Sidang Kemuncak G20 Toronto 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sidang G20 Toronto 2010)
Sidang Kemuncak G-20 Toronto 2010
سيدڠ کمونچق ݢ-20 تورونتو 2010
Logo Sidang Kemuncak G-20 Toronto 2010
Tuan rumah Kanada
Tarikh26–27 Jun 2010
TempatPusat Konvensyen Metro Toronto
Bandar rayaToronto, Ontario
Persidangan sebelum iniPittsburgh, 2009
Persidangan seterusnyaSeoul, 2010
Tapak webLaman sesawang rasmi

Sidang kemuncak G20 Toronto 2010 merupakan mesyuarat ketua-ketua negara G20 berhubung pasaran kewangan dan ekonomi dunia yang diadakan di Metro Toronto Convention Centre di Toronto, Ontario, Kanada pada 26-27 Jun 2010. Seterusnya Sidang kemuncak G8 diadakan di Huntsville, Ontario. Perdana Menteri Kanada Stephen Harper mengumumkan tema persidangan ialah 'Pemulihan dan Permulaan baru'. Inilah pertama kali Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan (G8) dan Sidang Kemuncak Kumpulan 20 diadakan di satu negara yang sama.

Mesyuarat G20 ini diharap dapat menyediakan insentif dan peluang untuk membangunkan ekonomi berdaya tahan. Seramai 1,500 delegasi, termasuk ketua-ketua negara akan bersidang bagi membincangkan krisis kewangan global dan akses kemajuan yang dicapai dalam proses pemulihannya. Pemimpin dunia hendaklah menunaikan janji-janji yang dibuat semasa persidangan yang lalu , melakukan reformasi sektor kewangan, standard perakaunan, dan pertumbuhan berdaya tahan. Standard Laporan Kewangan Antarabangsa hendaklah dilaksanakan dan memastikan standard perakaunan adalah bebas dari sebarang pengaruh politik.[1]

Rusuhan[sunting | sunting sumber]

Rusuhan memang dijangka akan terjadi. Oleh itu lebih 10,000 orang polis dan pengawal telah dihantar untuk bertugas. Kos kawalan melebihi 1 bilion dolar Kanada.[2]

Pada 27 Jun 2010, perusuh membakar 4 kereta termasuk 3 kereta peronda polis serta memecahkan tingkap premis perniagaan. Selain itu mereka menyembur cat di pintu premis perniagaan. Sebelum itu, polis dengan perisai dan belantan menghalang satu kumpulan kecil penunjuk perasaan yang cuba melepasi pagar keselamatan yang mengelilingi pusat sidang kemuncak Kumpulan 20.Kenderaan polis berkejar ke Toronto dan berakhir di Huntsville, Ontario. Rusuhan itu berhampiran lokasi Presiden AS Barack Obama dan pemimpin dunia lain bertemu dan menginap.[3] Seramai 580 perusuh ditahan, kebanyakannya rakyat Kanada sendiri . Sebelum ini 50,000 perusuh bertindak di luar batas semasa persidangan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) di Seattle 1999. Ketika itu polis menembak pelu getah dan gas pemedih mata. [4]

Datuk Bandar Toronto, David Miller kecewa dengan penunjuk perasaan itu. Pagar konkrit setinggi 3 meter telah dibina bagi menghalang mereka masuk menceroboh semasa persidangan. 6 orang awam dan 8 anggota polis cedera kecil. Kos persidangan sebanyak C$1.2 bilion termasuk C$930untuk keselamatan. Peersembahan ahli muzik Andre Rieu di Toronto’s Air Canada Centre dibatalkan.

Antara kumpulan aktif terlibat dalam rusuhan ialah Falun Gong, Greenpeace dan penyokong Harimau Tamil Sri Lanka yang ingin mendapatkan perhatian berhubung permasalahan mereka. Kumpulan lain ialah kumpulan hak asasi manusia, alam sekitar dan sebagainya. Mereka berkumpul di Universiti Toronto dan Queen Park. Mereka bersenjatakan batu, bata dan bola golf. Cermin dan pintu Bank of Montreal dan Canadian Imperial Bank of Commerce dipecahkan. Turut terkena ialah Starbuck dan Rogers Communications Inc . 484 dari 4000 perusuh telah ditahan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ ACCA gesa G20 pacu reformasi kewangan
  2. ^ Police Brace for G-20 Violence After Toronto Protests
  3. ^ Rusuhan cemar protes sidang kemuncak G-20 di Toronto
  4. ^ "Police arrest more than 500 at Toronto summit". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-30. Dicapai pada 2010-06-30.