan Atlantik dan Pasifik. Dengan pewujudan Zon Terusan pada tahun 1903,[a] tujuh belas Pejabat Pos juga diwujudkan dan dikendalikan oleh Kerajaan A.S..[b] Zon Terusan dan pejabat-pejabat posnya, dengan pejabat pengedaran utama di Cristobal, dikendalikan sebagai agensi kerajaan yang bebas di bawah kuasa langsung Presiden Amerika Syarikat. Di bandar-bandar yang terdapat stesen kereta api, ejen-ejen stesen Kereta Api Panama berfungsi sebagai ketua pos. Bersama dengan kapal dan angkutan, pos tempatan dan pos dari seluruh dunia bergerak melalui terusan berkenaan. Pejabat Pos Zon Terusan mula beroperasi dan mengeluarkan setem pos pertamanya pada 24 Jun 1904.[2] Pada mulanya, ini merupakan setem kini Panama atau (jarang) A.S., dicetak tindan dengan 'CANAL ZONE' dalam pelbagai gaya. Para ahli filateli telah mengenal pasti lebih 100 jenis, beberapa yang agak jarang (dan dipalsukan).

Keluaran pertama[sunting | sunting sumber]

Republik Panama secara rasmi sebahagian daripada Colombia, dan selepas Panama keluar daripada Colombia, dengan bantuan Amerika Syarikat, republik itu menubuhkan dirinya sebagai negara berasingan serta ia sebaik sahaja jadi penting untuk menubuhkan pejabat pos sendiri dan mengeluarkan setem pos sendiri.[3] Pejabat Pos Zon Terusan dibuka dengan rasmi pada 25 Jun 1904. Dahulu kadar pos tempatan di Amerika Syarikat telah dikenakan di semua jajahan Amerika Syarikat pada 20 Jun 1904, yang mulai dari saat itu memasukkan Zon Terusan.[4]

Setem Panama yang pertama terdiri daripada setem-setem Colombia yang sedia ada, yang dicetak tindan dengan Panama. Setem-setem ini telah digunakan untuk pos Zon Terusna dan sekali lagi, dicetak tindan dengan CANAL ZONE dengan palang merah di atas menghalang nama Colombia.[3] Pelbagai jenis cetakan tindan PANAMA dan CANAL ZONE wujud, termasuk cetak tindan berganda, songsang sepenuhnya dan setem dengan huruf A songsang atau hilang sepenuhnya.[5] Pewarnaan cetak tindan berbeza dari warna ungu lembayung hingga warna ungu lembayung kebiruan, dengan cetak tindan berukuran 18mm.[6] Kajian menyeluruh pertama keluaran ini telah dijalankan oleh Geo. L. Toppan, dan pengelasan pelbagai jenis yang terdapat di keluaran-keluaran ini merupakan yang paling sesuai yang dikemukakan.[7]

2 sen, Keluaran 1904
5 sen, Keluaran 1904
10 sen, Keluaran 1904

Setem-setem pertama yang dikeluarkan untuk bayaran pos terdiri daripada tiga nilai, 2c, 5c dan 10c, dikeluarkan pada 24 Jun 1904, tetapi hanya digunakan selama dua puluh empat hari, sehingga 17 Julai 1904, dan telah dibuang dari dijual selepas tarikh itu. Setem-setem itu telah dicetak tindan dengan cap tangan getah.[3] Dr. J. C. Perry, seorang pakar bedah di Hospital Tentera Marin A.S. serta seorang pelajar filateli telah ditugaskan di Ancon pada masa ini, penyelidikannya membekalkan banyak maklumat mengenai ini dan beberapa siri kemudian. Berhubung dengan keluaran setem pertama, belia berkata:[8]

Keluaran setem pertama ini telah diberi kebenaran oleh arahan eksekutig Gabenor Zon Terusan, membekalkan yang bilangan setem Republik Panama yang terhad patut dijaga selamat dan dikenakan bayaran tokok terhadap "Zon Terusan" untuk memenuhi permintaan perkhidmatan pos sehingga setem Amerika Syarikat dikenakan bayaran tokok dengan tertib dari Washington.[c]

Keluaran pertama ini telah dijaga selamat dengan berhati-hati dan pembelian telah dihadkan kepada jumlah satu dolar dalam perak, atau lima puluh sen dalam mata wang A.S.. Arahan eksekutif juga memberi amaran kepada sesiapa tentang membeli atau menyimpan setem ini dalam kuantiti yang besar, kerana setem-setem ini tidak akan ada untuk bayaran pos selepas tarikh di atas. Walau bagaimanapun, langkah amaran ini agak keterlaluan.[8] Siri pertama keluaran cetak tindan Zon Terusan merupakan setem dengan banyak palsu yang pelbagai.[6]

Keluaran 1904, siri kedua[sunting | sunting sumber]

Setem-setem ini terdiri daripada keluaran biasa 1902–1903 A.S. yang sedia ada dan telah dicetak tindan pada tahun 1904 dengan CANAL ZONE dan PANAMA secara mengak, untuk kegunaan bayaran pos Zon Terusan: Dikeluarkan dalam unit 1c, 2c, 5c 8c dan 10c. Benjamin Franklin menjadi tokoh sejarah pertama muncul pada Bayaran Pos Zon Terusan.[9] Cetak tindan itu telah dibuat di Washington D.C.[10] Ini merupakan setem A.S. yang pertama dicetak tindan untuk kegunaan Zon Terusan, dan terdiri daripada kuantiti yang besar pada 10 juta setem. Dengan setem itu memaparkan tokoh sejarah Amerika, seperti Benjamin Franklin, George Washington dan Abraham Lincoln, setem-setem ini tidak sangat diterima secara umum oleh kebanyakan orang Panama di dalam dan sekitar Zon Terusan. Keluaran ini digunakan dalam masa yang singkat selama kurang daripada lima bulan dan telah dikeluarkan daripada jualan akibat "Persetujuan Taft". Persetujuan ini telah ditimbulkan akibat satu penyelidikan ke dalam bantahan yang dibuat oleh pegawai dan bisnes Panama. Keluaran ini telah diguna pakai dari 18 Julai hingga 11 Disember 1904. Hanya sebilangan kecil sahaja yang telah dijual, dengan selebihnya yang besar dimusnahkan pada 2–3 Januari 1906, diawasi oleh Pengarah Pos, Tom M. Cooke.[11]

Keluaran Terpilih :

Keluaran biasa A.S., 1c, dicetak tindan
Keluaran biasa A.S., 5c, dicetak tindan
Keluaran biasa A.S., 10c, dicetak tindan

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Terusan yang sebenar belum siap sehingga tahun 1914
  2. ^ Pejabat-pejabat pos ini terletak di Ancon, Cristobal, Culebra, Empire, Pedro Miguel, La Boca, Gatún, Paraiso, Bas Obispo, Bohio, Corozal, Gorgona, Las Cascadas, Miraflores, Matachin, San Pablo, dan Taberuilla.[1]
  3. ^ Asal, The first issue of stamps was authorized by executive order of the Governor of the Canal Zone, which provided that a limited number of stamps of the Panama Republic should be secured and surcharged "Canal Zone" in order to meet the demands of the postal service until the United States stamps properly surcharged could be obtained from Washington.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Evans, 1916, p. 3   Dade & Shay, 1949, p. 31
  2. ^ Rossiter, Stuart & John Flower. The Stamp Atlas. London: Macdonald, 1986, p. 166. ISBN 0356108627
  3. ^ a b c Bartles, 1906, p. 1
  4. ^ Dade & Shay, 1949, p. viii
  5. ^ Evans, 1916, p. 6
  6. ^ a b Zemer, 2002, pp. 53–54
  7. ^ Evans, 1916, p. 4
  8. ^ a b Evans, 1916, p. 5
  9. ^ Scott's United States stamp catalogue, 1982, p.656
  10. ^ Evans, 1916, pp. 7–8
  11. ^ Dade & Shay, 1949, p.10

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Dade, Philip L.; Schay, Gustavo (1949). The Story of Canal Zone Stamps. Dade and Shay.
  • James B. Hatcher; William W. Cummings, penyunting (1982). Scotts United States Stamp Catalogue. Scotts Publishing Company, New York. ISBN 0894870424.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:PostalhistoryAmericas Templat:Panama Canal