Shamil Basayev

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Shamil Basayev meninggal ketika berusia 41 tahun, merupakan orang yang dikehendaki oleh pihak berkuasa Rusia berkaitan serangan berdarah di Rusia. Ini termasuk pengepungan tebusan sekolah Beslan yang membabitkan 331 orang mati dan pengepungan Moscow teater pada 2002 yang menyebabkan 129 mati.

Pemimpin pemberontak Chechen yang ditakuti ini turut secara rasmi diletakkan dalam senarai pengganas Majlis Keselamatan Pertubuhan PBB pada 2003, selepas Washington mengkelaskannya satu ancaman kepada Amerika Syarikat.

Shamil Basayev telah lama mengancam siri serangan "kamikaze" dalam Rusia, mengatakan bahawa orang awam Rusia adalah sasaran yang sah.

Beliau mengetuai pengambilan tebusan beramai-ramai pertama Chechen di bandar selatan Rusia, Budyonnovsk pada musim panas 1995, bila sebuah hospital dan lebih 1,000 orang pesakit telah ditawan. Pemimpin pemberontak itu juga mendakwa mengatur rampasan teater Dubrovka Moscow pada September 2002.

Negara Chechen terlibat dalam perjuangan pembebasan kebangsaan untuk kebebasan dan kemerdekaannya dan juga untuk pemeliharaannya.
Shamil Basayev

Beliau dipercayai dalang disebalik serangan bom di stadium di ibu negeri Chechnya, Grozny, pada Mei 2004, yang telah membunuh Presiden Akhmad Kadyrov yang disokong Moscow.

Basayev dikatakan telah mengatur siri serangan ke atas pejabat kerajaan dan stesen polis di negara jiran Ingushetia pada Jun 2004, yang menyebabkan 100 kematian.

Dan pada Oktober 2005, beliau mendakwa satu serangan utama ke atas Nalchik, di selatan Rusia, di mana berdozen pemberontak dan ahli-ahli pasukan keselamatan telah mati.